Bukan Cinta Terlarang

BAB 9

Masuk tiga bulan usia perkenalan Tengku Adli dengan Tasha, dia mula merasa selesa. Tasha seorang yang easy going, semua isu boleh dikupas bersama. Dari isu politik hingga ke bola sepak walaupun dia penyokong tegar Chelsea manakala Tasha penyokong setia ‘You Never Walk Alone’ Liverpool.  
Tasha hanya mengenali dia sebagai Adli bukan Tengku Adli Faris. Dia sendiri tidak tahu bila dia akan berterus terang dengan Tasha siapa dirinya yang sebenar.
Hubungan dia dengan Syazana juga sudah terputus ditengah jalan. Memang egonya tercalar bila Syazana sendiri yang minta putus. Dah hari ini lukanya kembali berdarah menerima kiriman kad bertinta perak yang tercoret nama Syazana, gadis yang bertahun digilainya. Tetapi nama pengantin lelaki yang tertera bukan namanya. Mungkin saja, Syazana sudah penat untuk menunggu, apatah lagi antara mereka tiada apa tanda pengikat.
Daripada terus mengenang cinta yang tak kesampaian lebih baik dia mulakan cinta baru.  Bunga bukan sekuntum, lagipun bunga baru ni lebih menawan, dia pun dah tertawan.  Iphone digenggam. Senyum lebar tersungging bila nombor yang didail disambungkan.
“Cik Azra Natasha Azhar.” Mukaddimah  Tengku Adli sebaik sahaja panggilan disambungkan.
“You tak payah nak gula-gula kan I. Suara you tu dah tak mampu nak tipu.” Geram Tasha jawab.  Tengku Adli ni bukan sekali dua main-main kan dia.
Pernah sekali dia menyamar jadi collector card credit. Mentang-mentang la nombor private, suka hati je melibang libukan hati dia. Cuak juga Tasha semas menerima panggilan tersebut. Nasib baik otaknya cepat tersedar, seingatnya yang masih waras, dia tidak pernah apply mana-mana kad credit. Kantoi sipemanggil itu.
            “Wah..ada kemajuan. So, suara I ni dah save dalam memori you la ni.” Gurau Tengku Adli ceria.
            “Tak ada la save tapi kalau dah hari –hari dengar, memang memori tiga saat la kalau I lupa.” Tasha ubah kedudukan dari berbaring kepada duduk di atas katil.
            “Oh ya, I have wedding invitation nextweek.” Tambah Tengku Adli.
            “So?” Tasha jongket kening. Kau dah kenapa. Kau dapat undangan takkan aku pun terpalit sekali. Musykil betul dengan lelaki yang sorang ini.
            “Erm.. I need companion.” Ujar Tengku Adli. Dagu diketuk-ketuk. Tasha ni blurla pula.
            “I still tak faham. Apa rasional nya you dapat wedding invitation dengan I.” Soal Tasha hairan. Dah dapat undangan pergi je la. Memenuhi undangan perkahwinan tu kan sunat hukumnya.
            “I nak ajak you.” Beritahu Tengku Adli lurus. Bila berdepan dengan Tasha memang tak boleh nak belok –belok nanti lambat sampai.
            “La, patutnya you ajak la girlfriend you.” Tolak Tasha halus.  Nak kena redah perjalanan jauh memang bukan kegemaran dia.
            “Kalau I nak ajak dia, I tak ajak you. Sekarang ni you satu-satunya girlfriend yang I ada. Lagipun dalam masa beberapa bulan lagi dia akan jadi pengantin..”
 Tasha tekup mulut. Terkejut bukan kepalang. Patutlah dah lama Tengku Adli tidak bercerita mengenali kekasih hati. Rupanya sudah tiada apa-apa lagi.
            “So you heart broken la ni?” Tasha tarik bantal dikaki kedalam pelukan.
            “Sikit la. Tipu la kalau I cakap tak. She’s my ex after all.” Akui Tengku Adli jujur.
            “Ingatkan heartless.” Sindir Tasha pedas. Dengan Tengku Adli memang dia bercakap tak ada  filter, sebab lelaki ini pun selamba sahaja.
            “Of course tak. Sekarang I dah ada balik hati I. You nak tak?”
 Mengekek Tasha ketawa. Kalau orang lain dia tak pasti, tersungkur atau terus rebah dengan aura maskulin dan skill mengayat Tengku Adli. Tapi bagi dia yang dah biasa dikelilingi lelaki sorry, I’m immune.
            “You simpan je la hati you tu. So bila?”
            “Next Saturday. Are you free?”
            Tasha tarik calendar dari atas meja. Clean and Clear. Dia tak letak sebarang note dekat situ. Free la kot.
            “In shaa Allah.” Ujar Tasha bersetuju.
“Wear emerald green.”
            “I tak ada color tu la. Pink banyak la.” Amboi dah ajak, demand pula nak color yang dia tak ada.
            “Takkan la I nak pakai pink. Tak macho la.”
            “Hello, pakai pink la macho. Cuba you tanya berapa ramai je lelaki yang berani pakai pink.
            “Color lain please.” Pinta Tengku Adli. Tasha tarik sengih.
            “Take it or leave.” Untung-untung kalau Tengku Adli tak setuju tak payah dia nak jadi peneman. Boleh dia bersantai dihujung minggu.
            “Ok. Deal. Pink pun pink la.” Jawab Tengku Adli akur. Akur dalam terpaksa. Dia tidak punya pilihan yang lain.



