Bukan Cinta Terlarang
BAB 9
Masuk
tiga bulan usia perkenalan Tengku Adli dengan Tasha, dia mula merasa selesa.
Tasha seorang yang easy going, semua isu boleh dikupas bersama. Dari isu
politik hingga ke bola sepak walaupun dia penyokong tegar Chelsea manakala
Tasha penyokong setia ‘You Never Walk Alone’ Liverpool.
Tasha
hanya mengenali dia sebagai Adli bukan Tengku Adli Faris. Dia sendiri tidak
tahu bila dia akan berterus terang dengan Tasha siapa dirinya yang sebenar.
Hubungan
dia dengan Syazana juga sudah terputus ditengah jalan. Memang egonya tercalar
bila Syazana sendiri yang minta putus. Dah hari ini lukanya kembali berdarah
menerima kiriman kad bertinta perak yang tercoret nama Syazana, gadis yang
bertahun digilainya. Tetapi nama pengantin lelaki yang tertera bukan namanya.
Mungkin saja, Syazana sudah penat untuk menunggu, apatah lagi antara mereka
tiada apa tanda pengikat.
Daripada
terus mengenang cinta yang tak kesampaian lebih baik dia mulakan cinta
baru. Bunga bukan sekuntum, lagipun
bunga baru ni lebih menawan, dia pun dah tertawan. Iphone digenggam. Senyum lebar tersungging
bila nombor yang didail disambungkan.
“Cik
Azra Natasha Azhar.” Mukaddimah Tengku
Adli sebaik sahaja panggilan disambungkan.
“You
tak payah nak gula-gula kan I. Suara you tu dah tak mampu nak tipu.” Geram
Tasha jawab. Tengku Adli ni bukan sekali
dua main-main kan dia.
Pernah
sekali dia menyamar jadi collector card credit. Mentang-mentang la nombor
private, suka hati je melibang libukan hati dia. Cuak juga Tasha semas menerima
panggilan tersebut. Nasib baik otaknya cepat tersedar, seingatnya yang masih
waras, dia tidak pernah apply mana-mana kad credit. Kantoi sipemanggil itu.
“Wah..ada kemajuan. So, suara I ni dah save dalam memori
you la ni.” Gurau Tengku Adli ceria.
“Tak ada la save tapi kalau dah hari –hari dengar, memang
memori tiga saat la kalau I lupa.” Tasha ubah kedudukan dari berbaring kepada
duduk di atas katil.
“Oh ya, I have wedding invitation nextweek.” Tambah
Tengku Adli.
“So?” Tasha jongket kening. Kau dah kenapa. Kau dapat
undangan takkan aku pun terpalit sekali. Musykil betul dengan lelaki yang
sorang ini.
“Erm.. I need companion.” Ujar Tengku Adli. Dagu
diketuk-ketuk. Tasha ni blurla pula.
“I still tak faham. Apa rasional nya you dapat wedding
invitation dengan I.” Soal Tasha hairan. Dah dapat undangan pergi je la. Memenuhi
undangan perkahwinan tu kan sunat hukumnya.
“I nak ajak you.” Beritahu Tengku Adli lurus. Bila
berdepan dengan Tasha memang tak boleh nak belok –belok nanti lambat sampai.
“La, patutnya you ajak la girlfriend you.” Tolak Tasha
halus. Nak kena redah perjalanan jauh
memang bukan kegemaran dia.
“Kalau I nak ajak dia, I tak ajak you. Sekarang ni you
satu-satunya girlfriend yang I ada. Lagipun dalam masa beberapa bulan lagi dia
akan jadi pengantin..”
Tasha tekup mulut. Terkejut bukan kepalang.
Patutlah dah lama Tengku Adli tidak bercerita mengenali kekasih hati. Rupanya
sudah tiada apa-apa lagi.
“So you heart broken la ni?” Tasha tarik bantal dikaki
kedalam pelukan.
“Sikit la. Tipu la kalau I cakap tak. She’s my ex after
all.” Akui Tengku Adli jujur.
“Ingatkan heartless.” Sindir Tasha pedas. Dengan Tengku
Adli memang dia bercakap tak ada filter,
sebab lelaki ini pun selamba sahaja.
“Of course tak. Sekarang I dah ada balik hati I. You nak
tak?”
Mengekek Tasha ketawa. Kalau orang lain dia
tak pasti, tersungkur atau terus rebah dengan aura maskulin dan skill mengayat
Tengku Adli. Tapi bagi dia yang dah biasa dikelilingi lelaki sorry, I’m immune.
“You simpan je la hati you tu. So bila?”
“Next Saturday. Are you free?”
Tasha tarik calendar dari atas meja. Clean and Clear. Dia tak letak sebarang note dekat situ. Free la
kot.
“In shaa Allah.” Ujar Tasha bersetuju.
“Wear
emerald green.”
“I tak ada color tu la. Pink banyak la.” Amboi dah ajak,
demand pula nak color yang dia tak ada.
“Takkan la I nak pakai pink. Tak macho la.”
“Hello, pakai pink la macho. Cuba you tanya berapa ramai
je lelaki yang berani pakai pink.
“Color lain please.” Pinta Tengku Adli. Tasha tarik
sengih.
“Take it or leave.” Untung-untung kalau Tengku Adli tak
setuju tak payah dia nak jadi peneman. Boleh dia bersantai dihujung minggu.
“Ok. Deal. Pink pun pink la.” Jawab Tengku Adli akur.
Akur dalam terpaksa. Dia tidak punya pilihan yang lain.
‘TUNGGU I dekat bawah. Lagi 5 minit I sampai.’
Itu pesanan yang dia terima sebaik sahaja
tetingkap hijau dibuka. Nasib baik la hari ni dia tak stayback. Kalau tak minta
sorry dia nak turun lepas tu nak naik balik. Buang masa.
Sampai
sahaja di ground floor, Subaru putih WTT4444 sudah menunggu. Kata orang cina,
jangan guna flat yang ada huruf 4. Kerana sebutan empat dalam bahasa mandarin
sama dengan sebutan mati. Hanya nada yang berbeza. Kata Tengku Adli pula, semua
tu khurafat, jangan percaya kalau tak nak terpesong akidah. 1 point untuk
Tengku Adli. Nampak 1 ciri islamik. Baru satu, yang lain dia belum test lagi.
“Nak
kemana?” Soal Tasha sebaik sahaja berada disebelah seat pemandu. Sekarang dah
pukul 6. Harapnya sekejap je la. Hari ni
episode akhir Syurga Nur. Lepas ni dah tak boleh tengok Doctor Haris lagi.
Ahaks,gediknya seorang Azra Natasha. Tak boleh nampak badboy jadi baik, mula
jatuh suka berganda-ganda.
“Kita
ke Shah Alam kejap. Kalau jumpa dekat sana I terus hantar you balik.” Ujar
Tengku Adli sebaik sahaja gear tangan dilepaskan.
Shah
Alam? Jumpa dekat sana? Wait, apa benda ni. Fikir Tasha sendiri.
“Wait..wait..jumpa
dekat sana? Jumpa siapa?” Tangan sudah tidak duduk diam. Macam gaya dah bila
dia tak paham hujung pangkal cerita.
“I
nak ajak you teman pergi cari baju Melayu. First kita pergi tengok dekat Shah
Alam.”
Terkejut Tasha. What
nak cari baju Melayu sepasang pun nak pergi sampai Shah Alam. Masjid Jamek je
tak boleh ke? Punah la harapan dia nak dating ngan Doctor Haris petang ni.
Hancur berkecai. Confirm tak sempat sampai rumah awal, tambahan pula ni waktu
orang balik kerja memang makan jam jawabnya.
“Jauhnya sampai nak pergi Shah Alam.” Luah Tasha.
“My friend kata kat situ banyak pilihan.”
Lampu isyarat bertukar merah. Tasha disebelah
dipandang seketika. Ayu berbaju kurung cotton warna pink. Pandangan mata
beradu.
Cepat-cepat
Tasha alihkan. Rasa seperti ada arus eletrik mengalir. Nasib baik tak ada kilat
sabung menyabung. Kalau tak memang kejung la dia jawabnya.
“You memang tak ada color pink ke?” Soal Tasha.
Tengku Adli geleng kepala. Kalau ada tak ada
la dia susah-susah nak pergi sampai ke Shah Alam. Lampu isyarat bertukar hijau.
Gear tangan dibebaskan.
“Kalau tak ada you pakai je la color yang you ada.” Usul
Tasha lagi. Punya dia malas nak redah jam untuk ke Shah Alam walaupun bukan dia
yang drive. Jadi co-pilot pun penat bila kena mengadap jam. Seronoknya kalau
dah terbungkang depan TV. Menghadap hero kesayangan. Menonton Slot Akasia.
