Bukan Cinta Terlarang
BAB 10 “Wah..wah.. senyum lebar nampak. Dalam hati ada taman lettuww.” Usik Huda sebaik sahaja melihat Tasha masuk dalam rumah. Biasanya pukul 6.30 Tasha dan sampai rumah. Siap pakej tercongok depan TV nak mengadap drama febret. Sambil-sambil layan slot Akasia di TV3 tangan hidup segan mati tak mahu melipat kain. Dari tadi baru dua tiga helai yang dilipat. Tunggu iklan baru tangan bergerak. “Taman tang mana. Cukup lah tengok taman jiran sebelah. Lain la kalau kau banyak masa nak asah minat landskap kau tu.” Tasha melabuhkan diduduk disebelah Huda. Rajin pula makcik seorang ni tengok TV sambil lipat baju. Biasanya tak henti-henti la mulut kecil tu membebel bila nak lipat baju. Leceh katanya. Kata Tasha, tunggu la kalau ada orang orang buat invention cipta mesin lipat kain. Tapi tahun bila tak pasti. Tu pun kalau ada la. “Macam mana cerita kau petang ni, Haris kahwin dengan siapa?” soal Tasha tak sabar-sabar.” “Of course la dia kahwin den
Comments
Post a Comment