Bukan Cinta Terlarang

BAB 7

Jam belum pun pukul 9 pagi, pejabat masih lenggang. Sejak joint team Pastel yang menyediakan bill untuk  Negara-negara timur tengah dan South Africa, waktu pejabatnya tidak tentu. Awal bulan masuk pukul 9 pagi balik 6 petang. Kalau minggu cut- off masuk kerja 11 pagi balik 8 malam. Kadang-kadang bila banyak request masuk last minutes terpaksa stay back sampai pukul 10 atau sebelas.
Selesai archieve email, Tasha menapak ke pantry. Gelas yang tersusun dalam cabinet dipantri diambil. Ditadah pada mulut  instant coffee maker. Butang Milo ditekan.
“Semalam balik pukul berapa Tasha?” tanya Saniah yang duduk minum bersama officemate yang lain. Adam dan Fauzi  khusyuk menikmati air dicawan masing-masing.
“Pukul 11.30 gak la. Banyak pula yang masuk semalam. Dah nak balik baru diorang hantar approval.” Kerusi kosong disebelah Saniah ditarik. Milo panas dihirup perlahan.
“Lain kali lambat masuk tak payah buat la Tasha. Kita accrued je. Nanti bila billing period re-open baru finalized. Diorang ni kalau kita buat juga walaupun diorang hantar last minute nanti next month pun diorang akan bagi lewat.” 
Betul juga kata –kata Saniah, detik Tasha bersetuju.
“San pernah terserempak ngan siapa-siapa tak masa balik lambat?” Soal Tasha berlapik. Memang kebiasaannya Saniah balik lambat kerana menunggu suami datang jemput.
“Tak ada pula. Kau jumpa apa?” soal Saniah terkejut. Janganlah Tasha ni jumpa yang pelik-pelik. Dah la dia selalu balik lambat.
“Kalau kau dengar mesin Photostat yang bunyi kau abaikan je.” Celah Fauzi. Tasha dan Saniah saling memandang.
“Tak ada apa pun. Saja je tanya. San ni cuak la.” Milo dalam cawan diteguk laju. Tapi dia pasti yang dia jumpa semalam, dirumah yatim dan pagi tadi adalah orang yang sama. Dah kenapa tiba-tiba berminat nak jadi stalker ni. Tasha senyum sendiri. Adakah hati perempuannya sudah terusik? Tiba-tiba berminat untuk jadi stalker kepada lelaki yang baru  tiga kali ditemuinya.
Khusyuk Tasha menyediakan invoice seperti yang dimahukan pelanggan terganggu dengan rungutan Saniah. Yang duduk selang satu meja darinya. Ni mesti ada isu dengan contract Manager.
“Tasha, tolong aku jap.” Panggil Saniah.
“Tak faham la. Kan semalam diorang bagi template untuk Pepsicola Dubai ni. Aku dah inform cakap account salah tapi diorang kata  memang account yang ni. Aku dah hantar draft then diorang approved. Hari ni datang balik minta kita raise credit note.”  Terang Saniah lagi.
Tasha tolak kerusi dari mejanya ke meja Saniah. Memang sudah menjadi isu biasa, contract manager salah bagi template. Bila billing team dah finalized invoice datang balik minta raise credit note untuk offset invoice yang telah di keluarkan.
“Kau buka template tu jap.”  Arah Tasha kepada Saniah. Sebelum nak escalate kena ada bukti.
Excell sheet yang dihantar oleh contract manager dibuka oleh Saniah. Kemudian invoice yang sudah di hasilkan dipapar pada monitor kedua. Memang sama seperti yang tertera pada invoice.
“Tak apa, nanti kau hantar dekat dia RFC form. Minta diorang isi.  Memang kena raise credit note and rebill ni. Nanti credit reason letak ‘non billing error’. Sebab kita  dah inform diorang pasal account ni tapi diorang yang berdegil nak juga raise bawah account yang salah.”
“Ok, thanks Tasha.” Ujar Saniah lega.
“Tak ada hal la. Jangan lupa cc Jen Mak. Biar dia deal dengan Contract Manager yang tak paham bahasa cenggini.” Balas Tasha rendah. Tiap-tiap bulan isu yang sama. Mentang-mentang manager, lansung tak nak dengar bila biller tegur. Ni la bila pandai tak boleh diajar, salah tak boleh ditegur.



FARHAN yang mengekor dari belakang makin pelik dengan kelakuan rakan sejawatannya. Dari dalam bilik meeting  sampai ke pejabat tuan empunya diri sengih tak hilang-hilang.
“Kau apasal bro? Mimpi basah ke semalam?” Kerusi dihadapan Tengku Adli Faris ditarik sebelum melabuhkan pungggungya. Fail ditangan ditebar atas meja. Kening dijongketkan.
“Kalau aku cerita kau mesti tak percaya punya.”
“Cerita la dulu. Biar aku decide nak perccaya ke tak.” Farhan menyelesakan duduk. Menyandar macam nak tengok Tengku Adli buat presentation. Tangan sudah berada didagu. Tunjuk minat dengan cerita yang bakal diberitahu oleh Tengku Adli.
“Aku jumpa perempuan.”
Berdekah-dekah Farhan ketawa. Tengku Adli pandang pelik kearah Farhan. Nasib baik pintu biliknya tertutup dan kalis bunyi.
“Perempuan mana pula ni.” Soal Farhan. Ni memang dia pelik. Bukan hari-hari ke jumpa perempuan. Majority staf di Averis ni perempuan. Bezanya tua muda, mak orang atau anak dara.
“Zebra crossing.”
“What?” suara Farhan naik setakuk.
“Aku jumpa dia dekat zebra crossing.” Serta merta merekah senyum dibibir Tengku Adli.
“Kau biar betul takkan dekat  zebra crossing pun boleh.”
“Aku rasa tulang rusuk aku bergetar bila nampak dia.” Tengku adli pegang dada. Parah ni, jantung pun berdegup kencang.
Meledak ketawa Farhan dengar statement tak menahan si teman.
“Ok yang tu over. Syazana kau nak letak mana?” Farhan jongket kening. Bukan dia tidak tahu  kekasih hati pengarang jantung Tengku Adli.
“Rileks la. Hati  aku ni ada ¾ lagi yang belum terisi. In shaa Allah muat lagi kalau setakat dua orang nak tumpang.” Seloroh Tengku Adli. Tapi sungguh aura gadis yang dilihatnya tadi bagai magnet berlainan kutub. Sayang betul nak larikan mata dari terus memandang sigadis.
“Kau ni Adli. Ingat mudah ke nak poligami. Satu pun tak lepas lagi dah fikir nak pasang lebih.”
“Tapi serius bro, dia memang cute. Comel je aku tengok muka terkejut dia.” Tambah Tengku Adli. Memang dia rasa nak gelak kuat-kuat melihat muka cute perempuan tadi. Cute dalam cuak.
“Kau ni memang wajib kahwin dah ni.”
 Tersengih Tengku Adli mendengar omelan Farhan.
“Aku tak rushing bro. Go slow.” balas Tengku Adli Faris selamba.
“Kau jangan cakap..”
“I’m straight bro. Jangan nak buat assumption bukan-bukan.” Potong Tengku Adli Faris. Bukan dia tak tahu apa yang Farhan tu fikir.
“Mahunya aku tak syak kau ni geng cik Gayah. Empat tahu kat Manchester boleh kira  berapa kali je kau hang out dengan perempuan. Tu pun aku yang paksa. Ke kau fobia ngan perempuan?” Soal Farhan. Sayang la kalau muka dah set complete tapi songsang pula.
“Tak ada yang berkenan. Mana boleh paksa-paksa. Tak jumpa lagi yang boleh buat tulang rusuk aku ni bergetar.” Tengku Adli senyum senget.
“Aku doakan cepat lah mama kau lembut hati. Tengok penangan si Syazana tu.” Bergabung ketawa dua lelaki itu.
 Siapa yang tak nak kahwin. Usianya bukan muda lagi. Sudah 28 tahun. Tapi mengingatkan tanggungjawab seorang suami dia tak mahu tergesa-gesa. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajarinya. Benar  kahwin itu mudah, yang susahnya tanggungjawab selepas kahwin. Mampu kah dia nak bentuk isteri menjadi istri yang solehah. Kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk sepanjang hayat. Bukannya bila tak suka boleh dibuang sesuka hati.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.



Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku