Bukan Cinta Terlarang
BAB 7
Jam
belum pun pukul 9 pagi, pejabat masih lenggang. Sejak joint team Pastel yang
menyediakan bill untuk Negara-negara
timur tengah dan South Africa, waktu pejabatnya tidak tentu. Awal bulan masuk
pukul 9 pagi balik 6 petang. Kalau minggu cut- off masuk kerja 11 pagi balik 8
malam. Kadang-kadang bila banyak request masuk last minutes terpaksa stay back
sampai pukul 10 atau sebelas.
Selesai
archieve email, Tasha menapak ke pantry. Gelas yang tersusun dalam cabinet
dipantri diambil. Ditadah pada mulut
instant coffee maker. Butang Milo ditekan.
“Semalam
balik pukul berapa Tasha?” tanya Saniah yang duduk minum bersama officemate
yang lain. Adam dan Fauzi khusyuk
menikmati air dicawan masing-masing.
“Pukul
11.30 gak la. Banyak pula yang masuk semalam. Dah nak balik baru diorang hantar
approval.” Kerusi kosong disebelah Saniah ditarik. Milo panas dihirup perlahan.
“Lain
kali lambat masuk tak payah buat la Tasha. Kita accrued je. Nanti bila billing
period re-open baru finalized. Diorang ni kalau kita buat juga walaupun diorang
hantar last minute nanti next month pun diorang akan bagi lewat.”
Betul
juga kata –kata Saniah, detik Tasha bersetuju.
“San
pernah terserempak ngan siapa-siapa tak masa balik lambat?” Soal Tasha
berlapik. Memang kebiasaannya Saniah balik lambat kerana menunggu suami datang
jemput.
“Tak
ada pula. Kau jumpa apa?” soal Saniah terkejut. Janganlah Tasha ni jumpa yang
pelik-pelik. Dah la dia selalu balik lambat.
“Kalau
kau dengar mesin Photostat yang bunyi kau abaikan je.” Celah Fauzi. Tasha dan
Saniah saling memandang.
“Tak
ada apa pun. Saja je tanya. San ni cuak la.” Milo dalam cawan diteguk laju.
Tapi dia pasti yang dia jumpa semalam, dirumah yatim dan pagi tadi adalah orang
yang sama. Dah kenapa tiba-tiba berminat nak jadi stalker ni. Tasha senyum
sendiri. Adakah hati perempuannya sudah terusik? Tiba-tiba berminat untuk jadi
stalker kepada lelaki yang baru tiga
kali ditemuinya.
Khusyuk
Tasha menyediakan invoice seperti yang dimahukan pelanggan terganggu dengan
rungutan Saniah. Yang duduk selang satu meja darinya. Ni mesti ada isu dengan
contract Manager.
“Tasha,
tolong aku jap.” Panggil Saniah.
“Tak
faham la. Kan semalam diorang bagi template untuk Pepsicola Dubai ni. Aku dah
inform cakap account salah tapi diorang kata
memang account yang ni. Aku dah hantar draft then diorang approved. Hari
ni datang balik minta kita raise credit note.”
Terang Saniah lagi.
Tasha
tolak kerusi dari mejanya ke meja Saniah. Memang sudah menjadi isu biasa,
contract manager salah bagi template. Bila billing team dah finalized invoice
datang balik minta raise credit note untuk offset invoice yang telah di
keluarkan.
“Kau
buka template tu jap.” Arah Tasha kepada
Saniah. Sebelum nak escalate kena ada bukti.
Excell
sheet yang dihantar oleh contract manager dibuka oleh Saniah. Kemudian invoice
yang sudah di hasilkan dipapar pada monitor kedua. Memang sama seperti yang
tertera pada invoice.
“Tak
apa, nanti kau hantar dekat dia RFC form. Minta diorang isi. Memang kena raise credit note and rebill ni.
Nanti credit reason letak ‘non billing error’. Sebab kita dah inform diorang pasal account ni tapi
diorang yang berdegil nak juga raise bawah account yang salah.”
“Ok,
thanks Tasha.” Ujar Saniah lega.
“Tak
ada hal la. Jangan lupa cc Jen Mak. Biar dia deal dengan Contract Manager yang
tak paham bahasa cenggini.” Balas Tasha rendah. Tiap-tiap bulan isu yang sama.
Mentang-mentang manager, lansung tak nak dengar bila biller tegur. Ni la bila
pandai tak boleh diajar, salah tak boleh ditegur.
FARHAN yang mengekor
dari belakang makin pelik dengan kelakuan rakan sejawatannya. Dari dalam bilik
meeting sampai ke pejabat tuan empunya
diri sengih tak hilang-hilang.
“Kau
apasal bro? Mimpi basah ke semalam?” Kerusi dihadapan Tengku Adli Faris ditarik
sebelum melabuhkan pungggungya. Fail ditangan ditebar atas meja. Kening
dijongketkan.
“Kalau
aku cerita kau mesti tak percaya punya.”
“Cerita
la dulu. Biar aku decide nak perccaya ke tak.” Farhan menyelesakan duduk.
Menyandar macam nak tengok Tengku Adli buat presentation. Tangan sudah berada
didagu. Tunjuk minat dengan cerita yang bakal diberitahu oleh Tengku Adli.
“Aku
jumpa perempuan.”
Berdekah-dekah
Farhan ketawa. Tengku Adli pandang pelik kearah Farhan. Nasib baik pintu
biliknya tertutup dan kalis bunyi.
“Perempuan
mana pula ni.” Soal Farhan. Ni memang dia pelik. Bukan hari-hari ke jumpa
perempuan. Majority staf di Averis ni perempuan. Bezanya tua muda, mak orang
atau anak dara.
“Zebra
crossing.”
“What?”
suara Farhan naik setakuk.
“Aku
jumpa dia dekat zebra crossing.” Serta merta merekah senyum dibibir Tengku
Adli.
“Kau
biar betul takkan dekat zebra crossing
pun boleh.”
“Aku
rasa tulang rusuk aku bergetar bila nampak dia.” Tengku adli pegang dada. Parah
ni, jantung pun berdegup kencang.
Meledak
ketawa Farhan dengar statement tak menahan si teman.
“Ok
yang tu over. Syazana kau nak letak mana?” Farhan jongket kening. Bukan dia
tidak tahu kekasih hati pengarang
jantung Tengku Adli.
“Rileks
la. Hati aku ni ada ¾ lagi yang belum
terisi. In shaa Allah muat lagi kalau setakat dua orang nak tumpang.” Seloroh
Tengku Adli. Tapi sungguh aura gadis yang dilihatnya tadi bagai magnet
berlainan kutub. Sayang betul nak larikan mata dari terus memandang sigadis.
“Kau
ni Adli. Ingat mudah ke nak poligami. Satu pun tak lepas lagi dah fikir nak
pasang lebih.”
“Tapi
serius bro, dia memang cute. Comel je aku tengok muka terkejut dia.” Tambah
Tengku Adli. Memang dia rasa nak gelak kuat-kuat melihat muka cute perempuan
tadi. Cute dalam cuak.
“Kau
ni memang wajib kahwin dah ni.”
Tersengih Tengku Adli mendengar omelan Farhan.
“Aku
tak rushing bro. Go slow.” balas Tengku Adli Faris selamba.
“Kau
jangan cakap..”
“I’m
straight bro. Jangan nak buat assumption bukan-bukan.” Potong Tengku Adli
Faris. Bukan dia tak tahu apa yang Farhan tu fikir.
“Mahunya
aku tak syak kau ni geng cik Gayah. Empat tahu kat Manchester boleh kira berapa kali je kau hang out dengan perempuan.
Tu pun aku yang paksa. Ke kau fobia ngan perempuan?” Soal Farhan. Sayang la
kalau muka dah set complete tapi songsang pula.
“Tak
ada yang berkenan. Mana boleh paksa-paksa. Tak jumpa lagi yang boleh buat
tulang rusuk aku ni bergetar.” Tengku Adli senyum senget.
“Aku
doakan cepat lah mama kau lembut hati. Tengok penangan si Syazana tu.”
Bergabung ketawa dua lelaki itu.
Siapa yang tak nak kahwin. Usianya bukan muda
lagi. Sudah 28 tahun. Tapi mengingatkan tanggungjawab seorang suami dia tak mahu
tergesa-gesa. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajarinya. Benar kahwin itu mudah, yang susahnya tanggungjawab
selepas kahwin. Mampu kah dia nak bentuk isteri menjadi istri yang solehah. Kahwin
bukan untuk sehari dua tapi untuk sepanjang hayat. Bukannya bila tak suka boleh
dibuang sesuka hati.
Rasulullah SAW dalam hadisnya
bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan
dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian
atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika
dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara
yang baik.
Comments
Post a Comment