Bukan Cinta Terlarang
BAB 10
“Wah..wah.. senyum lebar nampak. Dalam hati
ada taman lettuww.” Usik Huda sebaik sahaja melihat Tasha masuk dalam rumah.
Biasanya pukul 6.30 Tasha dan sampai rumah. Siap pakej tercongok depan TV nak
mengadap drama febret. Sambil-sambil layan slot Akasia di TV3 tangan hidup
segan mati tak mahu melipat kain. Dari tadi baru dua tiga helai yang dilipat.
Tunggu iklan baru tangan bergerak.
“Taman tang mana. Cukup lah tengok taman jiran sebelah.
Lain la kalau kau banyak masa nak asah minat landskap kau tu.” Tasha melabuhkan
diduduk disebelah Huda. Rajin pula makcik seorang ni tengok TV sambil lipat
baju. Biasanya tak henti-henti la mulut kecil tu membebel bila nak lipat baju.
Leceh katanya.
Kata
Tasha, tunggu la kalau ada orang orang buat invention cipta mesin lipat kain.
Tapi tahun bila tak pasti. Tu pun kalau ada la.
“Macam mana cerita kau petang ni, Haris kahwin dengan
siapa?” soal Tasha tak sabar-sabar.”
“Of course la dia kahwin dengan Nur. Takkan dengan kau
pula.” Huda pegang perut. Mata dah berair sebab ketawa.
“Memangla . Dah namapun Syurga Nur. Kalau kahwin dengan
aku jadi syurga Natasha la pula.” Gamat kedua-dua nya ketawa. Habis ketawa
barulah Huda cerita synopsis dari A sampai Z.
“Untungkan Nur, muda-muda dah kahwin, dapat lelaki hansem
pula tu. Aku ni lagi 3 tahun nak masuk 3 series tau.”
Tasha cuba tahan gelak. Perempuan memang risau
ke kalau tak kahwin lagi bila nak masuk 30 ‘an.
“Rileksla, enjoy single life.”
“Enjoy-enjoy juga. Takkan umur 40 anak baru umur 5 tahun.
Tu kalau kahwin. Kalau tak kahwin.” Luah Huda geram. Menyesal pula tak cari
kawan lelaki masa study. Sekarang nak lekat sorang pun susah.
“ Life begins after 40. Ada 16 tahun lagi.so enjoy. Biar
kahwin lambat asal dengan orang yang betul. Tak guna kahwin awal kalau dengan
orang yang salah. Tak pasal-pasal berendam airmata dari bahagia.”
“Dengar nasihat aku yang dah tak berapa nak muda ni. Kau
dah start boleh cari. Mamat tu pun Ok.” Ujar Huda sambil senggol bahu Tasha.
“Kau jangan nak main-main la. Dia tu baru je putus cinta.
Aku tak nak jadi pilihan kedua.” Beritahu Tasha.
“Memilih..memilih.” Huda sudah mengomel. Remote ditangan
sibuk cari channel lain. Tak ada yang menarik. Sudahnya kembali ke TV3, tengok Buletin
Utama.
“Haruslah, pilih selagi ada pilihan.” Tasha bersandar
sambil memejam mata seketika. Ni kalau dilayan mata yang mengantuk mahunya tertidur dekat sofa je.
“Tapi bagi aku dapat macam tu pun dah OK. Sekali pandang
macam Fernando Torres.Tapi dia sado beb. Abang sado,kau ado!” Haish, sampai
kesitu pula Huda ni. Memang wajib kahwin dah ni.
“Untuk soalan kau tu, dia tak kena dengan taste aku.
Tall,dark and not so handsome. Adli tu cerah sangat. Nak buat stock display
boleh la.”
Huda
tarik telinga Tasha. Memang pelik betulla Tasha ni. Orang lain punnya la gilakan artis korea sebab putih dan gebu dia
senang-senang je cross dari list.
“Pelik la kau ni, hensem macam tu pun kau tak suka. Patutnya
kau kena tambah power spec tu. Orang lain dah buat tarian berirama dah kalau
dapat. Bersyukur sikit.”
“Dia ngan aku kawan je. Aku ni guna kain empat meter je.
Jadi jangan nak berangan pakai 6 meter.” Kias Tasha. Dia ni kulit pun tak
berapa nak cerah cuma manis je yang lebih janganlah nak digandingkan dengan
mamat terlebih cerah tu. Kan terpaksa dia telan sedozen Qu puteh. Nak putih
makan la Qu puteh, baru putih. Tu pun kalau putih.
“Tapi aku tengok macam dia dah jatuh tergolek-golek dekat
kau je. Kau cuba fikir, dalam sekali berapa kali dia call kau. Tu belum lagi
wassap. Kau rasa kalau kawan macam tu ke?”soal Huda menyedarkan Tasha.
“Kau jangan nak buat cerita ye.” Omel Tasha. Jangan
diperasankan hati yang dah perasan Kan tak pasal-pasal syok sendiri. Merana
badan.
“Dah tu. Kau try la tanya.” Cadang Huda. Baju yang sudah
selamat dilipat disusun kemas untuk dibawa masuk kebilik.
“Gila la. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku syok kat
dia. Nampak sangat macam perigi cari timba.” Kalau betul sama-sama suka taka pa
lah. Kalau Cuma dia yang bertepuk sebelah tangan mahunya lepas ni terus dia tak
nak jumpa dengan Tengku Adli Faris.
“Apa salahnya. Tak ada salahnya kalau kau mulakan. Yang
penting kena caranya. Jangan la nampak desperate. Guna cara yang berkhemah.
Kita ni terlalu perpegang dengan adat. Islam itu mudah, jangan jadikan adat
satu halangan.
“Dah la,aku malas
nak fikir. Aku belum solat Isyak lagi ni.” Dalih Tasha.
“Aku rasa jodoh kau dengan dia la.”
“Sejak bila pula kau ada 6th sense ni?” Tasha
geleng kepala mendengar ramalan Huda.
“Kau tak rasa tulang rusuk kau bergetar ke bila dekat dengan dia?”
“Makin merepek dah kau ni.”
“Prinsip hidupnya mudah ‘if you love something let it
go,if it come back to you its your, if it doesn’t, it s never was.’ Laung Huda
sebaik sahaja Tasha sudah angkat tubuh dari kerusi.
HUJUNG minggu, Tengku
Adli pulang kerumah keluarga di Subang Jaya. Sebaik sahaja Subaru menjalar
masuk diperkarangan rumah keluarga, kelihatan Sharifah Hamidah sudah tersenyum
lebar menyambut ketibaannnya. Memang hujung minggu dia pasti balik rumah
keluarga sekiranya tiada hal-hal kerja yang penting. Tidak tinggal bersama
bukan halangan untuk menikamti masa-masa berkulaiti bersama keluarga.
“Mama
ingat Ad tak datang. Dah petang benar baru nampak batang hidung.” Beritahu
Sharifah HAmidah setelah Tengku Adli bersalam dengannya. Memang dia beranggapan
Tengku Adli sibuk kerana kebiasaannya awal pagi Sabtu sudah sampai. Ni sudah
menginjak ke pukul 6 petang baru nampak batang hidung. Ibu mana yang tak risau.
“Ada
kerja sikit Mama. Biasa la nak hujung
tahun ni. Banyak report nak kena siapkan, Ni pun pagi tadi bari tidur, itu yang terlajak sampai zohor baru terjaga.”
Kaki melangkah beriringan ke ruang tamu.
“Mana
papa ma? Sunyi je.”
“
Papa kamu keluar jumpa Dato’ Ismail. Biasalah petang-petang ni golf la.”
“Anuar
mana mama?”
Terdiam
Sharifah Hamidah mendengar pertanyaan Tengku Adli. Anak yang seorang itu memang
dia sudah hilang cara untuk menegur. Pantang ditegur pasti barannya mula
membara. Entah apa yang dimarahkan pun dia tidak tahu.
“An
dah jarang balik sini. Katanya menyewa dengan kawan-kawan. Kamu tolong lah
tengokkan dia. Mama risau dia bercampur dengan kawan-kawan yang bukan-bukan je.
