Seindah Maharku
Bab
3
Zarul senyum lebar. Bahu ibunya didakap erat.
“Gembira Nampak?”
“Gembira la Ma. Tak sabarnya nak kahwin,” Zarul zahirkan
kegembiraan tanpa selindung.
Pulang sahaja dari mengambil mamanya di UiTM Sri
Iskandar tiga minggu lepas terus diusulkan
kepada keluarganya tentang niat untuk menyunting pelajar mamanya sebagai
isteri. Tidak mahu menunggu lagi. Dia yakin dia sudah bersedia untuk menjadi
suami dan khalifah keluarga sendiri.
“Amboi…dulu punyalah susah nak suruh kahwin macam
suruh pergi tebang balak. Sekarang bukan main lagi,” Omel Puan Ainun geram.
Bukan seorang dua yang dia kenalkan tetapi satu pun
tak melekat. Entah bagaimana yang mahu dicari pun dia tidak tahu.
“Ma…abang dah jumpa dia ma. Abang tak nak lepaskan
dia lagi. Cukuplah abang dah lepaskan dia dulu.” Zarul raup muka.
Dulu... dia khilaf.
Sekarang dia sudah peroleh peluang untuk perbetulkannya. Dia tidak mahu
lepaskan sebaik sahaja melihat gadis yang tidak pernah mampu dia lupa muncul
didepan mata walau hanya pada sekeping gambar. Kebetulan yang dia harapkan
akhirnya muncul jua. Syukur ya Allah.
Alkisahnya tiga minggu lepas memandangkan dia masih
bercuti dan kereta mamanya rosak di kampus, dengan rela hati dia pergi
menjemput. Pertama kali dia jejakkan kaki ke kampus walaupun sudah berpuluh
tahun ibunya bekerja sebagai pensyarah disitu. Kebiasaanya ibunya memandu
sendiri.
Hampir setengah jam menunggu ditempat parking,
mamanya memberitahu masih ada satu lagi kelas yang mengambil masa dua jam. Malas untuk menunggu dalam kereta, dia masuk
ke pejabat mamanya. Lebih selesa dari
berpanas menunggu dihadapan kelas.
Saat dia labuhkan duduk dikerusi mamanya dia perasan
ada sekeping gambar mamanya bersama lima orang gadis. Dan seorang gadis yang
paling kecil antara kelima yang lain itu buat jantungnya berhenti berdegup.
Ain....
“Ain dah tau ke siapa abang?” Puan Ainun pandang
Zarul serius. Si anak dilihat hanyut ke dunia lain. Senyum yang tergayut
dibibir itu buat dia pasti hanya jasad Zarul yang ada dihadapannya hati pasti
sudah melayang jauh.
Zarul geleng kepala. Terhenti terus lamunan apabila disergah
pertanyaan membunuh ibunya sebentar tadi. Rambut dilurut kasar. Kali pertama
dia rasa takut. Takut kalau Ain menolak sekiranya tahu siapa dia. Walaupun dia
sudah berubah 360 dari paksi asal tak mustahil Ain akan menolak kalau masih
teringatkan hal yang satu itu.
“Zarul Azhar Zaid.” Tekan Puan Ainun geram. Patutnya
berterus terang la sebelum kahwin.
Kepala digeleng- gelengkan. Sukar dia mahu menebak apa yang dirancang oleh anak
lelaki nya yang ini.
Tiga minggu lalu dia dikejutkan dengan berita Zarul mengenali
salah seorang pelajarnya. Beberapa jam kemudian Zarul datang padanya dengan
menyuarakan niat mahu meminang Ain.
Nasib baik jantungnya masih sihat walafiat. Baru dia tahu Ain lah gadis
yang pernah diceritakan Zarul dulu. Cinta monyet yang bukan lagi cinta monyet.
“Maa…” meleret Zarul seru nama ibunya.
“Abang tak rasa kesian ke dekat dia. Macam main
mainkan dia pula.” Puan Ainun jongket kening.
Zarul tarik muka. Masam. Bukan niat dia nak
main-main kan ke nak tipu. Tapi dia tak yakin Ain akan terima kalau dia
berterus terang.
“Ma..abang takut dia tolak.” Jujur pengakuan Zarul.
“Kalau dia tolak maknanya tak ada jodoh la.” Puan
Ainun angkat bahu. Nak tengok reaksi Zarul.
“Maamamaaaa….” Zarul ketap bibir. Geram. Ada ke
patut ibunya sengaja nak lemahkan semangat dia yang dah berada diparas
paling lemah ni.
“Ishh..parah dah kamu ni.” Puan Ainun piat telingat
Zarul Azhar sebelum dilurut lembut.
Dia sendiri masih bersisa rasa terkejut bila Zarul
dengan yakin mengkhabarkan mahu menamatkan zaman bujang terlajaknya. Bersyukur
terbuka juga pintu hati Zarul Azhar
untuk berkahwin tetapi yang dia tidak sangka bakal menantu adalah
pelajar sendiri.
ZARUL
mundar mandir dihadapan cermin. Samping yang sudah terletak elok di sentuh
kembali. Serba tidak kena dibuatnya. Tangan sudah berkali dilap dengan tisu. Berpeluh- peluh.
“Abang ni rileks la nak pergi kahwin je pun. Bukan
nak kena hantar ke Syria.” Usik Zafriel nakal. Songkok si abang diambil dari
meja solek dan diletakkan atas kepala. Zariel Ammar yang melihat tarik sengih.
Tangan laju merapikan butang melayu ditubuh sendiri. Malas nak masuh campur
bila Kucing dengan hamster bercakar.
“Cuba kau yang ada kat tempat abang kau tahu la.” bidas
Zarul geram.
“Boleh je kalau abang sanggup tengok Ain tu jadi
adik ipar abang. Cute apa. Sanggup?” Laju Zarul siku Zariel kemudian kepala si
adik dikepit celah ketiak. Menjerit si
adik. Nak bergurau agak-agak la. Jangan buat main nama Ain tu. Jadi sungguh
memang menangis tak berlagu dia.
“Abang, Am apa ni ? Tak puas lagi bergaduh?” Muncul
Puan Ainun bersama bekas cincin ditangan. Tergamam melihat Zariel yang sedang
melepaskan diri dari si abang.
Cepat-cepat Zarul lepaskan Zariel. Spoiled betul la.
Puan Ainun muncul disaat yang salah. Baru nak bagi pengajaran berguna untuk si
adik yang sudah pandai menderhaka seketika tadi. Ada hati nak cantas jalan dia.
“Tak ada apa maa…bergurau je.” Zarul sudah garu
kepala. Songkok dikepala dibetulkan. Zariel dan Zafreil sengih cover line. Baik
iyakan sebelum mama start tazkirah. Kan
panas pula telinga nak mendengar.
“Kalau dah siap jom gerak. Semua orang dah tunggu
tu.” Puan Ainun mengeleng kepala dengan perangai Zarul. Bergurau dengan adik –adik
dah macam tu. Jangan dengan Ain jadi mangsa wresling sudah. Memang menyesal la
dia turutkan permintaan si anak.
“Jangan buat kat Ain macam tu Zarul.” Pesan Puan Ainun
sebaik sahaja Zariel dan Zafriel mendahului mereka turun ke tingkat bawah.
“Chill la ma. Tu ngan adik-adik. Ngan Ain lain cara
berguraunya.” Sengih Zarul bersahaja. Pipi Puan Ainun dicium. Mententeramkan
perasaan Puan Ainun. Cepat tangan Puan Ainun naik menepuk pipi Zarul. Tau
sahaja nak tenangkan hati tuanya.
Zarul peluk Puan Ainun. Itu ke yang mama risaukan.
Takkan la dia nak buat Ain yang separas bahu lagi kecil macam tu. Dengan Zariel
dan Zafriel lain la. Saiz badan memang tak jauh beza dengan badan dia.
Gurau-gurau manja tu yang mengukuhkan brotherhood.
USAI sahaja mengaminkan doa, Zarul Azhar minta izin
untuk menunaikan solat sunat sebelum kerumah pengantin perempuan. Alhamdulillah
semua berjalan seperti yang dirancangkan. Dia sangat berterima kasih dengan
kerjasama Puan Ainatun sekeluarga. Permintaannya supaya majlis akad nikah
diadakan dimasjid diturutkan. Mula-mula terkejut juga dia bila dilihat
pengantin perempuannya tiada, tapi menurut kata Puan Ainatun Ain minta untuk
tunggu dirumah sahaja. Semua dokumen yang diperlukan juga sudah disediakan.
Hati yang sedang gundah gulana cuba ditenteramkan dengan sujud kepada Dia Yang
Maha Besar lagi Berkuasa.
“Sorry Rul
lambat sikit. Nadia merengek sikit tadi.” Shafiq berjabat tangan dengan Zarul.
Zarul sudahkan menyarung kasut sebelum bangun menyapa
lelaki dihadapannya. Pipi bayi Shafiq yang baru berusia enam bulan disentuh.
Comel betul dengan mata hitam penuh.
“No issues la. Ni kitorang baru nak gerak kerumah
pengantin perempuan. Kira kau ni rambongan belah aku la.” Zarul buka rayban
lalu disangkut ke poket baju melayu.
“Ok aku follow dari belakang.” Shafiq kembali ke
kereta. Bayi dipangku dipangkuan diberikan kepada Ayuni. Bergema tangisan si
kecil tidak mahu dengan si ibu. Puas di
pujuk barulah surut tangisannya.
“Dah ready?” Encik Zaid tepuk bahu Zarul yang duduk
disebelahnya. Hari ni Zafriel jadi driver tak bertauliah. Tahu anak lelaki nya
pasti gementar walaupun sedikit. Dia juga pernah mengalami perasaan yang sama
30 tahun yang lalu.
“Ready pa.” tutur Zarul perlahan. Memang dia sudah bersedia
untuk menjadi seorang suami tapi sedia was-was untuk bertemu empat mata dengan
si isteri. Ain tentunya. Semoga Allah permudahkan. In shaa Allah.
“Lets pray to Allah. Semoga dia permudahkan
segalanya.”
Zarul angguk. Itu lah harapannya. Memang itu juga
yang dia inginkan. Supaya Ain terbuka hati untuk terima.
“Kalau dia tak terima pun, abang kan dah jadi suami.
Pandai-pandai la abang handle.” Zarul jongket kening. Cuba tenangkan hati
sendiri yang dah mengalunkan irama yang dia sendiri tidak tahu.
“Chaiyok..chaiyok..gambatte.” Zariel disebelah
pemandu tidak ketinggalan joint pasukan sorak bagi semangat untuk si abang.
Zarul urut dada.
Laju jantungnya berlari. Ada yang tidak baik akan berlaku kah.
Jauhkanlah Ya Allah. Doanya dalam hati. Zikir tidak putus dilagukan.
Comments
Post a Comment