Bukan Cinta Terlarang
BAB 8
Hampir
sejam berdiri menghadap rak buku di MPH. Akhirnya Doctor in the house dan why
we want you to be rich selamat dibawa ke kaunter bayaran.
Sedang
Tengku Adli beratur untuk membayar beberapa buat buku motivasi ditangan, mata
nya menangkap figura seorang wanita sedang beratur sambil memangku bayi dalam
dukungan. Ada dua lane sahaja untuk buat bayaran. Wanita tersebut di kaunter
bersebelahan.
Hanya
selang beberapa orang dari tempat dia beratur. Ketika tiba gilirannya untuk
membayar buku ditangan, dilihat wanita tersebut juga berada dibaris hadapan
untuk membuat bayaran. Betul-betul bersebelah dengan kaunter Tengku Adli.
Kelihatan sebelah tangan pegang bayi manakala sebelah
lagi meyeluk tas tangan. Terdapat beberapa buat buku cerita kanak –kanak atas
kaunter cashier.untuk membayar beberapa buat buku cerita kanak-kanak, pantas
Tengku Adli menghampiri. Laju tangan menarik buku cerita dalam pegangan wanita
tersebut.
“
Biar saya tolong.” Ujar Tengku Adli tanpa memandang kea rah wanita tersebut.
“Tak
apa. Just tolong pegangkan baby kejap. Saya nak ambik wallet dalam handbang.”
Bayi bertukar tangan.
Tengku
Adli tunak memandang wanita dihadapan mata. Oh my Allah!! Dekat sini pun bole
jumpa. Patutlah tulang rusuk bergetar, pemilik rusuk kiri dia muncul rupanya. Wanita
dihadapannya masih tidak sedar akan kewujudannya kerana tangan si gadis masih menggagau mencari wallet.
Tasha
senyum lega bila akhirnya tangan berjaya mencapai wallet dalam tas tangan.
Sebaik sahaja Tasha angkat kepala, dia pula yang rasa macam terlelan biji
durian. Terkejut bukan kepalang. Kecewa doa tidak dimakbulkan. Berjumpa lagi
dengan orang yang sama untuk kali ketiga.
“Bayar
dulu,banyak yang kita kena bincang.” Tengku Adli kenyit mata. Bayi dipangkuan
diagahnya. Mudah benar sikecil terpedaya. Mengekek si kecil ketawa. Makin galak
Tengku Adli mengagah.
“Semua
R56.40, Puan.” Tengku Adli disebelah angkat kepala. Tengok muka cemberut Tasha.
Tak jadi dia nak ketawa.
Laju
tasha hulur sekeping Rm10 bersama sekeping RM50.
“Terima
kasih puan, sila datang lagi.” Si juruwang senyum lebar.
“sama-sama.”Tergesa-gesa Tasha Baki yang
dihulur dimasukkan dalam poket handbang.
“Comel
anak puan.”
Tasha
senyum menutup kekalutan. Risau tertangkap dengan orang sebelah.
“Jom
kita duduk sana jap. I have few thing nak clarify dengan you.” Tengku Adli atur
kaki ke Burger King sebelah MPH. Kerusi untuk bayi ditarik,bayi dalam dukungan
diletakkan atas kerusi tersebut.
“Let
me order first. You nak apa? burger, ayam or fries?” Tengku Adli sudah bangun
berdiri. Tasha sedang menyelesakan diri. Handbag dibahu diletak di kerusi
sebelah.
“Apa-apa
pun boleh. I dont mind.” Tasha jawab tanpa pandang ke arah Tengku Adli.
Tengku
Adli mengangguk. Menghantar isyarat OK. Segera dia beratur.
Selang
10 minit, kelihatan Tengku Adli menatang 2 set burger bersama bubur ayam.Tasha
keluarkan burger dari tray.
Khusyuk
Tengku Adli tengok Tasha meniup bubur sebelum disuapkan ke mulut bayi dihadapannya.
“Anak
you?” Tengku Adli soal tanpa belok-belok. Bayi dalam dukungan kelihatan serasi
dengan tukang yang mendukung. Memang membuak perasaan ingin tahunya. Kalau dah
memang hak orang memang dia kena tarik diri. Tak gentleman la kacau hak orang.
Dia bukan lelaki desperate.
“Anak
saudara. My brother’s son. Kakak ipar I pergi washroom.” Melilau Tasha pandang
sekeliling. Lama la pula kak Nadia pergi washroom ni.
Tengku
Adli tarik nafas lega. Ada rezekinya hari ni. Selepas dua bulan baru berjumpa
semula.
“Let
me ask you something. You’re the same girl yang I jumpa last dekat depan
kawasan parking on Friday night and dekat rumah yatim hari tu kan?”. Tengku
Adli letak tangan atas meja.
