Bukan Cinta Terlarang
BAB 4
TENGKU Adli merebahkan
badan ke katil. Gembira hatinya sejak pulang dari rumah anak Yatim Annur.
Keletah kanak-kanak yang gembira menikmati ais krim tadi buat dia terharu.
Betapa beruntungnya dia beribu bapa sedangkan
mereka disana menumpang tempat berteduh dan ihsan orang untuk meneruskan hidup.
Hidup dalam serba serbi kurang. Bangga dia dengan papanya tidak lepas tangan
menunaikan tanggungjawab sesama manusia.
Tiba-tiba
bayangan si gadis layang-layang menjelma lagi. Merekah senyuman dibibir. Mata
bundar itu memikat hati lelakinya. Kepala digelengkan berulang kali. Sudah
gilakah dia. Baru sekali jumpa dah meroyan. Cepat-cepat banyangan wajah itu
digantikan dengan wajah si kekasih hati. Syazana! Tangan menarik telefon dari
atas meja. Nombor Syazana didail.
“Hai..Syaz.”
Tengku Adli bangkit dari baring. Duduk menghadap lampu neon dari tingkap
biliknya.
“Hai.”
Tidak bersemangat sahutan dari Syazana. Tengku Adli tarik sengih merajuk la tu
gara-gara kena tinggal.
“I am sorry dear. I memang kena cepat
tadi. Next time I bawa you.”
Syazana sudah senyum lebar. Mudah benar dia
terpujuk dengan kata-kata Tengku Adli.
“So, how’s the event?”
“Ok.
Great. Budak-budak kat situ pun happening.” Jawab Tengku Adli teruja.
“Ad,
please la. You pergi bagi fund je bukannya suai kenal dengan budak-budak busuk
tu.” Ada nada jengkel dalam kata-kata
Syazana.
“Diaorang
tu amanah Allah, tengok diorang yang serba-serba tak cukup akan buat you
bersyukur ada family yang pampered you
gila-gila. You should go there. Kenal-kenal ngan diaorang. Mesti you suka.
Lagipun tadi ada sorang..”
“Sorang
apa?” Soal Syazana pantas. Api cemburu bagaikan baru dicucuh dengan sumbu.
Risau teman lelakinya rambang mata melihat gadis cantik.
Tengku
Adli usap dahi. Nyaris-nyaris dia kantoi dengan Syazana.
“Maksud
I tadi ada sorang budak ni cute sangat. I yang tengok pun geram.” Tengku Adli tarik nafas leka. Nasib baik dia
teringat dekat Ain. Petah sungguh kanak-kanak tersebut bercerita dengannya
tadi.
“
I hate kids. Menyusahkan.” Bentak Syazana geram.
“dah
tu you tak nak anak?”
“Nanti
you hired la maid. Geli la nak basuh berak kencing anak.” Mengingatkan terpaksa
menguruskan hal yang satu itu, tiba-tiba dia rasa jijik.
“Macam
tu baik I kahwin dengan maid je.”
Syazana tarik muka. Nasib baik Tengku Adli tidak nampak. Sungguh
dia geram dengan jawapan Tengku Adli.
“Alah..kita
kahwin pun belum you dah fikir soal anak. Bila kita nak kahwin ni. Mama I dah
bising bila family you nak datang merisik?”
Tengku
Adli pegang dahi. Sudah berkali-kali dia beritahu Syazana. Tunggu dia pujuk
mamanya dahulu. Mana mungkin dia berkhawin tanpa restu wanita yang
melahirkannya.
“You
sabar la sikit. I tengah pujuk mama.
Tunggu la marah dia dekat you hilang dulu.” Pujuk Tengku Adli lembut.
“Ad,
you nak I tunggu sampai bila. I ni perempuan. Susah sangat you kahwin je la
dengan pilihan mama you. I dah fed up dengan mama you yang perasan bagus.”
“I am trying. Setiap kali mama bangkit
hal kahwin I cuba bagi mama faham yang I nak kahwin dengan you bukan dengan
orang lain. Bukan juga dengan calon-calon pilihan mama.” Tengku Adli sendiri
sudah banyak kali menolak calon pilihan mamanya. Sungguh gigih Sharifah Hamidah
mencari calon untuk menggantikan Syazana.
“Suka
la you, ada ramai calon.” Syazana mencebik. Sakit hati bila dia tahu ramai yang
cuba bersaing dengan nya.
“Kan
I dah cakap, I tak nak calon-calon yang mama I pilih tu. You know that I love you. very much.”
Lafaz
cinta yang seringkali terungkap dibibir Tengku Adli tidak pernah Syazana jemu mendengarnya. Terbit rasa bangga
bila bergandingan dengan Tengku Adli yang menjadi rebutan semenjak dia berada
ditahun pertama ijazah sedangkan Tengku Adli sudah ditahun akhir ketika itu.
Dan
lebih bangga bila dia menjadi ratu dihati Tengku Adli. Namun masalah paling
besar untuk dia tempuhi adalah kebencian Sharifah Hamidah iaitu mama Tengku
Adli.
“Baby, kalau you sayang I kita kahwin je
la dekat overseas.” Syazana gigit bibir setelah cadangannya diusulkan. Berharap
agar Tengku Adli bersetuju untuk kali ini.
“I
nak kahwin. Tapi dengan restu mama I.
Perkahwinan tanpa restu orang tua banyak halangannya. I nak kahwin dengan you
untuk seumur hidup bukan main-main. Perkahwinan akan lebih berkat bila semua
orang mendoakan kita. I tak sanggup nak hidup sebagai anak derhaka. She’s my
mom after all. Melukakan hati dia adalah perkara terakhir yang I akan lakukan.
