Bukan Cinta Terlarang

BAB 10

 “Wah..wah.. senyum lebar nampak. Dalam hati ada taman lettuww.” Usik Huda sebaik sahaja melihat Tasha masuk dalam rumah. Biasanya pukul 6.30 Tasha dan sampai rumah. Siap pakej tercongok depan TV nak mengadap drama febret. Sambil-sambil layan slot Akasia di TV3 tangan hidup segan mati tak mahu melipat kain. Dari tadi baru dua tiga helai yang dilipat. Tunggu iklan baru tangan bergerak.
            “Taman tang mana. Cukup lah tengok taman jiran sebelah. Lain la kalau kau banyak masa nak asah minat landskap kau tu.” Tasha melabuhkan diduduk disebelah Huda. Rajin pula makcik seorang ni tengok TV sambil lipat baju. Biasanya tak henti-henti la mulut kecil tu membebel bila nak lipat baju. Leceh katanya.
Kata Tasha, tunggu la kalau ada orang orang buat invention cipta mesin lipat kain. Tapi tahun bila tak pasti. Tu pun kalau ada la.
            “Macam mana cerita kau petang ni, Haris kahwin dengan siapa?” soal Tasha tak sabar-sabar.”
            “Of course la dia kahwin dengan Nur. Takkan dengan kau pula.” Huda pegang perut. Mata dah berair sebab ketawa.
            “Memangla . Dah namapun Syurga Nur. Kalau kahwin dengan aku jadi syurga Natasha la pula.” Gamat kedua-dua nya ketawa. Habis ketawa barulah Huda cerita synopsis dari A sampai Z.
            “Untungkan Nur, muda-muda dah kahwin, dapat lelaki hansem pula tu. Aku ni lagi 3 tahun nak masuk 3 series tau.”
 Tasha cuba tahan gelak. Perempuan memang risau ke kalau tak kahwin lagi bila nak masuk 30 ‘an.
            “Rileksla, enjoy single life.”
            “Enjoy-enjoy juga. Takkan umur 40 anak baru umur 5 tahun. Tu kalau kahwin. Kalau tak kahwin.” Luah Huda geram. Menyesal pula tak cari kawan lelaki masa study. Sekarang nak lekat sorang pun susah.
            “ Life begins after 40. Ada 16 tahun lagi.so enjoy. Biar kahwin lambat asal dengan orang yang betul. Tak guna kahwin awal kalau dengan orang yang salah. Tak pasal-pasal berendam airmata dari bahagia.”  
            “Dengar nasihat aku yang dah tak berapa nak muda ni. Kau dah start boleh cari. Mamat tu pun Ok.” Ujar Huda sambil senggol bahu Tasha.
            “Kau jangan nak main-main la. Dia tu baru je putus cinta. Aku tak nak jadi pilihan kedua.” Beritahu Tasha.
            “Memilih..memilih.” Huda sudah mengomel. Remote ditangan sibuk cari channel lain. Tak ada yang menarik. Sudahnya kembali ke TV3, tengok Buletin Utama.
            “Haruslah, pilih selagi ada pilihan.” Tasha bersandar sambil memejam mata seketika. Ni kalau dilayan mata yang mengantuk  mahunya tertidur dekat sofa je.
            “Tapi bagi aku dapat macam tu pun dah OK. Sekali pandang macam Fernando Torres.Tapi dia sado beb. Abang sado,kau ado!” Haish, sampai kesitu pula Huda ni. Memang wajib kahwin dah ni.
            “Untuk soalan kau tu, dia tak kena dengan taste aku. Tall,dark and not so handsome. Adli tu cerah sangat. Nak buat stock display boleh la.”
Huda tarik telinga Tasha. Memang pelik betulla Tasha ni. Orang lain punnya la  gilakan artis korea sebab putih dan gebu dia senang-senang je cross dari list.
            “Pelik la kau ni, hensem macam tu pun kau tak suka. Patutnya kau kena tambah power spec tu. Orang lain dah buat tarian berirama dah kalau dapat. Bersyukur sikit.” 