Melihat ke pandangan mata helang dihadapannya,
Tasha matikan niat untuk menidakkan. Lebih baik dia berterus terang.
Kepala
diangguk dua kali. Kali ni Tengku Adli ukir senyum lega. Dalam hati dah menari
zumba. Bersyukur di tersuka pada yang masih bukan milik sesiapa. Lupa sekejap dia sudah berpunya.Tangan kanan
seluk kepoket belakang seluar.
Iphone
6 keemasan sudah berada ditangan.
“Let
me be simple and straight to the point. I nak berkawan dengan you. Can I have
you phone number please.”
Amboi..permintaan.Tasha
dah rasa nak pecut balik. Tak sangka masih jumpa orang yang over confident macam
ni dekat tengah-tengan Mid Valley.
“You
ni stalker ke?” soal Tasha berani.
Tengku
Adli tunjuk diri sendir. “Me ? stalker?” Kepala digeleng sekali.
“Well,
let put this way. You inner shine captured my eyes I saw you that night dan I
tak nafikan memang I tercari-cari juga kalau terserempak dengan you but I’m not
a stalker.” Jawab Tengku Adli bersama senyuman ikhlas. Harap sampai la ke hati
si gadis.
“So
can we be a friend?” Tengkku Adli jongket kening.
“Actually,
I” Tasha pegang dahi. Rasanya phone dia tertinggal dalam kereta kakak iparnya.
Seingatnya gara-gara tiada balasan dari kekasih hati terus handphone dimasukkan
ke dalam dashboard kereta.
“Ok,
kalau you risau nak bagi number phone dekat stranger,let me introduce my self
properly.”
“I
Adli Faris.” Tambah Tengku Adli. Sekeping kad dihulur kepada Tasha.
Tasha
teliti kad yang bertinta emas itu. Financial Analys. Hurm..muda-muda dah
stabil. Tengok muka maybe dalam late 20’s. Tapi tak mustahil kalau dah 30 ‘s
pun. Lelaki kan ada yang awet muda. Contohnya macam Nasir Wahab, forever 21
gitu.
“Bukan
macam tu. Sebenarnya..”
“I
bujang. Confirm bukan suami orang.” Potong Tengku Adli.
“That’s
not..”
“Jangan
cakap you tak ada phone. Ni bukan zaman tok kaduk, yang orang guna tin untuk
call each other.”
Terasa
sedas. Belum sempat Tasha balas dah kena tembak bertubi-tubi.
“Bukan
tu maksud saya. Rasanya saya tertinggal phone. Just give me your phone. I’ll
save my number there.”
Tak
fikir dua kali, Tengku Adli hulur iphone ditangan.
Tasha scroll contact. Tangan
menaip number phone. Jemari laju menekan keypad. ‘Tasha bukan nama sebenar’
ditaip. Iphone kembali dihulur ke Tengku Adli. Button save ditekan. Sebaik
sahaja melihat apa yang telah dilakukan oleh Tasha terhadap iphone nya, Tengku
Adli sengih lebar.
“So
siapa nama sebenar you?” Tengku Adli pandang Tasha.
Tasha
jongket kening. Dah agak soalan itu yang akan ditanya oleh lelaki dihadapannya.
“Thats
your job to find out. Tak thrill la kalau semua I bagi tau.”
“Soon,
I will know your full name. Mark my word.” Ujar Tengku Adli yakin.
Tasha tayang muka do- I – care! Ingat senang
ke nak dpaat nama dia. Cuba google. Tak jumpa punya.
“Sha,
jom.”
Tasha
pandang Kak Nadia yang sudah berdiri dimeja yang diduduki mereka. Akif sudah
hulur tangan minta didukung.
“Ala
anak mama ni tak boleh berenggang sikit la.”Kak Nadia sudah hulur tangan kepada
Tasha. Akif didukung. Pipi montel itu dicium kiri dan kanan.
“Got
to go.” Tasha selit handbang ke bahu. Bangun meninggalkan lelaki yang baru
sahaja menjadi kawannya.
“Siapa
tu Sha?” soal kak Nadia bersama senyum kambing. Jarang si adik ipar dilihat
keluar bersama kawan lelaki.
“Kak
Nad percaya tak kalau Sha kata baru setengah jam dia jadi kawan Sha?” Bulat
mata Nadia pandang Tasha. Biar betul.
“Serius?”soal
Nadia tidak bercaya.
“Betul
la. Cuma ni baru dia kenalkan diri before
this ada lah terserempak tiga kali.”
“Ok
la tu sedap mata memandang.” Ujar Nadia penuh makna. Tasha angkat bahu. Tak
habis-habis la tu nak kenenkan dia. Macam la dia ni dah masuk kategori anak
dara terlajak.
Comments
Post a Comment