I harap itu bukan pilihan yang you nak I buat.”
Tergamam
Syazana dengan keputusan Tengku Adli. Nampaknya makin samar la hala tuju
hubungan dia dan Tengku Adli.
“Take it or leave it.” Tutur Tengku Adli
tegas.
Terngadah
Syazana mendengarnya. Perancangan harus lebih teliti. Memenangi hati Sharifah
Hamidah tak ubah seperti menarik benang dalam tepung, jangan sampai benang
putus, tepung berselerak. Seandainya sabar yang perlu, akan didik hatinya agar
lebih sabar supaya dia tidak berputih mata.
“I
faham Adli. Tapi cuba you fikir ada kemungkinan ke mama you akan terima I ?” Lembut
pertanyaan Syazana. Rasa gusar cuba
ditutup. Rasanya peluang untuk dia menjadi menantu pilihan Sharifah Hamidah
sudah kurang dari 50%.
“In
shaa Allah. Kita kena yakin. Yang penting kita usaha. Ada jodoh pasti you akan
jadi isteri I.” Tengku Adli urut tengkuk sendiri. Terasa sedikit tegang.
“Kalau
tak ada?” soal Syazana geram. Kalau tidak mengingatkan itu ibu Tengku Adli
Faris, memang sudah lama diserangnya. Nasib lah dia dah jautuh cinta dengan
anak emak. Terpaksa dia bersabar.
“Maknanya
ada lelaki yang lebih baik untuk you.”
“I
nak kahwin dengan you je Adli. You tau kan untuk you mati pun I sanggup.” Luah
Syazana emosi. Tidak sanggup dia membayangkan Tengku Adli berkahwin dengan
orang lain. Mana nak letak muka, sudah dicanang pada kawan-kawan tentang
hubungan cintanya.
“Sebab
I sayang you dan you sayangkan I, you kena la rajin-rajin fikir macam mana nak
tackle hati mama I. Why don’t you spend masa dengan mama I. She loves shopping.”
Kedua belah tangan sudah disilangkan. Makin rumit hubungan dia dengan Syazana.
“Tak
minat la I.” Apa barang hang out dengan orang tua. Syazana cebir bibir. Tak
masuk akal langsung cadangan Tengku Adli.
“Lol..sejak
bila tukar hobi? Bukan you memang kaki shopping ke?” soal Tengku Adli hairan.
Naik lenguh kakinya kalau menemani Syazana shopping. Baru beberapa minggu lepas
bukan main sakan Syazana borong baju dan handbag. Hari ni dah tak minat
shopping. Kalau betul memang dia bersyukur. Tak payah letihkan diri mengekor
Syazana shopping.
“Atau
you tak suka bila I suggest you keluar dengan mama I?”
Syazana
panggung kepala. Nasib baik Tengku Adli tak nampak riak muka terkejutnya
mendengar tebakan Tengku Adli. Tepat ke jantung.
“Tak
adalah. I tak rasa pun nak shopping Lebih baik I duduk umah atau tolong mama I
dekat dapur je.”
Tengku Adli yang mendengar makin hairan dengan
perubahan Syazana. Selalunya Syazana la yang mengomel bila disuruh mamanya ke
dapur waima untuk bancuh air. Dekat dapur panas la. Belum lagi suruh
menyediakan makan malam. Pernah sekali dia menadah telinga mendengar Syazana
membebel gara-gara disuruh oleh mamanya menyediakan air untuk tetamu. Memang puteri
lilin. Mungkin dari kecil semua keperluannya sudah disediakan oleh kedua ibu
bapa.
“Ad,
you tak ada cara lain ke nak ubah keputusan mama you?” Terdiam Tengku Adli
dengan pertanyaan dari Syazana. Tengku Adli geleng kepala. Dia sendiri dah
buntu. Bukan senang nak mengubah sesuatu yang dibenci oleh Sharifah Hamidah.
“Dah
you yang cari sengaja cari pasal. Cuba masa you nampak mama I you cakap
elok-elok tak ada la rumit sangat masalah kita ni.” Luah Tengku Adli sedikit kesal.
“Mana
I tau dia mama you. I ingat scandal you. Tu yang I berangin.” Tersekat-sekat
suara Syazana. Menyesal pun dah tiada guna. Mama Tengku Adli bagai sudah
berkerat rotan tidak mahu menerimanya.
“
Itu lah you, suka tuduh melulu pastu marah-marah tak tentu pasal. Cuba you
kawal sikit cemburu you tu. I ada you sorang je.” Lembut Tengku Adli menerangkan.
Kadang-kadang dia pun rimas dengan perangai Syazana yang terlalu cemburu
sehingga pernah dia disoal selidik macam pesalah jenayah berat gara-gara hold call dari Syzana.
“Ye
la..semua salah I.” Tak guna Syazana terus menafikan. Menang terang lagi nyata
salah sendiri.
“Dear,
I tak salahkan you. Tapi you kena sabar sikit la. It’s takes time nak menawan hati Sharifah Hamidah. I know my mum.
Susah nak tawan hati dia.”
“Benci
la I dengan you ni.” Bentak Syazana geram. Talian diputuskan. Geram dengan Tengku
Adli yang terlalu mengikut kata mamanya. Sungguh dia bengang dengan mama Tengku
Adli yang memandang dia tidak layak untuk bergandingan dengan Tengku Adli
Comments
Post a Comment