Bukan Cinta Terlarang
BAB 6
Hampir
10 minit dia berdiri diatas zebra
crossing. Baru setapak dia melangkah, makin laju pula kereta yang lalu. Keluhan
dilepaskan. Baru dia nak melintas makin
laju kereta yang malu dihadapannya. Langsung tak bagi chance untuk pejalan kaki.
“Let cross together.” Tasha pandang
lelaki disebelahnya. Memang dia terkejut bila lelaki disebelahnya bersuara. Adli.
Adoi.. masuk kali ketiga terserempak. Harap lelaki itu tak perasan. Sekali
pandang macam lelaki idaman. Tall, handsame but not so dark. Kulit lelaki ini
dua tona lebih cerah jika nak dibandingkan dengan kulit dia. Tak kisah la,
kalau putih muka je, tangan gelap pun
orang mengata biarlah dia natural beauty je. Tak adalah gelap sangat pun.
“Thank
you.” Ujar Tasha berbahasa. Macam mana la dia tak terfikir nak berdiri je
tengah line dan terus angkat tangan je. Mesti kereta akan berhenti.
“Kalau you tunggu
sampai pukul 10 nanti pun belum tentu you boleh cross the road.”
Tasha
angguk. Biasanya bila nampak ada pejalan kaki, kereta akan bagi laluan tapi
hari ni mungkin nasib nya sedikit malang.
Kereta
yang lalu lalang berhenti sebaik sahaja lelaki tadi angkat tangan. Isyarat
pejalan kaki mahu melintas. Inilah istimewanya jadi rakyat Malaysia. Powers in your hand. Baru sahaja Tasha
ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“
I tak handsome.”
Terpinga-pinga
Tasha mendengar patah bicara selamba Adli tadi.
“Sorry?”
soal Tasha kembali. Memang dia lost!
Adli
pandang ke baju Tasha. Laju Tasha tutup tulisan dibaju dengan kedua belah
tangannya. Menghalang lelaki itu dari terus membaca apa yang tertulis pada baju
yang tersarung dibadan.
“
I noticed you, girl.” Terang Adli bersama senyum nakal.
Tanpa pamitan laju Tasha menaiki tangga
bergerak dihadapan AEON untuk ke
pejabatnya. Pagi-pagi jalan maasih lengang, ramai yang singgah direstoren San
Fransicso sambil menikmati secawan kopi. Tentunya Kopi mahal mahal yang sedap. Tasha
kembali melihat tulisan dibaju. Kepala digeleng berkali-kali. Ini bukan kali
pertama dia pakai baju ini. Kenapa hari ini ada yang perasan.
‘AWAK
TAK PERASAN SAYA SEBAB AWAK PERASAN HANSEM’
TASHA pandang teman sepejabat yang menghalang
dipertengahan laluannya. Nasib baik la ada 10 minit lagi sebelum pukul 9.
“Siapa
tadi Tasha?” tanya Elfira sebaik sahaja nampak Tasha dihadapan AEON. Dari jauh
dia sudah perasan Tasha sebab tu dia tunggu
Tasha depan AEON. Boleh saing untuk masuk office.
“Siapa?
Kan aku sorang je ni. Kau jangan takutkan aku.” Beg sandang dibetulkan.
“Tu
mamat yang tegur kau tadi. Kau pun tahu mata aku ni allergic dengan mamat-mamat
handsome.”
“Aku
tak kenal.”
“Alah.
Takkan ngan aku pun nak rahsia.” Sangkal Elfira tidak percaya.
“Betul
la, tak kenal. Tadi sama-sama melintas jalan je.”
“Eleh,
takkan la boleh sembang kalau tak kenal. Kau yang selalu pesan don’t talk to
stranger. Share la.” Elfira masih mencuba nasib.
Annoying
pula Tasha rasa dengan officemate yang sorang ni. Orang dah cakap tak kenal,
maknanya tak kenal la. Tak kuasa la nak sorok-sorok. Budget retis je.
“Dah
la. Aku memang tak kenal dia. Cepat sikit jalan tu Mok cik. Kan jadi late
comers lagi. Kau tu dah pecah rekod dah. Asyik datang lambat je.”
Terkulat-kulat
Elfira balas jelingan Tasha. Memang dia selalu datang lambat. Nasib nya cukup
baik sebab setakat ni tak prnah lagi terserempak dengan Team Manager semasa dia
lambat. Kalau tak memang tak pasal-pasal dapat kaunselling ataupun DN
(Development Needed ) dari Management
Buka
sahaja PC, laju Tasha clearkan email. Email penting dimasukkan dalam folder archive.
Senang nak trace kalau ada isu berbangkit dikemudian hari. Hampir tiga bulan
bergelar associate a.k.a part of billing team, salah satu yang dia belajar
sepanjang disini, talking without proof
is rubbish. Everyone can talk but just a few can come out with
evidence.
Berkerja
dengan Contract Manager dan Account Manager dari luar Negara terutamanya dari
Timur Tengah memang menguji kesabaran. Pantang salah sikit terus nak escalate.
Jadinya dari semasa ke semasa kerjanya dilakukan dengan lebih berhati hati agar
tidak dijadikan issue untuk mengugat KPI.
Comments
Post a Comment