“Kalau you pakai pink then I pakai turquoise tak ngam la.”
Tengku Adli pandang Tasha tak puas hati. Idea tak bernas langsung.
“Ok je. Color block.”
“No..no.. its not OK.” Bantah Tengku Adli.
Tasha
berdecit geram. Baru dia tahu, banyak songeh pula lelaki ni.
“Kalau tak jumpa?”
“Kalau tak jumpa, you kena doa juga jumpa. Or else lambat
la I hantar you balik.” Tengku Adli senyum senget.
Keji. Luah Tasha geram. Kalau lah dia tak setuju tadi.
Sekarang semua dah tak guna, bukan dia yang pacu streng. Yang dia mampu hanya berharap masuk
satu kedai terus jumpa apa yang dia nak.
Setengah
jam Tengku Adli dok pusing-pusing dalam kedai Jovian, akhirnya dapat juga
sepasang baju Melayu pink. Ramah orangnya.
“You
tolong bayarkan kejap.” Wallet bertukar tangan. Tengku Adli pergi kearah
bertentangan manakala Tasha ke kaunter.
“Saya
nak yang ni sekali.” Sehelai kain cotton berwarna biru tua di letakkan atas
kaunter.
“Kalau
untuk wife Encik better ambil color Pastel. Sebab lagi sesuai.” Saran Salesgirl
yang bertugas.
Tasha
kalih pandang Tengku Adli. Mengharapkan lelaki itu perbetulkan anggapan cashier
dihadapan mereka.
“Its
OK. That’s for my mum. That’s color suits her well. And you my dear, memang
sesuai dengan color pastel.” Akui Tengku Adli. Bersetuju dengan pandangan
jurujual dihadapannya.
“Diam
je.” Soal Tengku Adli sebaik sahaja
keluar dari kedai pakaian tadi. Bahu Tasha disentuh dengan hujung jari. Baru
lah Tasha menoleh memandang kearahnya. Kening si gadis sudah berkerut.
“Tak
baik tau you musnahkan harapan budak
tu.” Luah Tasha geram. Berjalan dengan Tengku Adli memang menutup 70 peratus
peluang dia untuk memandang lelaki-lelaki lain. Sebabnya orang mesti ingat
mereka ni pasangan kekasih. Kalau dah lelaki dan perempuan berjalan bersama,
berapa ramai je yang boleh terima kalau dia claim mereka hanya kawan.
“Sebab
dia tengok I macam tu la I pun dah seram sejuk. Alteast I ada you sebagai back
up.” Ujar Tengku Adli sambil ketawa.
Alarm kereta ditekan.
Bukan
dia perasan. Tapi kalau setiap kali dia angkat muka je bertembung dengan budak
cashier tu tak rasa ke memang dia jadi bahan
experiment.
“Amboi
budget teruna terhangat dipasaran.” Pintu sebelah pemandu ditarik. Melabuhkan
punggung kemudian tali pinggang ditarik.
“Nak
tau teruna ke tak kena kahwin dengan I dulu la. Ada bran?” Tengku Adli jongket
kening. Saja mengacah gadis brutal disebelah. Dalam brutal masih terserlah ayu nya. Berbaju
kurung pink hari ni dia.
“
You memang suka pink sangat –sangat ke?” soal Tengku Adli bila Tasha diam. Perkataan
sangat ditekankan.
“Tak
adalah suka sangat-sangat cuma dah beli baru perasan. I dah ada banyak baju
pink rupanya.”
“You
nak singgah mana lagi tak?”
Tasha geleng kepala. Nak balik. Nak
balik.takkan dia nak hentak kaki ajak balik. Kan tak pasal-pasal kena tinggal
tepi jalan.;
“Kalau
macam tu kita singgah solat manghrib then I’ll treat you dinner as token of
appreciation sudi teman I malam ni.” Cadang Tengku Adli.
Sejuk hati Tasha dengar. First jaga solat. Bila solat terjaga maka in shaa
allah dia seorang lelaki yang taat pada agama. Bakal menjadi pemimpin yang baik
bagi sebuat keluarga. Kedua, rapat dengan mak dia. Buktinya setiasa ingat kat
mak. Orang kata nak cari suami tengok bagaimana layanan mereka terhadap ibu.
Kerana sebagai mana mereka melayan ibu mereka, begitu juga mereka akan melayan
seorang isteri. Make sense right?
Comments
Post a Comment