Bukan Cinta Terlarang
BAB 5
Enjin
motosikal dimatikan, ditongkat dua. Suis
dicabut kemudian diselitkan dalam poket beg. Tasha kuak pintu utama. Huda dan
teman serumah yang lain tidak kelihatan dimana-mana. Solat barangkali.
Masuk
ke bilik yang dikongsi bersama Huda, beg dicampak ke katil. Pintu bilik air
yang dihubungkan dengan bilik mereka tertutup kemas. Mesti Huda ada didalam.
Sambil menunggu bilik air kosong, Tasha rebahkan kepala ke bantal. Mata
dipejamkan.
“Weii…mandi
la.” Sergah Huda.
Tasha
terus buka mata. Terkejut dengan sergahan Huda.
“Nak
mandi la ni. Kan aku redah masuk je tadi tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan
kau.” Jawab Tasha sambil duduk bersila atas katil.
Huda
jeling Tasha. Mahunya dikejar keliling rumah kalau Tasha main masuk je bilik
air tadi. Dah la penyendal pintu bilik air hilang entah kemana. Tadi dia main tutup macam
tu je, tak kunci pun.
“Dah..dah..pi
mandi sana.Maghrib pun dah hujung-hujung ni.” Huda pandang jam yang dipaku
didinding. Hampir menginjak je jam 8 malam.
“Tunggu
kau mandi macam tunggu orang sental bilik air. Bukan main lama lagi.” Tasha
tarik tudung dikepala. Kemudian laju melangkah kebilik air dengan tuala
ditangan.
Usai
solat mangrib,Tasha tanggal telekung kemudian disangkut ke tepi almari. Huda laju menempel disebelah.
“Kau
pergi mana. Pagi-pagi dah menghilang?” soal Huda.
Tersungging
senyum dibibir Tasha.
“Aku
tanya soalan bukan minta senyum mahal kau tu.”
Rambut pendek Tasha ditarik.
“Macam
biasalah..hujung minggu, jumpa umi dengan adik-adik.”
“Kau
kerumah As-Syifa lagi ke?” soal Huda lagi. Memang sudah acap kali Tasha
berkunjung ke situ.
“Ha
ah..mana lagi tempat aku nak pergi.Hujung minggu kalau aku hilang kau boleh
terus cari dekat situ.”
“Sayang
betul kau dekat tempat tu.”
“Tanpa
diorang mungkin aku tak ada depan mata kau. Nasib baik ummi sanggup terima aku
dekat rumah anak yatim tu. Walaupun sekejap tapi sangat bermakna.”
Huda
pegang lengan Tasha. Tahu Tasha mudah tersentuh kalau kisah zaman remajanya
diungkit.
“Aku
solute dengan kau. Ringan tulang bantu diorang. Padahal gaji kau bukan banyak
mana pun.” Bukan Huda tidak tahu gaji fresh grad. Cukup-cukup makan, tolak
belanja, rumah sewa berapa je baki yang tinggal. Tapi Tasha tak pernah culas
menghulur bantuan kepada penghuni rumah An-Nur.
“Aku
memberi bukan kerana aku ada, tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak ada
apa-apa.” Menumpang keluarga bapa saudara selepas dia keluar dari rumah anak
yatim itu banyak mengajarnya.
Walaupun
saudara tidak sama dengan keluarga sendiri tambahan pula Mak Ngahnya punya
ramai anak. Pasti keperluan anak sendiri didahulukan berbanding anak saudara. Huda
tepuk bahu Tasha perlahan. Berharap kawannya ini tidak larut dalam kenangan
lalu. Perit hidup menumpang.
“Jom
makan. Hari ni aku masak.” Pelawa Huda girang.
Tasha
jongket kening. Dah 6 bulan duduk sebilik dengan Huda, tak pernah-pernah Huda
masak melainkan masak meggie. Tu pun kadang-kadang sampai kembang semangkuk.
“Iye
la kau masak. Ke lauk tunjuk dekat kedai depan ni?” soal Tasha musykil. Memang
boleh buat sujud syukur ni kalau Huda masak. Tersungging senyum senget dibibir Huda.
“Kau
ni bagi la chance aku nak berlagak
kejap.”
“Ha
ah, beli kat kedai biasa tu la. Tapi lauk je tau. Nasi aku masak sendiri.” Tambah
Huda jujur. Tasha geleng kepala. Memang kirim salam la Huda nak masak.
“Ye
la..tahniah sebab dah berjaya masak nasi.” Bahu Huda ditepuk tanda bangga
dengan pencapaian kawannya.
