Seindah Maharku
Bab
1
Mata Ain tidak lepas memerhatikan dua orang adiknya
yang sedang bermain basikal di laman rumah. Ibu masih disekolah, pukul 5 petang
baru balik. Lumrah yang dia dan 4 orang adiknya kena hadap semenjak ibu kembali
bekerja setelah bercerai dengan ayah 2 tahun yang lalu.
Ibu nekad mahukan perpisahan setelah ayahnya berkahwin
lain tanpa pengetahuan. Ayah memilih perempuan dari seberang sebagai isteri
muda. Entah la... dia sendiri tidak tahu apa sebab berlakunya penceraian tersebut. Ketika itu, dia melanjutkan
pelajaran di Asasi Undang-Undang UiTM diKuantan. Yang nyata, dia sangat
terkejut.
Dan semalam, dia dikejutkan lagi oleh berita yang
dibawa ibu.
"Mereka datang bawa hajat Ain." Itu intro
ibu sebaik sahaja Volvo jenis lama itu menjalar keluar dari laman rumahnya.
Semasa tetamu itu bertandang, dia hanya keluar menghidang air dan biskut sahaja
kemudian terus dia berkurung didapur.
"Mereka berhajat sangat nak Ain jadi menantu
diorang. Ain terima ye nak."
"Ibu, Ain tak nak kahwin." Ain genggam
kedua belah tangan. Sudah basah dengan peluh. Hati dah sebesar hati nyamuk. Memang
dia takut mahu menaikkan amarah ibunya.
"Ain, diorang tu dari keluarga baik-baik. Masa
depan Ain pun cerah kalau kawin dengan Zahar tu."
"Ibu..Ain." Ain goncang lengan ibunya.
"Demi ibu, Ain tolong terima ye." pujuk ibunya lagi.
Ain tunjuk muka asam kecut. Masam. Nak terus
buat demostrasi kan jadi anak derhaka
pula.
"Ibu je la kahwin dengan anak dia. Lagipun ibu
kan single. " Sehabis mungkin Ain cuba menolak tapi ibu seolah-olah terlalu
mendesak. Tak pernah ibu sekeras ini.
"Diorang tu nak pinang kamu Ain, bukannya ibu.
Anak puan Ainun tu pilih kamu." Puan Azma jengil mata. Ain ni dengilnya
boleh tahan jadi dia kena berlembut supaya Ain menurut.
"Ibu, Ain kan belajar lagi. Lagipun Ain nak
kerja dulu. Tolong ibu besarkan adik-adik." Sedikit gugup Ain luahkan rasa
tidak puas hati. Tak pernah terlintas untuk berkahwin semasa belajar.
"Pasal tu Ain jangan risau. Zahar takkan halang
Ain dari teruskan belajar. Dia dah setuju dengan ibu tadi. Soal adik- adik Ain
jangan risau, ibu kan ada. Ain terima ya. Nanti ibu bagitau Puan Ainun. Mesti
dia suka." Ibu tersenyum lebar. Mendengar nama Puan Ainun yang kerap
meniti dibibir ibu, Ain diam membisu.
Mati kata Ain dibuatnya. Dia hanya sempat memandang
lelaki itu cuma sekilas. Tall and dark tu dah ada, cuma handsome tu memang tak
kena. Muka dipenuhi bulu-bulu liar dimuka. Macam dah tak ada pencukur dijual
atas muka bumi ni.
Rambut pun dah sama panjang dengan rambut dia. Melepasi
bahu. Nampak serabai. Tua pun ya. Langsung tak kena dengan taste dia. Macam
mana la ibu boleh berkenan.
Ibu, Ain tak nak kahwin. Rintihnya sendiri.
Berkahwin dan meninggalkan kehidupannya bersama adik-adik yang sedang membesar.
Terutamanya Amira dan Aina yang masih kecil. Amira berusia lima tahun manakala
Aina baru sahaja mencecah 2 tahun setengah.
“Along..telefon.”
Suara Amira mengejutkan Ain. Telefon
Samsung dihulur dan dia sambut perlahan.
Ain tenung handphone yang berkelip ditangan. Siapa
pula yang menelefon malam-malam ni. Kalau kawan-kawan university biasanya
wassap dan pesanan ringkas saja. Yang betul-betul urgent baru mereka buat
panggilan.
Nombor yang tertera tiada dalam simpanannya. Dah
tentu –tentu dia tak kenal. Dibiarkan sahaja sehingga deringan mati. Sekali
lagi panggilan diterima dari nombor yang sama dan Ain sentuh skrin untuk
menjawab.
“Assalamualaikum..Ain.” Suara garau lelaki menyapa
pendengaran Ain.
“Waalaikummusalam.” Lambat –lambat Ain jawab. Suara
yang tidak berjaya dikesan olehnya. Yang pasti bukan suara yang dia kenal.
“Ain..saya ni.” Perkenal lelaki ditalian. Sunyi lagi
menyelubungi. Memang kaya la Celcom. Ni baru dua orang yang telefon semata-
mata nak dengar deru nafas orang.
“Saya ni siapa?” soal Ain kepada si pemanggil.