‘TUNGGU  I dekat bawah. Lagi 5 minit I sampai.’
 Itu pesanan yang dia terima sebaik sahaja tetingkap hijau dibuka. Nasib baik la hari ni dia tak stayback. Kalau tak minta sorry dia nak turun lepas tu nak naik balik. Buang masa.
Sampai sahaja di ground floor, Subaru putih WTT4444 sudah menunggu. Kata orang cina, jangan guna flat yang ada huruf 4. Kerana sebutan empat dalam bahasa mandarin sama dengan sebutan mati. Hanya nada yang berbeza. Kata Tengku Adli pula, semua tu khurafat, jangan percaya kalau tak nak terpesong akidah. 1 point untuk Tengku Adli. Nampak 1 ciri islamik. Baru satu, yang lain dia belum test lagi.
“Nak kemana?” Soal Tasha sebaik sahaja berada disebelah seat pemandu. Sekarang dah pukul 6. Harapnya sekejap je la.  Hari ni episode akhir Syurga Nur. Lepas ni dah tak boleh tengok Doctor Haris lagi. Ahaks,gediknya seorang Azra Natasha. Tak boleh nampak badboy jadi baik, mula jatuh suka berganda-ganda.
“Kita ke Shah Alam kejap. Kalau jumpa dekat sana I terus hantar you balik.” Ujar Tengku Adli sebaik sahaja gear tangan dilepaskan.
Shah Alam? Jumpa dekat sana? Wait, apa benda ni. Fikir Tasha sendiri.
“Wait..wait..jumpa dekat sana? Jumpa siapa?” Tangan sudah tidak duduk diam. Macam gaya dah bila dia tak paham hujung pangkal cerita.
“I nak ajak you teman pergi cari baju Melayu. First kita pergi tengok dekat Shah Alam.”
Terkejut Tasha. What nak cari baju Melayu sepasang pun nak pergi sampai Shah Alam. Masjid Jamek je tak boleh ke? Punah la harapan dia nak dating ngan Doctor Haris petang ni. Hancur berkecai. Confirm tak sempat sampai rumah awal, tambahan pula ni waktu orang balik kerja memang makan jam jawabnya.
            “Jauhnya sampai nak pergi Shah Alam.” Luah Tasha.
            “My friend kata kat situ banyak pilihan.”
 Lampu isyarat bertukar merah. Tasha disebelah dipandang seketika. Ayu berbaju kurung cotton warna pink. Pandangan mata beradu.
Cepat-cepat Tasha alihkan. Rasa seperti ada arus eletrik mengalir. Nasib baik tak ada kilat sabung menyabung. Kalau tak memang kejung la dia jawabnya.
            “You memang tak ada color pink ke?” Soal Tasha.
 Tengku Adli geleng kepala. Kalau ada tak ada la dia susah-susah nak pergi sampai ke Shah Alam. Lampu isyarat bertukar hijau. Gear tangan dibebaskan.
            “Kalau tak ada you pakai je la color yang you ada.” Usul Tasha lagi. Punya dia malas nak redah jam untuk ke Shah Alam walaupun bukan dia yang drive. Jadi co-pilot pun penat bila kena mengadap jam. Seronoknya kalau dah terbungkang depan TV. Menghadap hero kesayangan.  Menonton Slot Akasia.
            “Kalau you pakai pink then I pakai turquoise tak ngam la.” Tengku Adli pandang Tasha tak puas hati. Idea tak bernas langsung.
            “Ok je. Color block.”
            “No..no.. its not OK.” Bantah Tengku Adli.
Tasha berdecit geram. Baru dia tahu, banyak songeh pula lelaki ni.
            “Kalau tak jumpa?”
            “Kalau tak jumpa, you kena doa juga jumpa. Or else lambat la I hantar you balik.” Tengku Adli senyum senget.
            Keji. Luah Tasha geram. Kalau lah dia tak setuju tadi. Sekarang semua dah tak guna, bukan dia yang pacu  streng. Yang dia mampu hanya berharap masuk satu kedai terus jumpa apa yang dia nak.
            Setengah jam Tengku Adli dok pusing-pusing dalam kedai Jovian, akhirnya dapat juga sepasang baju Melayu pink. Ramah orangnya.
“You tolong bayarkan kejap.” Wallet bertukar tangan. Tengku Adli pergi kearah bertentangan manakala Tasha ke kaunter.
“Saya nak yang ni sekali.” Sehelai kain cotton berwarna biru tua di letakkan atas kaunter.
“Kalau untuk wife Encik better ambil color Pastel. Sebab lagi sesuai.” Saran Salesgirl yang bertugas.
Tasha kalih pandang Tengku Adli. Mengharapkan lelaki itu perbetulkan anggapan cashier dihadapan mereka.
“Its OK. That’s for my mum. That’s color suits her well. And you my dear, memang sesuai dengan color pastel.” Akui Tengku Adli. Bersetuju dengan pandangan jurujual dihadapannya.
“Diam je.” Soal Tengku  Adli sebaik sahaja keluar dari kedai pakaian tadi. Bahu Tasha disentuh dengan hujung jari. Baru lah Tasha menoleh memandang kearahnya. Kening si gadis sudah berkerut.
“Tak baik tau you  musnahkan harapan budak tu.” Luah Tasha geram. Berjalan dengan Tengku Adli memang menutup 70 peratus peluang dia untuk memandang lelaki-lelaki lain. Sebabnya orang mesti ingat mereka ni pasangan kekasih. Kalau dah lelaki dan perempuan berjalan bersama, berapa ramai je yang boleh terima kalau dia claim mereka hanya kawan.
“Sebab dia tengok I macam tu la I pun dah seram sejuk. Alteast I ada you sebagai back up.”  Ujar Tengku Adli sambil ketawa. Alarm kereta ditekan.
Bukan dia perasan. Tapi kalau setiap kali dia angkat muka je bertembung dengan budak cashier tu tak rasa ke memang dia jadi  bahan experiment.
“Amboi budget teruna terhangat dipasaran.” Pintu sebelah pemandu ditarik. Melabuhkan punggung kemudian tali pinggang ditarik.
“Nak tau teruna ke tak kena kahwin dengan I dulu la. Ada bran?” Tengku Adli jongket kening. Saja mengacah gadis brutal disebelah. Dalam  brutal masih terserlah ayu nya. Berbaju kurung pink hari ni dia.
“ You memang suka pink sangat –sangat ke?”  soal Tengku Adli bila Tasha diam. Perkataan sangat ditekankan.
“Tak adalah suka sangat-sangat cuma dah beli baru perasan. I dah ada banyak baju pink rupanya.”
“You nak singgah mana lagi tak?”
 Tasha geleng kepala. Nak balik. Nak balik.takkan dia nak hentak kaki ajak balik. Kan tak pasal-pasal kena tinggal tepi jalan.;
“Kalau macam tu kita singgah solat manghrib then I’ll treat you dinner as token of appreciation sudi teman I malam ni.” Cadang Tengku Adli.
 Sejuk hati Tasha dengar. First  jaga solat. Bila solat terjaga maka in shaa allah dia seorang lelaki yang taat pada agama. Bakal menjadi pemimpin yang baik bagi sebuat keluarga. Kedua, rapat dengan mak dia. Buktinya setiasa ingat kat mak. Orang kata nak cari suami tengok bagaimana layanan mereka terhadap ibu. Kerana sebagai mana mereka melayan ibu mereka, begitu juga mereka akan melayan seorang isteri. Make sense right?


            

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku