Seindah Maharku
Bab 5 Tergesa-gesa Ain melangkah keluar dari Book Garden yang merupakan kedai yang menjual buku rujukan dan alat tulis bagi pelajar universiti. Tadinya dia berkunjung ke sini untuk membeli beberapa batang pen dan juga menukar bateri kalculator. Sebaik sahaja berdepan dengan lelaki yang tiba-tiba muncul dihadapannya sebentar tadi buat semua yang ada dalam fikirannya berterbangan. Beg sandang ditarik kemas. Tangan yang sudah mengigil digenggam kemas. Insiden sebentar tadi berulang tayang bagai pita rakaman yang tidak mampu di buang. Baru sahaja tangan memegang bekas berisi pen yang mengandungi pelbagai warna, ada tangan lain yang turut sama mendarat dibekas tersebut sehingga tersentuh jarinya. Terlepas bekas tersebut dari tangan. “Lembutnya tangan.” Tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki dihadapannya, Ain rendahkan posisi badan untuk mengutip pen- pen yang sudah bergelimpangan jatuh dihujung kaki. Dengan tangan yang terketar –ketar, sebatan pen digenggamnya erat. Baru dia...