Bukan Cinta Terlarang

BAB 1

Pelipis di lurut perlahan. Mata makin berpinar setelah lebih lapan jam mengadap computer dihadapan. Sekejap mata focus di screen laptop. Terasa ada yang tidak kena dengan report dihadapan mata segera tetikus di gerakkan untuk membuat dokumen sokongan di second monitor.  
Hampir setengah jam matanya masih mencari apa yang tidak kena dengan report dihadapan mata.Terlepas pandang column tax rate. Terus mata segar bugar. Alhamdulillah. Akhirnya report siap juga. Tinggal nak transfer ke pivot chart. Finally, all revenue is captured.
Sudah hampir tiga bulan dia bekerja di British Telecommunications yang merupakan syarikat telekomunikasi antarabangsa yang baru sahaja tiga tahun bertapak di Malaysia. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang Architecture manakala kerja sekarang menyimpang jauh dari apa yang dipelajari semasa pengajian di universiti dia tidak kisah yang penting ada kerja dan rezeki yang diperoleh adalah halal.
Tangan laju menekan butang save, seterusnya shut down. Beg laptop dalam drawer ditarik kemudian meja yg bersepah –sepah di kemas. Pantang Azra Natasha tinggalkan meja yg bersepah.Seletih mana pun pasti dikemas sebelum balik.
 Sebaik sahaja card access di dilalukan dihadapan pintu keluar dari office, terpegun Tasha melihat suasana kelam. Rasanya baru pukul 10 Malam. Takkan malam ni awal sangat semua orang balik. Biasanya ramai lagi yang stay back untuk siapkan report contract masing-masing.
Tangan laju mengetuk jam di tangan.
‘ Masya Allah’ Jam dah mati rupanya. Innalillah.
Terus sahaja tangan mengagau handbag mencari handphone. Kaki laju melangkah menyusuri lorong gelap untuk ke ruangan parking. Sengaja dia ambil short cut. Berani-berani ayam. Sebab tidak mahu jalan  jauh, jalan pintas yang hanya ditemani lampu jalan yang suram dipilihnya.
Sedang terkocoh-kocoh mengeluarkn handphone terasa badannya seperti terbang melayang akibat di tolak dari tepi.
“Sorry…sorry..sorry.. I tak nampak you.” Mata tunak memandang lelaki yang sedang erat memeluk pinggangnya. Nasib baik tak cium jalan.
“Buat apa malam –malam dekat sini?” si dia bertanya dengan tangan masih erat memeluk pinggangnya. Tersedar, Tasha laju merungkai Tangan laju merungkai pelukan setelah mampu berdiri dengan stabil. Soalan dari lelaki didepannya tidak dijawab.
“I kerja dekat bangunan belakang tu.” Tasha selit rambut di tepi telinga. Rambut dah lari dari kedudukan asal akibat hampir terjatuh tadi. Menyesal pulak tak di ikat tadi.
“ Memang selalu balik malam ke?” satu lagi soalan ditanya. Tasha renung lelaki dihadapannya. Ni Detective Conan versi Melayu. Permandangan depan mata yang terlalu indah untuk dialihkan. Akui Tengku Adli jujur. Jarang sekali dia terserempak ada perempuan yang melalu lorong ini. Nak kata dari dunia lain tak mungkin sebab berpijak dilantai yang sama. Laluan  ini agak sunyi  walaupun lebih dekat dengan kawasan parking.
“Kalau cut off macam ni la. Balik lambat sikit. Ada report nak kena siapkan.”  Tasha kemaskan pengangan fail. Risau tangan yang dah penat menekan keyboard hilang kudrat nak tampung beban yang dirasakan makin berat.
“Tak elok perempuan balik lambat.Macam-macam boleh jadi.”
 Tasha pamer senyum. ‘Terima Kasih Encik Prihatin’.
Tengku Adli yang melihat dah pegun dua saat. Masya Allah..cantiknya dia. Lekuk yang jelas kelihatan disebelah pipi kanan. Walaupun wajah sigadis hanya kelihatan samar.
“Saya Adli.” Perkenal sidia tanpa disuruh.
“Terima kasih.Got to go” laju Tasha mengatur kaki  ke arah kereta yang baru sahaja berhenti dihadapannya.
Tengku Adli turut bergerak kearah kereta yang hanya beberapa langkah dari tempat dia berdiri sebentar tadi. Punat alarm ditekan.
Tengku Adli masih memandang ke arah kereta Kancil yang sudah menghilang. Terasa seperti dipukau. Dia masih berdiri ditempat yang sama sejak lima minit yang lepas. Sungguh hatinya terpegun. Cantiknya dia..desisnya dalam hati.
Sebaik sahaja pintu kereta dikunci, Tengku Adli memandang tempat yang sama dia betegur sapa dengat gadis tadi.
Dada dipegang. Tulang rusuk dah siap buat break dance, bergegar semacam je.Jatuh cintakah dia. Kepala digeleng bersama senyum dibibir. Sebegitu mudahkah atau she’s the one. Kalau dah jodoh pasti bertemu lagi. Pujuknya pada diri sendiri.Kaki diatur menapak ke restoren San Francisco yang hanya beberapa langkah dari tempat dia bertembung dengan si gadis tadi. Tak sia-sia bayar parking mahal letak depan SF.


Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku