Seindah Maharku
Bab
5
Tergesa-gesa Ain melangkah keluar dari Book Garden
yang merupakan kedai yang menjual buku rujukan dan alat tulis bagi pelajar
universiti. Tadinya dia berkunjung ke sini untuk membeli beberapa batang pen
dan juga menukar bateri kalculator. Sebaik sahaja berdepan dengan lelaki yang
tiba-tiba muncul dihadapannya sebentar tadi buat semua yang ada dalam
fikirannya berterbangan. Beg sandang ditarik kemas. Tangan yang sudah mengigil
digenggam kemas. Insiden sebentar tadi berulang tayang bagai pita rakaman yang
tidak mampu di buang.
Baru sahaja tangan memegang bekas berisi pen yang
mengandungi pelbagai warna, ada tangan lain yang turut sama mendarat dibekas
tersebut sehingga tersentuh jarinya. Terlepas bekas tersebut dari tangan.
“Lembutnya tangan.”
Tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki
dihadapannya, Ain rendahkan posisi badan
untuk mengutip pen- pen yang sudah bergelimpangan jatuh dihujung kaki. Dengan
tangan yang terketar –ketar, sebatan pen digenggamnya erat. Baru dia perasan
lelaki itu turut sama membantu mengutip pen yang masih berselerak dihujung kakinya.
“So, dekat sini ye awak larikan diri.” Zarul
berbisik rendah dekat dengan cuping telinga Ain. Nasib baik tidak ramai yang
ada di Book Garden. Berani la dia berdiri agak dekat berhadapan dengan Ain
ketika sigadis sedang membongkok mengutip pen yang terjatuh sebentar tadi.
Ain tentang
berani pandangan pemilik mata hazel dihadapannya. Untuk tiga saat, matanya
berdegil mahu melihat lelaki dihadapannya. Lelaki itu segak bertali leher
berwarna biru tua dipandankan dengan kemeja biru cair dan slack hitam. Lelaki
dihadapan nya memang punya daya tarikan yang tersendiri. Sejak dari zaman
sekaolah lagi tapi gara-gara perangai yang tak serupa orang lelaki itu buat dia
jelek. Biar muka tak handsome janji perangai tak menyakitkan hati.
“ Saya tak lari. Saya naik bas. Awak pun tahu saya ni student
kan takkan mak mertua tak bagitau.” Sindir Ain. Takkan la nak mengaku dia
sengaja balik awal ke kampus untuk mengelak dari berjumpa dengan Zarul. Mereka
hanya bersua muka semasa majlis akad nikah. Hanya itu. Kerana dia yang meminta
tiada majlis diadakan cukup hanya doa selamat yang dihadiri oleh keluarga
terdekat. Sehingga saat ini tiada siapa yang tahu dia sudah menjadi isteri
orang.
“Ain..Ain. saya tahu awak ni student, tapi tak
sangka sangat berdedikasi sampai balik hostel seminggu awal.” Sindir Zarul
tajam. Ain ketap bibir geram.
“Awak buat apa dekat sini? Takkan ibu suruh awak
datang jumpa saya sampai kat sini.” Ain genggam tangan yang sudah menggigil. Ingatkan
dah balik awal ke kampus takkan mengadap muka Zarul, tak sangka sampai ke sini
lelaki ini menjejakinya.
“Ain, saya tak perlu dengar arahan sesiapa
terutamanya untuk jumpa isteri saya. Nanti jumpa saya dekat café. Saya tunggu
awak habis kelas. ” Zarul ukir senyum. Kemudian berlalu tanpa pamitan.
Hilang
kelibat Zarul, Ain teruskan langkah kaki laju menuju ke tingkat 2 bagunan
Siswa. Dia sudah 5 minit lewat untuk kelas Econometric. Gara-gara berfikir
sambil berjalan langkahnya agak lambat. Persoalan yang makin kuat mengasak kepala,
kenapa lelaki yang seorang itu muncul dipagi Isnin di bumi Seri Iskandar
bukankah sepatutnya lelaki itu berkerja.
Ain berjalan pantas. Sekejap-sekejap mata menoleh
kebelakang.
"Ain.."
Serta merta langkah Ain mati. Tapi dia masih tidak
berani untuk mencari siapa yang memanggil namanya. Mata dipejam seketika.
Kemudian barulah dia menoleh ke belakang. Ain tarik nafas lega.
“Kau kenapa
Ain?” Pelik Hariz tengok Ain tertoleh kebelakang. Macam dikejar seseorang.
“Tak ada apa-apa. Aku cuma nak cepat dah lambat 5
minit..” Ain tilik jam ditangan. Nasib baik ada geng masuk kelas lambat. Tak
ada la malu sangat masuk lambat sorang-sorang.
"Rileks la,awal-awal sem ni tak ada maknanya
lecturer nak masuk punctual." balas Hariz selamba. Dah masuk semester 4 ni
kira otai dah. Gelagat lecturer dah ada dalam poket.
Ain tarik nafas lega sebaik sahaja pintu kelas ditolak
masih tiada pensyarah. Biasanya minggu
pertama dan kedua awal semester memang jarang ada kelas melainkan pensyarah
betul-betul rajin buat kelas.
“Muka kau pucat.” Jiha tegur sebaik sahaja Ain tarik
kerusi duduk disebelahnya.
Ain pegang
pipi. Memang dia akui terjumpa dengan Zarul sebentar tadi buat darah dia
berhenti mengalir. Jantung bagai kan baru sahaja berjumpa dengan makhluk paling
menakutkan.
“Nak aku hantar kau pergi UK?” pelawa Jiha. UK adalah nama singkat untuk Unit
Kesihatan dikalangan pleajar UiTM.
Ain geleng kepala. Hantar la dia ke Hospital Bainun pun
tak mampu nak pulihkan jiwa dia yang dah separuh lumpuh saat ini.
“Aku Ok. No worries. Dah lambat 5 minit ni. Ada ke
tak ada kelas Eco.” Ain pandang pintu kelas.
Cuba mengalih perhatian Jiha dari terus memandangnya. Note book dalam
beg ditarik. Baru dia perasan tadi dia tak sempat beli pen gara-gara sibuk nak
melarikan diri.
Yang sebenarnya, gara-gara terserempak dengan Zarul mood
dia melayang entah kemana. It’s really Monday blues! Thank god Zarul, you really
spoiled my day!
“Kau bila sampai sini Ain?” Jiha buka sembang kedai
kopi bila pensyarah yang ditunggu masih tak nampak bayang.
“Dari last week lagi.”
“Wei..awalnya? Buat apa?”
“Aku jadi fasilitator untuk Minggu Destini Siswa.”
Yang sebenarnya dia hanya fasilitator bidan terjun
disebabkan ada yang tarik diri saat- saat akhir. Kebetulan Sheera tawarkan
padanya untuk turut serta. Dari duduk melangut dekat rumah sewa baik la dia
layan adik-adik junior.
“Ooo..”
“Kau dah register semua kelas ke?
“Dah.
“Berapa jam kredit semester ni?”
“20. Aku ingat nak tarik yang sem depan satu subjek.
So tak adalah semester 5 nanti tough sangat. Aku tengok next sem semua 4 credit
hour.”
“Ok gak tu. Kalau kau jadi ambil subjek next sem
bagitau aku ye. Nak joint juga. Atleast aku ada la kawan sama batch.”
“In shaa Allah.”
“Guy….”
Ain dah Jiha turut sama memandang ke arah Hariz yang
sudah berdiri dihadapan. Seperti ada pengumuman penting yang ingin disampaikan.
“Kelas batal.”
Dengar sahaja tak ada kelas bersorak pelajar BM 230.
Dah masuk universiti, perkara yang paling megembirakan adalah bila ada
announcement dari kelas rep kelas batal. Tambah-tambah kelas Econometric. Didakwa
subjek ni susah tahap dewa kelapan. Ain masih menatap buku teks depan mata. Mak
ai tebal dari buku-buku lain. Punya la dia semangat semangat pergi print soalan
past years. Alik-Alik kelas cancel pulak.
Fikiran mula menerawang memikirkan kemungkinan
bagaimana lelaki itu boleh menjejaki dia hingga kesini. Takkan la Abang Izham
yang pecah lobang. Bukan main baik dia buat deal dengan abang sepupunya semata-
mata untuk datang awal ke kampus. Sudah diingatkan biar jadi rahsia antara
mereka berdua. Dia belum bersedia untuk berterus terang hal la yang sebenar.
“Farahain…”
Terasa diri disiku, tersembam muka atas meja. Terus
Ain buka mata. Keadaan sekeliling diperhati. Dia masih dalam kelas yang sama.
Kira-kira 30 pasang mata memandang kearahnya.
Dan sepasang mata helang itu bagai ingin menelannya.
Air liur ditelan. Terasa kesat.
“So, you’re Farahain. Jangan ingat awak best
student, kelas saya ikut suka awak je. Dalam kelas saya hanya seorang yang
bercakap. Its either me or you.”
“Lagi satu kalau nak mengelamun ingatkan boyfriend
tak payah masuk kelas saya. ”
Ain tunduk menekur lantai. Kecut perut.
“Kalau awak rasa kelas saya boring, pick up your
stuff and get out.” Laung pensyarah itu
dari hadapan. Tajam dan pedas. Boleh pecah gegendang telinga.
Ain terpempam. Rasa nak nangis bercampur geram.
First time kena malukan dalam dewan kuliah. Bilik yang dipenuhi oleh hampir 60
orang pelajar. Matanya tajam merenung raut bengis depan mata. Langsung dia tak
perasan bila pensyarah ini masuk ke kelasnya.
“Bukan ke tadi korang cakap kelas cancel?” soal Ain
kepada Jiha.
“Memang la kelas cancel, tapi Puan Ainun minta
lecturer baru gantikan. Hensem siot. Dia ajar budak diploma sem lepas. Imran
nama dia.” Ayu sudah tersengih-sengih. Pantang nampak lecturer kacak antara
yang tak kacak terus feeling sorang-sorang.
“Aku chow dulu. Nanti jumpa kat library.” Sebaik sahaja
Ain angkat muka, pandangannya dengan
Imran bersabung. Cepat dia
menunduk. Entah kenapa berangin je lecturer yang seorang itu. Tak pasal-pasal
dia tuang kelas hari ni, lagi malang kena belajar sendiri. Harap-harap dia
mampu faham buku rujukan Econometrik setebal 600 pages itu.
Segera, dia mengemas semua pekakas alat tulis. Beg
sandang disangkut kebahu. Tak fikir dua kali, segera dia cari pintu keluar.
Nasib baik awal semester, sempat lagi kalau nak tukar kelas lain. Ahaks!
Comments
Post a Comment