            “Dia ngan aku kawan je. Aku ni guna kain empat meter je. Jadi jangan nak berangan pakai 6 meter.” Kias Tasha. Dia ni kulit pun tak berapa nak cerah cuma manis je yang lebih janganlah nak digandingkan dengan mamat terlebih cerah tu. Kan terpaksa dia telan sedozen Qu puteh. Nak putih makan la Qu puteh, baru putih. Tu pun kalau putih.
            “Tapi aku tengok macam dia dah jatuh tergolek-golek dekat kau je. Kau cuba fikir, dalam sekali berapa kali dia call kau. Tu belum lagi wassap. Kau rasa kalau kawan macam tu ke?”soal Huda menyedarkan Tasha.
            “Kau jangan nak buat cerita ye.” Omel Tasha. Jangan diperasankan hati yang dah perasan Kan tak pasal-pasal syok sendiri. Merana badan.
            “Dah tu. Kau try la tanya.” Cadang Huda. Baju yang sudah selamat dilipat disusun kemas untuk dibawa masuk kebilik.
            “Gila la. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku syok kat dia. Nampak sangat macam perigi cari timba.” Kalau betul sama-sama suka taka pa lah. Kalau Cuma dia yang bertepuk sebelah tangan mahunya lepas ni terus dia tak nak jumpa dengan Tengku Adli Faris.
            “Apa salahnya. Tak ada salahnya kalau kau mulakan. Yang penting kena caranya. Jangan la nampak desperate. Guna cara yang berkhemah. Kita ni terlalu perpegang dengan adat. Islam itu mudah, jangan jadikan adat satu halangan.
            “Dah  la,aku malas nak fikir. Aku belum solat Isyak lagi ni.” Dalih Tasha.
            “Aku rasa jodoh kau dengan dia la.”
            “Sejak bila pula kau ada 6th sense ni?” Tasha geleng kepala mendengar ramalan Huda.
            “Kau tak rasa tulang rusuk kau bergetar ke  bila dekat dengan dia?”
            “Makin merepek dah kau ni.”
            “Prinsip hidupnya mudah ‘if you love something let it go,if it come back to you its your, if it doesn’t, it s never was.’ Laung Huda sebaik sahaja Tasha sudah angkat tubuh dari kerusi.


HUJUNG minggu, Tengku Adli pulang kerumah keluarga di Subang Jaya. Sebaik sahaja Subaru menjalar masuk diperkarangan rumah keluarga, kelihatan Sharifah Hamidah sudah tersenyum lebar menyambut ketibaannnya. Memang hujung minggu dia pasti balik rumah keluarga sekiranya tiada hal-hal kerja yang penting. Tidak tinggal bersama bukan halangan untuk menikamti masa-masa berkulaiti bersama keluarga.
“Mama ingat Ad tak datang. Dah petang benar baru nampak batang hidung.” Beritahu Sharifah HAmidah setelah Tengku Adli bersalam dengannya. Memang dia beranggapan Tengku Adli sibuk kerana kebiasaannya awal pagi Sabtu sudah sampai. Ni sudah menginjak ke pukul 6 petang baru nampak batang hidung. Ibu mana yang tak risau.
“Ada kerja sikit Mama.  Biasa la nak hujung tahun ni. Banyak report nak kena siapkan, Ni pun pagi tadi bari tidur,  itu yang terlajak sampai zohor baru terjaga.” Kaki melangkah beriringan ke ruang tamu.
“Mana papa ma? Sunyi je.”
“ Papa kamu keluar jumpa Dato’ Ismail. Biasalah petang-petang ni golf la.”
“Anuar mana mama?”
Terdiam Sharifah Hamidah mendengar pertanyaan Tengku Adli. Anak yang seorang itu memang dia sudah hilang cara untuk menegur. Pantang ditegur pasti barannya mula membara. Entah apa yang dimarahkan pun dia tidak tahu.
“An dah jarang balik sini. Katanya menyewa dengan kawan-kawan. Kamu tolong lah tengokkan dia. Mama risau dia bercampur dengan kawan-kawan yang bukan-bukan je. Dia tu budak lagi, mudah terpengaruh.” Luah Sharifah Hamidah bimbang. Memang dia bimbang kerana itu adalah amanah dari asatu –satunya adik yang dia ada.
“Mama ni, An tu dah umur 23 mama. Dah tahu bezakann yang baik dengan buruk. Mama tak payah la.”
“Emak mana tak risau Ad. Dia tu amanah untuk mama dari auntie Zai. Dah la dia tu anak tunggal mana mama tak risau. Mama tengok lately, asal balik sini je keluar lewat malam kemudian entah pukul berapa baru balik semula kerumah.”
Tengku Adli pegang dahi. Apa pula tabiat baru si adik ni.
“Nasib baik tak pernah terserempak dengan papa. Bukan Ad tak tahu papa Ad tu, pantang betul kalau anak keluar merayau malam-malam ni.” Sharifah Hamidah bergerak ke dapur. Dua gelas  fresh orang ditatang keruang tamu.
Tengku Adli mengeluh perlahan. Balik-balik amanah dari Auntie Zailifah yang mama bangkitkan. Mati kata dibuatnya.
“An kerja dengan papa lagi ke mama?” soal Tengku Adli . Gelas berisi fresh orange dibawa ke bibir. Diteguk perlahan sebelum diletakkan kembali.
“Dia nak resign tapi papa tak bagi. Papa kata atleast kerja dulu setahun sebelum jump ke company lain, lagipun bukan senang nak dapat kerja lain sekarang ni. Papa akan bagi dia resign kalau dia dah dapat offer dari company lain.  Kamu pun tahu An tu macam mana. Tak pernah nak serius banyak main  dari kerja.” Beritahu Sharifah Hamidah lemah. Anak yang seorang ni buat dia pening kepala.
“Kan dah elok-elok kerja dekat company papa tu. Bidang dia pun kena dengan position sekarang kan.”
“Memang la Ad. Papa offer dia kerja dekat department management, sesuai la dengan degree dia.”
“Kalau dia nak berhenti suruh je papa bagi. Biar dia rasa langit tu tinggi rendah bila kena cari kerja sendiri.” Luah Tengku Adli geram.
Tu la padahnya kalau dari kecil ddimanjakan sangat. Sejak kecil mereka dibesarkan bersama. Anuar adalah amanah dari adik Sharifah Hamidah semasa Anuar baru berusia 7 hari. Merupakan adik beradik susuan Tengku Adli. Dibesarkan dibawah rumpun yang sama bukan  penentu hasilnya akan sama.  Buktinya dia bersusah payah mendapatkan apa yang dimahukan manakala Anuar lebih kepada mengharapkan pertolongan dari Tengku Saiful dalam mengecapi apa yang diinginkan. Sebab tu masuk sahaja sekolah menengah dia memilih untuk  tinggal dengan Mak Tok di  Perak dengan alasan ingin menjaga nenek yang tinggal berseorangan selepas kematioan suami.
Bila Tengku Saiful meminta pendapatnya berkenaan dengan perlantikan Anuar di Syarikat milik papanya, malas dia nak membantah tambahan pula Anuar dengannya tidaklah rapat mana seperti  dia dan adik bongsinya Icha. Ahh..rindu pula pada satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Kini sedang berada ditingkatan 5 Sekolah Tengku Kursiah.
“Mama tahu, dia jadi macam tu sebab mama turutkan sangat apa yang dia nak sampai dia buat sesuka hati dia je dekat pejabat tu. Bukan mama tak tahu. Datang office lambat, jarang ada dekat office itu belum lagi kerja bertangguh-tangguh sampai supplier pun lari. Walaupun papa diamkan je perangai dia tu mama tau Ad.” Lirih Sharifah Hamidah bercerita.
“Mama, tak payah fikirkan sangat la pasal Anuar tu. Nanti Ad cuba slow talk dengan dia.”
“Janji dengan mama ye Ad tegur dia elok-elok. Jangan sampai bergaduh. Walaupun kamu berlainan mak ayah tetapi tetap adik beradik. Mama sayang anak-anak mama. Mama tak nak dia menyesal kemudian hari nanti.”
“ Ye la. Jangan risau la. “Jawab Tengku Adli sambil tubuh gempal Sharifah Hamidah didakap erat. Ibu ni memang sentiasa memikirkan anak –anak lebih dari diri sendiri.
Tengku Adli tersenyum kemudian mengusik Sharifah Hamidah.
“Mama ni papa keluar petang-petang, entah- entah pergi rumah satu  lagi.”
 Laju tangan Sharifah Hamidah piat telinga Tengku Adli.
“Ad, kalau papa kamu tu nak ada rumah satu lagi ke, dua lagi dia tak payah tunggu sampai nak masuk umur 60. Dah lama dia pasang lain” Beritahu Sharifah Hamidah yakin.
Memang dia tidak pernah ada sekelumit perasan curiga terhadap suaminya. Isteri mana yang akan curiga kalau setiap aktiviti suami itu tidak perlu ditanya pasti lelaki itu akan memberitahunya tanpa berselindung. Bukan itu sahaja Tengku Saiful sentiasa berbincang  dengannya terlebih dahulu  sebelum membuat sebarang keputusan walaupun dia hanya bertindak sebagai pemegang saham syarikat sebelum diberikan kepada anak-anak yang masih lagi tidak mahu bekerja dengan bapa sendiri. Setakat ini hanya Anuar yang berkerja difirma guaman suaminya.
“Mama ni percaya la sangat dekat papa tu?” Masih tidak mahu berhenti dari mengocak keyakinan Sharifah Hamidah.
“Dah  la Ad. Dari kamu usik mama, baik kamu suruh mama pinang anak dara untuk kamu. Anak mama ni dah besar panjang. Bila la mama ni nak merasa ada menantu.”
“Dah selamat la mama. Bakal menantu mama dah dikebas orang.” Beritahu Tengku Adli tanpa nada.
“Maksud kamu, Syazana?” soal Sharifah Hamidah terkejut. Memang la dia tak berapa berkenan dengan pilihan Tengku Adli, tapi tidak lah sampai mendoakan hubungan mereka putus.
“Ye la mama. Anak mama ni walaupun boleh tahan handsome tetap setia pada yang satu.”
“Apa yang dah jadi?”
“Mungkin sebab mama tak redha kot.” Seloroh Tengku Adli.
“Adli..”
“Tak ada lah  mama. Mungkin jodoh Ad bukan dengan dia. Sama ada Ad yang tak cukup baik atau ada yang lebih baik untuk Ad nanti.”
“Ada yang lebih baik untuk Ad nanti. In sha Allah. So broken heart la ni?”
“ Mama ni cakap macam Tash..”
“Macam siapa? Dah ada penganti la ni?” selidik Sharifah Hamidah.
“Kawan je la mama. Ad tak serius sangat. Lagipun  dia ni budak lagi, bagi dia enjoy life dulu. Ad tak nak tergesa-gesa.”
“Bawa la jumpa mama. Kenal-kenal, kawan Ad boleh jadi kawan mama juga.”
“One fine day mama. Buat masa sekarang biar Ad je yang kenal dia dulu.”  Tengku Adli kenyit mata.  Berharap mamanya tidak memaksa. Dia perlu masa untuk sembuhkan hati yang sedang berdarah. Tidak mahu lagi tergesa-gesa.
“So kira biarlah rahsia la ni?”
“Lebih kurang la mama. Ad tak nak dia terkejut nanti kalau bawak jumpa mama. Biar dia ready dulu.”
“So, who’s the lucky girl?”
“ Mama ni kan dah cakap rahsia. Nak juga jadi agent 007.” Omel Tengku Adli.
“Yela..ye la..mama tunggu je la Ad bawa dia jumpa mama. No more question.” Ujar Sharifah Hamidah mengalah

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku