Bukan Cinta Terlarang
BAB 2
TASHA
buat tak perasan Huda yang mencuri pandang ke arahnya. Adalah tu yang ingin
ditangan si Huda kalau kejap-kejap kalih ke arahnya.
“Siapa
tadi?”soal Huda kepada Tasha. Tadi semasa dia sampai dikawasan letak kereta
kelihatan Tasha bukan berseorangan. Ada lelaki yang tidak dikenali. Stereng
kereta diketuk perlahan mengikut rentak lagu di radio.
“Entah,
kali pertama aku terserempak tadi.” Tasha tekun pandang Oppo ditangan. Tiada
sebarang mesej dari orang yang ditunggu. Sihatkah dia. Tetingkat hijau itu dibuka.
Scroll kebawah menjadi nama lelaki itu. Kemudian sebaris ayat ditulis. Butang
send ditekan.
“Boleh
tahan beb.” Komen Huda bersama senyum senget.
“Boleh
tahan apa?” soal Tasha hairan. Tumpuan pada skrin phone terganggu.
“Mamat
tu la?”
“Huda,
jangan percaya dengan muka hensem, kalau bukan tunang orang, suami orang. Yang
hensem-hensem ni biasanya taken.”
“Amboi,
teringat sejarah lama nampak.” Mengekek ketawa Huda. Kisah cinta pertama teman
serumah yang tak mungkin dia lupa.
“Diam.
Jangan nak ungkit cerita lama.” Tasha tarik muka. Tak mahu lagi sejarah lama
dikenang. Dia serik.
Dulu
pernah dia terjebak dengan cinta suami orang. Dah tau, angkat kaki. Tak ada
maknanya nak terus jadi pencinta setia membuta tuli. Memang dia akui, ayat
suami orang ni memang la manis bersalut madu, tapi madu tu pahit. Dia rela
sendiri.
Hampir
setahun dia berkerja di BT Bangsar
South, ini kali pertama dia ketemu lelaki tadi. Takkan la ada hantu kacak macam
tu. Adik beradik vampire night mungkin. Terasa makin laju Huda tekan pedal
minyak meniggalkan kawasan sunyi itu. Nasib nya baik hari ini teman serumah
tidak kemana-mana. Kalau tak memang melayang RM 10 bayar tambang teksi. Padahal
hanya memakan masa 10 minit sahaja kalau berkereta.
GARA-GARA bangkit tidur
lewat, kecoh villa besar itu dengan suara Tengku Adli. Mengeleng kepala
Sharifah Hamidah mendengar namanya
dipanggil berkali-kali. Dari tingkat atas bergema suara anak teruna yang
memanggil namanya. Kaki disusun mendaki anak tangga untuk mencari si anak yang
manjanya mengalahkan budak umur 3 tahun.
Pintu
ditolak, terpacul tubuh anak teruna yang masih gigih cuba mengikat samping.
“Lah..tak
siap lagi? Bukan main lama bersiap mengalahkan miss universe?” mencerun Sharifah Hamidah pandang si anak.
Tengku
Adli tarik muka mendengar sindiran mamanya.
“Susah
la mama. Dah la bagitau last minute?” omel Tengku Adli bengkak hati.
“Nak
buat macam mana sayang. Tiba-tiba je papa Ad kena terbang ke Medan pagi tadi.
Tak ada orang pula yang boleh ganti. Tolong mama ya sayang.” Pipi Tengku Adli
diusap. Bukan susah nak pujuk anak sulungnya ini.
Anak
yang tak banyak kerenah sejak dari kecik hingga dah besar panjang. Kelakuan dan
pertuturannya sentiasa menyejukkan hati. Menginjak ke usia 26 tahun Tengku Adli
masih lagi manja dengannya. Apalah nasib si isteri nanti. Senyum lebar
tersungging di bibir tuanya.
Tengku Adli jongket kening. Pelik dengan
senyuman mamanya.
“Mama,
its me ok bukan papa ni.” Tangan digoyangkan dihadapan Sharifah Hamidah.
Mengekek ketawa si ibu.
“Sebab
Ad la mama senyum. Tak sabar nak tunggu Ad kahwin.”
“Hari
ni pun boleh kalau mama setuju terima Syazana.” Kelat muka Sharifah Hamidah.
Banyak –banyak permintaan si anak permintaan yang satu ini sukar dia terima.
Hatinya sungguh tidak berkenan dengan gadis pilihan si anak. Macam mana Adli
Faris boleh terpikat pun dia tidak tahu.
“Dah
tak ada orang lain ke Adli Faris?”
Tengku Adli geleng kepala. Bila Sharifah Hamidah
dah sebut nama penuh dia memang dia yakin keputusan mamanya masih sama.
Perempuan pilihannya tidak menepati piawaian ‘menantu pilihan’ Sharifah
Hamidah.
“Ok
fine mama.Memang lambat la mama nak dapat menantu. Buat masa sekarang hanya dia
yang buat mata Ad ni terpukau. Kalau mama tolak yang ni maknanya makin lambatlah
mama nak dapat menantu.” Ugur Tengku Adli.
Laju
tangan Sharifah Hamidah menarik samping dari tangan Tengku Adli. Malas nak
dilayan perangai degil Tengku Adli. Satu-satunya arahan yang Tengku Adli
ingkari. Dia sendiri pelik dengan apa yang menjadi tarikan dalam diri Syazana
yang mengikat kemas hati anak sulungnya.
“Ok,
done. Pakai songkok. Bawa kereta elok-elok.” Bahu Tengku Adli ditepuk perlahan.
Dalam hati tak puas dia berdoa semoga suatu hari sianak mengeti mengapa dia
tidak merestui pilihan Tengku Adli. Baginya tak ada yang kurang pada wanita pilihannya,
cuma terlebih social sikit je. Sikit je. Dia yakin dia mampu membentuk wanita
itu menjadi isteri yang mamanya perlukan. Cuma susah untuk melembutkan hati
seorang wanita bernama Sharifah Hamidah. Tengku Adli mengeluh lemah. Mamanya
begitu dan wanita pilihannya pula begini. Masing-masing masih tidak berjumpa
titik persamaan. Tapi dia bukan jenis yang mudah mengalah. Akan dia usahakan
agar mamanya menukar fikiran. Menerima Syazana seadanya.
Comments
Post a Comment