Memang dia lemah bab mengecam suara orang. Ingat kalau kenalkan diri sebagai
saya tu dia boleh kenal ke. Haishh..
“Saya Zahar. Your husband to-be. Ain sihat?” Lembut
suara garau dihujung talian bertanya.
Ain ketap bibir. Boleh tak kalau dia buat-buat tak
dengar?
Jangan Ain! Kan Allah tarik pendengaran tu baru tahu.
“Alhamdulillah. Sihat.” Ain ketap bibir. Jeda. Tiada
susulan bicara dari lelaki yang bernama Zahar itu. Ain turut diam.
“Ibu bagitau saya Ain risau saya akan halang Ain
dari belajar bila dah jadi isteri saya.” Dia tarik nafas.
Ain diam mendengar.
“Don’t worry
Ain. Ni saya nak bagitau Ain in shaa Allah saya
akan izinkan Ain untuk terus belajar dan bekerja selepas Ain graduate
walaupun Ain dah jadi isteri saya. Kalau Ain tak percaya kita boleh dokumenkan dan
saya akan sign kalau itu boleh buat Ain rasa terjamin. Saya takkan halang
apa-apa yang Ain nak buat as long as Ain jaga maruah saya sebagai suami Ain.”
“Saya nak balik kampung selalu,” celah Ain.
“Boleh Ain.” Tenang jawapan dihujung sana buat jiwa
Ain kian merusuh.
“Saya nak terus tinggal dengan kawan-kawan saya.” Ain
sengaja mencabar. Geram pada tenangnya lelaki yang bernama Zahar itu.
“OK.”
Ain kerut kening. Takkan tiada bantahan. Dah
kahwinkan. Yang belum kahwin pun ‘pinjam dulu’ inikan pula yang dah halal.
Seriau dia memikirkan nafkah yang satu itu. Mampu ke suami mengikut rentak dia.
“Saya..”
“Ain..kan saya dah cakap as long as tak memudaratkan
sesiapa saya turutkan. Do you get me?”
Ain terkesima mendengar butir bicara lelaki itu.
Boleh percaya ke? Belum kahwin semua OK, semua boleh. Nanti dah kahwin lain
jadinya.
“Kenapa saya?” soal Ain. Masih tidak percaya mengapa
dia yang menjadi pilihan. Kata ibu, Zahar ni berpendidikan tinggi. Kenapa pilih
dia yang belum pun ada ijazah. Terdesak sangat ke?
“Kenapa saya apa Ain?” Si dia lontar balik soalan.
“Kenapa pilih saya untuk jadi isteri awak. Saya ni
budak lagi tau.” Ain makin geram. Luar
sedar pipi dikembungkan. Perlakuan spontan bila dia tak puas hati.
Suara dihujung talian sudah melambak ketawa.
Ain cebir bibir. Tak suka bila mendengar lelaki
dihujung talian ketawa galak. Ajak la yang dah cukup umur kahwin. Dia ni tak
sempat lagi nak rasa pegang duit sendiri dah pun nak jadi isteri orang.
“Saya tak ada jawapan tu Ain. Tapi saya yakin Allah
dah aturkan Ain adalah jodoh saya. Ain budak tapi saya ni dah cukup dewasa. Ain
jangan risau apa yang Ain tak tahu, saya ada untuk mengajar Ain. FYI, I’m a
good teacher after all.” Lelaki itu ketawa lagi.
Berhenti ketawa boleh! Sebab Ain rasa hati dia macam
dah tersuka dengar lelaki ini ketawa.
Cepat Ain cari alasan untuk putuskan talian. Tidak
sanggup berlama lagi. Suara itu menggamit kenangan lamanya. Tidak mungkin orang
yang sama. Nama sahaja sudah berbeza. Lupakan dia Ain.
“Siapa tu Ain?” Tiba-tiba suara ibu bertanya sebaik
sahaja talian ditamatkan.
Pastilah si ibu pelik melihat dia tak sudah-sudah
merenung skrin yang sudah lama kelam.
“Ha..” Ain
pandang ibunya macam orang blur. Tidak dapat menangkap pertanyaan yang terlontar
dari bibir ibu.
“Ibu tanya siapa yang call? Panggilan dari siapa
tadi?”
“Zahar ibu.” Ain menjenguk keluar, melihat Adiknya,
Aina bermain.
“Kenapa dia telefon?” Puan Ainatun henyak punggung
disofa sebelah Ain. Bingung sahaja airmuka yang terpancar dari wajah Ain.
“Ha....”
“Along ni kenapa.. Ha..ha dari tadi. Orang lain pun nak kahwin juga
tapi tak ada la kena sampuk macam Along ni.” Sampuk Azam sambil mengekeh
ketawa. Dari tadi dia perhatikan kakaknya. Macam kena sindrom ha pula.
Tak semena-mena penumbuk Ain singgah dibahu Azam.
Geram. Ada sahaja modal nak kenakan dia. Ingat dia meroyan sangat nak kahwin
ke?
Ain pandang Azam disebelah. Awal pula balik harini.
Pukul 6 petang dah ada kat rumah. Biasanya adik yang seorang ni pukul 10 malam
baru nampak muka.
Comments
Post a Comment