Bukan Cinta Terlarang
BAB 1
Pelipis
di lurut perlahan. Mata makin berpinar setelah lebih lapan jam mengadap
computer dihadapan. Sekejap mata focus di screen laptop. Terasa ada yang tidak
kena dengan report dihadapan mata segera tetikus di gerakkan untuk membuat
dokumen sokongan di second monitor.
Hampir setengah jam
matanya masih mencari apa yang tidak kena dengan report dihadapan mata.Terlepas
pandang column tax rate. Terus mata segar bugar. Alhamdulillah. Akhirnya report
siap juga. Tinggal nak transfer ke pivot chart. Finally, all revenue is
captured.
Sudah
hampir tiga bulan dia bekerja di British Telecommunications yang merupakan
syarikat telekomunikasi antarabangsa yang baru sahaja tiga tahun bertapak di
Malaysia. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang Architecture manakala kerja
sekarang menyimpang jauh dari apa yang dipelajari semasa pengajian di
universiti dia tidak kisah yang penting ada kerja dan rezeki yang diperoleh
adalah halal.
Tangan
laju menekan butang save, seterusnya shut down. Beg laptop dalam drawer ditarik
kemudian meja yg bersepah –sepah di kemas. Pantang Azra Natasha tinggalkan meja
yg bersepah.Seletih mana pun pasti dikemas sebelum balik.
Sebaik sahaja card access di dilalukan
dihadapan pintu keluar dari office, terpegun Tasha melihat suasana kelam.
Rasanya baru pukul 10 Malam. Takkan malam ni awal sangat semua orang balik.
Biasanya ramai lagi yang stay back untuk siapkan report contract masing-masing.
Tangan
laju mengetuk jam di tangan.
‘
Masya Allah’ Jam dah mati rupanya. Innalillah.
Terus
sahaja tangan mengagau handbag mencari handphone. Kaki laju melangkah menyusuri
lorong gelap untuk ke ruangan parking. Sengaja dia ambil short cut. Berani-berani
ayam. Sebab tidak mahu jalan jauh, jalan
pintas yang hanya ditemani lampu jalan yang suram dipilihnya.
Sedang
terkocoh-kocoh mengeluarkn handphone terasa badannya seperti terbang melayang
akibat di tolak dari tepi.
“Sorry…sorry..sorry..
I tak nampak you.” Mata tunak memandang lelaki yang sedang erat memeluk
pinggangnya. Nasib baik tak cium jalan.
“Buat
apa malam –malam dekat sini?” si dia bertanya dengan tangan masih erat memeluk
pinggangnya. Tersedar, Tasha laju merungkai Tangan laju merungkai pelukan setelah
mampu berdiri dengan stabil. Soalan dari lelaki didepannya tidak dijawab.
“I
kerja dekat bangunan belakang tu.” Tasha selit rambut di tepi telinga. Rambut
dah lari dari kedudukan asal akibat hampir terjatuh tadi. Menyesal pulak tak di
ikat tadi.
“
Memang selalu balik malam ke?” satu lagi soalan ditanya. Tasha renung lelaki
dihadapannya. Ni Detective Conan versi Melayu. Permandangan depan mata yang
terlalu indah untuk dialihkan. Akui Tengku Adli jujur. Jarang sekali dia
terserempak ada perempuan yang melalu lorong ini. Nak kata dari dunia lain tak
mungkin sebab berpijak dilantai yang sama. Laluan ini agak sunyi walaupun lebih dekat dengan kawasan parking.
“Kalau
cut off macam ni la. Balik lambat sikit. Ada report nak kena siapkan.” Tasha kemaskan pengangan fail. Risau tangan
yang dah penat menekan keyboard hilang kudrat nak tampung beban yang dirasakan
makin berat.
“Tak
elok perempuan balik lambat.Macam-macam boleh jadi.”
Tasha pamer senyum. ‘Terima Kasih Encik
Prihatin’.
Tengku
Adli yang melihat dah pegun dua saat. Masya Allah..cantiknya dia. Lekuk yang
jelas kelihatan disebelah pipi kanan. Walaupun wajah sigadis hanya kelihatan
samar.
“Saya
Adli.” Perkenal sidia tanpa disuruh.
“Terima
kasih.Got to go” laju Tasha mengatur kaki
ke arah kereta yang baru sahaja berhenti dihadapannya.
Tengku
Adli turut bergerak kearah kereta yang hanya beberapa langkah dari tempat dia
berdiri sebentar tadi. Punat alarm ditekan.
Tengku
Adli masih memandang ke arah kereta Kancil yang sudah menghilang. Terasa seperti
dipukau. Dia masih berdiri ditempat yang sama sejak lima minit yang lepas.
Sungguh hatinya terpegun. Cantiknya dia..desisnya dalam hati.
Sebaik
sahaja pintu kereta dikunci, Tengku Adli memandang tempat yang sama dia betegur
sapa dengat gadis tadi.
Dada
dipegang. Tulang rusuk dah siap buat break dance, bergegar semacam je.Jatuh
cintakah dia. Kepala digeleng bersama senyum dibibir. Sebegitu mudahkah atau
she’s the one. Kalau dah jodoh pasti bertemu lagi. Pujuknya pada diri
sendiri.Kaki diatur menapak ke restoren San Francisco yang hanya beberapa
langkah dari tempat dia bertembung dengan si gadis tadi. Tak sia-sia bayar
parking mahal letak depan SF.
Comments
Post a Comment