Bukan Cinta Terlarang
BAB 3
Sebelum
Tengku Adli ke Rumah Anak Yatim Annur di Kuala Selangor, terpaksa dia singgah
ke Apartment Vista Angkasa untuk mengambil buah hati. Hampir setengah jam dia
menunggu di kawasan parking baru lah nampak orang yang ditunggu-tunggu.
Sebaik
sahaja nampak Syazana melenggang seperti itik pulang petang dia dah geleng
kepala. Pintu kereta ditaolak, tangan sudah mencekak pinggang. Syazana
dipandang atas bawah.
“Hei..baby,
you nak pergi nikah ke? Kenapa tak
cakap? ” Tangan Syazana sudah meliar di dada Tengku Adli.
Tengku
Adli hanya membiarkan tingkah laku yang sudah sebati dengan si gadis semenjak
dia menjadi kekasih hati Syazana.
“
Kan I dah cakap kita nak pergi rumah anak yatim, ada buat solat hajat. Yang you
pakai macam orang nak pergi Bukit Bintang kenapa?” Mata tidak lepas dari
memandang Syazana yang memakai legging polka dot berwarna merah hitam dan tank
top merah. Rambut blonde berwarna cooper di lepas bebas.
“Dah
tu takkan you nak suruh I naik tukar? Penat la.” Rungut Syazana manja.
Tengku
Adli yang melihat dah naik muak. Macam ni sayang-sayang ada yang makan
pelempang. Takkan dia yang berbaju melayu siap bersamping bawa pasangan macam
nak masuk kelab malam.
“Tak
payah tukar. I pergi sendiri.” Putus Tengku
Adli. Jam tangan sudah menginjak ke
pukul 5 petang. Dia seharusnya sudah berada disana. Nak tunggu Syazana bersiap
lagi memang kucing bertanduk la.
“Ala..baby,
I naik tukar je la kejap. Promise kejap je.” Lembut menggoda suara si gadis
memujuk.
Tengku
Adli geleng kepala. Pintu kereta ditarik.
“I
dah lambat ni. I see you tomorrow.” Cermin kereta diturunkan. Dia sudah cukup
masak dengan sekejap Syazana. Palinng cepat sejam. Jam dikerling. Dia sudah
lambat sebenanrya.
“Tiket
flight ke UK untuk you I dah belikan.
Bye.” Ujar Tengku Adli. Lebih kepada beli jiwa.
USAI menyampaikan dana
yang disumbangkan oleh Setia Haruman Holding kepada Yayasan Annur, Tengku Adli
duduk dipangkin berhadapan padang kecil dikawasan rumah anak-anak yatim
tersebut.
Leka
dia melihat seorang gadis memberikan layang-layang kepada beberapa kanak-kanak
yang sedang beratur panjang.
“Kakak
layang-layang, Ain nak yang ada butterfly.”
“Akim
nak yang spiderman.” Celah seorang lagi.
“Eh,
Spiderman aku punya la.” Bantah seorang kanak-kanak lelaki yang lain.
Tersungging
senyum si gadis. Terpana Tengku Adli melihat lekuk dalam dipipi gadis tersebut.
Tangan menyentuh lekuk dipipi sendiri. Tempat yang sama.
“Jangan
risau, kakak ada banyak lagi.” Satu persatu di hulurkan kepada kanak-kanak yang
mengelilinginya.
“Ok.
Siapa dah dapat boleh start main, tapi jangan lari laju sangat. Nanti jatuh.” Pesan
si gadis lembut.
Seronok
kanak –kanak tersebut menarik layang-layang masih-masing. Tengku Adli melihat
gadis tersebut setia memerhati ditepi padang. Melihat sahaja ada kanak-kanak
perempuan yang hampir jatuh, cepat gadis tersebut berkejar mendapatkan mereka.
Akhirnya mereka berguling sambil tertawa gembira.
Tanpa
sedar Tengku Adli senyum sendiri. Dari duduk dia sudah bangun berdiri, terkejut
melihat ketangkasan si gadis mendapatkan kanak-kanak yang hampir terjatuh.
“Ok..adik-adik,
kakak dah lambat. Yang ni semua boleh simpan. Nanti kakak datang lagi.” Terkocoh-kocoh Tasha berjalan untuk ke
motosikalnya. Beg yang disangkut dibelkang ditarik untuk memasukkan
benang-benang yang digunakan untuk menaikkan layang-layang.
“Ouh..Sorry
saya tak sengaja.” Tasha pegang dahi yang berlaga dengan dada lelaki dihadapannya.
Mata terbuntang besar. Lelaki yang sama dia jumpa di malam yang kelam minggu
lepas. Dua kali bertembung, dua kali accident. Harapnya tak jumpa dah untuk
kali yang seterusnya. Risau dia akan terlanggar apa pulak lepas ni.
Tu
la buat kerja sambil berjalan memang tempah accident la. Tasha pekup dahi yang
masih terasa berdenyut. Nasib badan laAzra Natasha. Haish.
“Its
okay. But next time watch your step. Itu nasib baik langgar orang. Kalau jatuh
longkang kan dah jatuh hantaran.” Tengku Adli senyum senget.
“Baik..saya
usahakan.” Jawab Tasha selamba sambil ketawa.
“Saya
minta diri.” Cepat-cepat si gadis susun langkah sebelum makin banyak perkara
yang memalukan akan berlaku.
Tengku
Adli yang ditinggalkan usap dagu yang tak berapa nak runcing. Macam pernah
tengok, tapi memori nya gagal menghubungkan sel-sel otak dimana dia bertemu
dengan gadis tersebut. Takkan Dejavu pulak!!
Satu
yang dia musykil, macam mana tiba-tiba dia jadi peramah.
Siap menyakat anak dara orang lain. Kalau Syazana
nampak mahunya seminggu merajuk. Syazana cukup pantang bila dia bertegur sapa
dengan kawan-kawan wanitanya. Cemburu tak habis-habis. Tapi cemburukan tandanya
sayang.
Melihat
kanak-kanak yang masih lagi leka bermain layang-layang yang ditinggalkan oleh
si gadis tadi, Mereka Tengku Adli hampiri.
“Nak
ice cream tak. Abang belanja.” Pelawa Tengku Adli. Terlopong beberapa pasang
mata kecil melihatnya.
“Umi cakap jangan bercakap dengan orang yang kami tak
kenal.” Tengku Adli senyum ke arah sekumpulan kanak-kanak tersebut.
“Dengan kakak tadi ok je?” soal Tengku Adli. Dari
pemerhatiannya gadis tadi bukan kakitangan rumah anak yatim ini.
“Itu kakak kami.” Jawab mereka beramai-ramai.
“Nama
abang Adli. Boleh panggil Abang Adli. Sekarang dah kenal kan?”
Kepala-kepala
kecil memandang Tengku Adli seketika sebelum laju mengangguk.
“Jom,
abang belanja. Pilih je nak yang mana.”
Kaki
–kaki kecil laju mengikut langkah kaki Tengku Adli ke arah penjual aiskrim bermotor di tepi
padang. Apa lagi tak perlu tunggu lama laju je masing-masing baca order. Tengku
Adli senyum sambil menghulurkan note Rm50 kepada penjual aiskrim yang dari tadi
tak menang tangan mengisi ais-krim dalam kon.
Comments
Post a Comment