Bukan Cinta Terlarang
PROLOG I
Saban minggu pusara itu dikujungi.
Tak pernah sekali pun dia lupa. Rumput
yang naik meliar di cabut. Cepat sungguh naik, padahal baru minggu lepas dia
datang. Setiap bulan akan dicari kelapangan untuk mencuci sendiri pusara ini.
Sebagai tanda kasih sayang. Kali ni, anak yang berusia tiga tahun itu dibawanya
bersama.Alkisahnya, pagi tadi semasa dia bersiap untuk keluar, anak itu
merengek untuk mengikutnya. Jadi diturutkan sahaja daripada anak itu menjerit
nyaring seperti mummynya..
Usai
bacaan Yassin, diringini pula dengan tahlil ringkas. Hatinya sayu. Sudah
setahun wanita itu pergi menyahut seruan ilahi. Dia wanita yang tiada galang
gantinya. Wanita yang sangat dicintai. Anak yang seorang ini dari tadi berada
dipangku nya. Apabila dia mula membaca Yassin sebentar tadi anak itu juga
terkumat-kamit seolah turut membaca.
Bangkit dari bersila, belakang
seluar dikibas untuk menghilangkan kesan kotoran, terasa dilengannya dikuis si
anak.
“Daddy,
why Allah take her too early?”
Tengku Adli senyum mendengar
pertanyaan Tengku Adif Mifzal yang sudah menginjak usia 7 tahun. Iras benar
wajah mommynya. Petahnya bila berkata-kata tidak mengambarkan usia. Kadangkala
tak tercapai dek akal untuk menjawab setiap pertanyaan anak itu.
“Just
like flower, you will pick the most beautiful in th garden right?”
Laju Adif mengiakan. Mata hitam
pekat itu bersinar bila bunga dibangkitkan. Memang sudah menjadi kesukaan walau
seringkali dilarang oleh mommynya.
“Daddy, I miss mummy.” Rengek Adif
nyaring. Melambak ketawa Tengku Adli dengan hero yang sorang ini. Tadi sibuk
sangat nak ikut bila dia bersiap mahu keluar.
“Yes Daddy too..Miss mummy soooo
much.”
“So, we both miss mummy.” Adif
dalam dukungan dicium. Inilah anak syurga yang telah Allah amanahkan untuknya.
Comments
Post a Comment