Huda senyum lebar. Saja nak mendabik dada. Padahal
masak nasi pakai rice cooker kot, bukannya kena buat unggun api guna kayu.
“Ok
what..nasi tak keras,masak and tak hangit.”
Tasha sudah mengeleng kepala. Tang mana masak
guna rice cooker boleh hangit.
“Yang
lain-lain ada kat umah ke?” Tasha sudah beriringan dengan Huda keluar dari
bilik.
“Ada
kita berdua je. Hujung minggu ramai yang keluar dating sampai lebam.” Mengekek
ketawa Huda dan Tasha. Memang kebiasaannya hujung minggu hanya ada dia dan Huda
dirumah sewa. Kalau Huda balik kampung lagi la dia sunyi. Terkontang kanting
sorang-sorang. Menyewa berempat. Saniah dan Azma memang jarang ada dirumah
kalau malam minggu.
“Kau
tak kemana-mana ke sepanjang hari?” Pinggan yang berisi nasi dihulur kepada Huda.
“Nak
ke mana, assignment bersepah-sepah tak siap. Dah la tinggal dua minggu lagi nak
viva.”
Tasha
kunyah perlahan-lahan nasi dalam pinggan. Terasa sedikit keras. Berkerut dahi setiap
kali tekak nak menelan nasi. Tarif air
dah naik ke sampai kedekut sangat perempuan ni nak letak air lebih sikit.
“Kau
kenapa? Nasi aku tak sedap ke?” Huda hairan dengan Huda yang seperti orang yang
tak bernafsu nak makan.
“Nasi
kau ni keras sikit. Lain kali lebihkan air.” Tersipu-sipu Huda. Ni yang dia
suka berkawan dengan Tasha. Telus dan jujur. Walaupun perit, dia terima. Adoii..fail
lagi masak nasi. Sebelum ni nasi dah jadi macam nasi impit gara-gara lebih air.
“Aku
dah masukkan air sama banyak tadi.”Kepala yang tidak gatal digaru. Rasa macam
dah betul sukatan air tadi.
“Memang
la, ni kan beras lain dari yang kita guna. Yang ni kena tambah air sikit.” Nasi
dalam pinggan digaul dengan sedikit kuah sup. Biar lembik sikit. Kan ada yang
tercekik nasi.
“Best
tak sambal udang tu?” Huda jongket kening bertanya. Tengok Tasha selera meratah
udang.
“Sedap
la. Kalau tak sedap tak ada la kau hari-hari tapau dari situ. Siap apply member
card lagi” pangkah Tasha. Mengekeh ketawa kedua-duanya. Istimewanya jadi
pengunjung setia Mahbub. Apply membercard dapat 20%. Jadi la tu dari tak dapat
apa-apa.
“Esok
kau ada plan nak gi mana-mana tak?” soal Tasha kepada Huda.
Huda
panggung kepala dari mangkuk sambal udang. Nasi yang berbaki ditangan dibawa
kemulut. Tak baik membazir. Sebutir nasi tu kan ibarat setitik peluh petani.
Jangan membazir sebab berapa ramai yang tidak dapat merasa
nikmatnya makan nasi
sedangkan kita yang ada nasi senang-senang je
bazirkan.
“Aku
ingat nak cari kerja part time dulu la sebelum konvo. Cari duit sikit, sementara
dapat kerja yang sesuai.”
Tasha
pandang Huda sambil tersengih. Perempuan seorang ni la. Sel otak dia laju je bila fikir macam
mana nak jana duit. Pantang nampak peluang. Padahal Huda ni part time je belajar.
“
Kau nak berhenti dari kerja dekat Averis ke?” Pelik Tasha dengan perancangan Huda.
Setahunya Huda masih lagi berkerja dengan company yang hanya beberapa blok dari
bangunan tempatnya berkerja.
“Tak
ada la. Aku ingat nak buat part time. Aku kan kerja office hour. Tambah –tambah
dah tak ada bebanan assignment ni boleh la buat kerja lain. Keje shift malam
dekat 7E ke. Tak dengar seruan Dato’ Maslan. Masyuk sikit.” Panjang lebar jawapan Huda.
“Aku
ada tengok iklan untuk part time data entry. Gaji tak ada la besar mana, tapi
boleh la setakat nak lepas makan dengan sewa rumah.”
“Ok
gak tu. Terisi juga masa weekend aku lepas submit thesis.” Huda giat mencongak
dalam kepala. Banyak sikit dia boleh saving. Merasa la mak kat kampung duit
bulanan lebih dari kebiasaan semasa dia bekerja sambil belajar. Lepas ni dah
tak payar bayar yuran untuk setiap semester. Dekat situ dah dekat dua ribu.
“Kau tak nak balik kampung jumpa Pak Ngah dengan
Mak Ngah kau ke?”
Tasha
terdiam sejenak. Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak pulang ke kampung
melawat ibu dan bapa saudaranya.
Walaupum
kewujudan mereka hanya diketahui setelah ibu bapanya meninggal, dia tetap
bersyukur kerana masih punya saudara. Tidakhlah dia jadi sebatang kara. Mereka
sangat baik terhadapnya.
Tidak
pernah membezakan antara anak kandung dan anak saudara. Apa yang dinikmati oleh
sepupu-sepupunya pasti ada bahagian untuknya.
Dan kerana mereka, menjadikan dia
seseorang yang dia telah jadi hari ini. Mereka tetap menjaga sejak mereka diambil dari rumah anak yatim.
“Habis
cut off bulan ni, aku nak balik kampung dulu la kejap. Dalam seminggu macam tu.”
Huda
angguk mendengar perancangan Tasha.
“Lama
pulak kau cuti kali ni.”
“Tiga
hari aku claim time off, dua hari annual leave. Nak ikut aku balik kampung ke?
Jom la.” Pelawa Tasha. Huda serba salah.
“Aku
bukan tak nak ikut , tapi..”
“Tapi
apa pulak ni?” Tasha jongket kening. Panjang sangat tapi si Huda ni. Macam ada
hal lain yang disembunyikan.
“Kau
ingat tak adik aku Safa, yang datang umah hari tu.”
Tasha mengangguk mengiakan. Takkan la dia
lupa.Baru dua minggu sudah adik Huda
berkunjung ke rumah sewa mereka.
“Adik
aku tu pun tunggu masa nak konvo juga. Dia bulan 12 ni. Aku ingat minggu ni nak
hantar dia balik kampung.”
“Safa
tak nak cari kerja dekat sini ke?”
“Dia
ingat nak balik kampung terus. Cari kerja dekat-dekat ngan rumah sebelum konvo.
Lagipun mak cik aku nak pekerja dekat kilang batik dia. Boleh je minta kerja
sementara dekat kilang dia.”
“O..ok
la kalau ada kerja. Kalau aku yang budak arhie
ni joint kau memang kelaut la design nya. Suruh aku jaga kira-kira boleh la.
Aku kan ada basic account.” Ujar Tasha.
“
Dekat kampung aku susah sikit nak cari kerja. Lain la kalau aku nak jadi
petani. Tanam sayur. Tapi menguntungkan juga, tak payah aku nak sewa- rumah.”
Huda
dah geleng kepala. Tasha ni minda tiga saat. Kejap nak stay kt KL kejap nak
balik kampung.
“Kalau
dia nak kerja dekat sini pun ok, sewa kat sini kira murah. Kau suruh la dia try
la minta kerja dekat bahagian Pengurusan UiTM. Takkan la diorang tak nak ambik
best student.” Huda jongket kening. Bagus juga saranan Tasha tu.
“Aku
cuba usahakan. Doa-doa la ada kerja kosong. Tak payah Safa naik motor
jauh-jauh.”Huda angkat tangan mendoakan.
“
Bagitau dia dah dapat kerja jangan lupa belanja kak Long. Besar pahala Safa
kalau dia belanja orang yang gaji tak
seberapa macam aku ni.”
Huda
tahan ketawa. Statement tak menahan.
Tasha ni budget gaji sikit. Kira ok la fresh graduate gaji RM 3k. Sekarang nak
dapat RM 2k pun susah. Semua demand nak experience.
“Banyak
la kau gaji sikit. Budget aku tak tahu gaji kau berapa. Belum lagi tambah bonus
ngan increment tahun ni. Masyuk..masyuk” Huda buat muka teruja. Tasha jeling sedas.
Banyak la masyuknya Huda oiiii.. Kat KL ni gerak sikit duit.Duit keluar macam air.
“In
shaa Allah kalau aku dapat kerja bonus tahun ni.” Balas Tasha sambil tersenyum.
Tidak jadi kudis untuk dia belanja Huda makan kerana Huda satu-satunya kawan
yang memang tidak lokek memberi pinjam wang dikala dia kesempitan. Maklum saja
lah bila harapkan duit tajaan. Kadang-kadang dah sebulan semester bermula, duit
masih tak masuk-masuk. Syukur dia ada kawan seperti Huda.
Comments
Post a Comment