Dia tu budak lagi, mudah terpengaruh.” Luah Sharifah Hamidah bimbang. Memang
dia bimbang kerana itu adalah amanah dari asatu –satunya adik yang dia ada.
“Mama
ni, An tu dah umur 23 mama. Dah tahu bezakann yang baik dengan buruk. Mama tak
payah la.”
“Emak
mana tak risau Ad. Dia tu amanah untuk mama dari auntie Zai. Dah la dia tu anak
tunggal mana mama tak risau. Mama tengok lately, asal balik sini je keluar
lewat malam kemudian entah pukul berapa baru balik semula kerumah.”
Tengku
Adli pegang dahi. Apa pula tabiat baru si adik ni.
“Nasib
baik tak pernah terserempak dengan papa. Bukan Ad tak tahu papa Ad tu, pantang
betul kalau anak keluar merayau malam-malam ni.” Sharifah Hamidah bergerak ke dapur.
Dua gelas fresh orang ditatang keruang
tamu.
Tengku
Adli mengeluh perlahan. Balik-balik amanah dari Auntie Zailifah yang mama
bangkitkan. Mati kata dibuatnya.
“An
kerja dengan papa lagi ke mama?” soal Tengku Adli . Gelas berisi fresh orange
dibawa ke bibir. Diteguk perlahan sebelum diletakkan kembali.
“Dia
nak resign tapi papa tak bagi. Papa kata atleast kerja dulu setahun sebelum
jump ke company lain, lagipun bukan senang nak dapat kerja lain sekarang ni.
Papa akan bagi dia resign kalau dia dah dapat offer dari company lain. Kamu pun tahu An tu macam mana. Tak pernah
nak serius banyak main dari kerja.” Beritahu
Sharifah Hamidah lemah. Anak yang seorang ni buat dia pening kepala.
“Kan
dah elok-elok kerja dekat company papa tu. Bidang dia pun kena dengan position
sekarang kan.”
“Memang
la Ad. Papa offer dia kerja dekat department management, sesuai la dengan
degree dia.”
“Kalau
dia nak berhenti suruh je papa bagi. Biar dia rasa langit tu tinggi rendah bila
kena cari kerja sendiri.” Luah Tengku Adli geram.
Tu
la padahnya kalau dari kecil ddimanjakan sangat. Sejak kecil mereka dibesarkan
bersama. Anuar adalah amanah dari adik Sharifah Hamidah semasa Anuar baru
berusia 7 hari. Merupakan adik beradik susuan Tengku Adli. Dibesarkan dibawah
rumpun yang sama bukan penentu hasilnya
akan sama. Buktinya dia bersusah payah
mendapatkan apa yang dimahukan manakala Anuar lebih kepada mengharapkan
pertolongan dari Tengku Saiful dalam mengecapi apa yang diinginkan. Sebab tu
masuk sahaja sekolah menengah dia memilih untuk
tinggal dengan Mak Tok di Perak
dengan alasan ingin menjaga nenek yang tinggal berseorangan selepas kematioan
suami.
Bila
Tengku Saiful meminta pendapatnya berkenaan dengan perlantikan Anuar di
Syarikat milik papanya, malas dia nak membantah tambahan pula Anuar dengannya
tidaklah rapat mana seperti dia dan adik
bongsinya Icha. Ahh..rindu pula pada satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
Kini sedang berada ditingkatan 5 Sekolah Tengku Kursiah.
“Mama
tahu, dia jadi macam tu sebab mama turutkan sangat apa yang dia nak sampai dia
buat sesuka hati dia je dekat pejabat tu. Bukan mama tak tahu. Datang office
lambat, jarang ada dekat office itu belum lagi kerja bertangguh-tangguh sampai
supplier pun lari. Walaupun papa diamkan je perangai dia tu mama tau Ad.” Lirih
Sharifah Hamidah bercerita.
“Mama,
tak payah fikirkan sangat la pasal Anuar tu. Nanti Ad cuba slow talk dengan
dia.”
“Janji
dengan mama ye Ad tegur dia elok-elok. Jangan sampai bergaduh. Walaupun kamu berlainan
mak ayah tetapi tetap adik beradik. Mama sayang anak-anak mama. Mama tak nak
dia menyesal kemudian hari nanti.”
“
Ye la. Jangan risau la. “Jawab Tengku Adli sambil tubuh gempal Sharifah Hamidah
didakap erat. Ibu ni memang sentiasa memikirkan anak –anak lebih dari diri
sendiri.
Tengku
Adli tersenyum kemudian mengusik Sharifah Hamidah.
“Mama
ni papa keluar petang-petang, entah- entah pergi rumah satu lagi.”
Laju tangan Sharifah Hamidah piat telinga
Tengku Adli.
“Ad, kalau papa kamu tu
nak ada rumah satu lagi ke, dua lagi dia tak payah tunggu sampai nak masuk umur
60. Dah lama dia pasang lain” Beritahu Sharifah Hamidah yakin.
Memang
dia tidak pernah ada sekelumit perasan curiga terhadap suaminya. Isteri mana
yang akan curiga kalau setiap aktiviti suami itu tidak perlu ditanya pasti
lelaki itu akan memberitahunya tanpa berselindung. Bukan itu sahaja Tengku
Saiful sentiasa berbincang dengannya
terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan walaupun dia hanya bertindak sebagai pemegang saham syarikat sebelum
diberikan kepada anak-anak yang masih lagi tidak mahu bekerja dengan bapa
sendiri. Setakat ini hanya Anuar yang berkerja difirma guaman suaminya.
“Mama
ni percaya la sangat dekat papa tu?” Masih tidak mahu berhenti dari mengocak
keyakinan Sharifah Hamidah.
“Dah la Ad. Dari kamu usik mama, baik kamu suruh
mama pinang anak dara untuk kamu. Anak mama ni dah besar panjang. Bila la mama
ni nak merasa ada menantu.”
“Dah
selamat la mama. Bakal menantu mama dah dikebas orang.” Beritahu Tengku Adli
tanpa nada.
“Maksud
kamu, Syazana?” soal Sharifah Hamidah terkejut. Memang la dia tak berapa
berkenan dengan pilihan Tengku Adli, tapi tidak lah sampai mendoakan hubungan
mereka putus.
“Ye
la mama. Anak mama ni walaupun boleh tahan handsome tetap setia pada yang
satu.”
“Apa
yang dah jadi?”
“Mungkin
sebab mama tak redha kot.” Seloroh Tengku Adli.
“Adli..”
“Tak
ada lah mama. Mungkin jodoh Ad bukan
dengan dia. Sama ada Ad yang tak cukup baik atau ada yang lebih baik untuk Ad
nanti.”
“Ada
yang lebih baik untuk Ad nanti. In sha Allah. So broken heart la ni?”
“
Mama ni cakap macam Tash..”
“Macam
siapa? Dah ada penganti la ni?” selidik Sharifah Hamidah.
“Kawan
je la mama. Ad tak serius sangat. Lagipun
dia ni budak lagi, bagi dia enjoy life dulu. Ad tak nak tergesa-gesa.”
“Bawa
la jumpa mama. Kenal-kenal, kawan Ad boleh jadi kawan mama juga.”
“One
fine day mama. Buat masa sekarang biar Ad je yang kenal dia dulu.” Tengku Adli kenyit mata. Berharap mamanya tidak memaksa. Dia perlu
masa untuk sembuhkan hati yang sedang berdarah. Tidak mahu lagi tergesa-gesa.
“So
kira biarlah rahsia la ni?”
“Lebih
kurang la mama. Ad tak nak dia terkejut nanti kalau bawak jumpa mama. Biar dia
ready dulu.”
“So,
who’s the lucky girl?”
“
Mama ni kan dah cakap rahsia. Nak juga jadi agent 007.” Omel Tengku Adli.
“Yela..ye
la..mama tunggu je la Ad bawa dia jumpa mama. No more question.” Ujar Sharifah
Hamidah mengalah
Comments
Post a Comment