Posts

***Untuk Kamu ****

Seindah Maharku

Bab 5 Tergesa-gesa Ain melangkah keluar dari Book Garden yang merupakan kedai yang menjual buku rujukan dan alat tulis bagi pelajar universiti. Tadinya dia berkunjung ke sini untuk membeli beberapa batang pen dan juga menukar bateri kalculator. Sebaik sahaja berdepan dengan lelaki yang tiba-tiba muncul dihadapannya sebentar tadi buat semua yang ada dalam fikirannya berterbangan. Beg sandang ditarik kemas. Tangan yang sudah mengigil digenggam kemas. Insiden sebentar tadi berulang tayang bagai pita rakaman yang tidak mampu di buang. Baru sahaja tangan memegang bekas berisi pen yang mengandungi pelbagai warna, ada tangan lain yang turut sama mendarat dibekas tersebut sehingga tersentuh jarinya. Terlepas bekas tersebut dari tangan. “Lembutnya tangan.” Tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki dihadapannya,  Ain rendahkan posisi badan untuk mengutip pen- pen yang sudah bergelimpangan jatuh dihujung kaki. Dengan tangan yang terketar –ketar, sebatan pen digenggamnya erat. Baru dia perasan lelak…

Seindah Maharku

Bab 3 Zarul senyum lebar. Bahu ibunya didakap erat. “Gembira Nampak?” “Gembira la Ma. Tak sabarnya nak kahwin,” Zarul zahirkan kegembiraan tanpa selindung. Pulang sahaja dari mengambil mamanya di UiTM Sri Iskandar tiga minggu lepas terus diusulkan  kepada keluarganya tentang niat untuk menyunting pelajar mamanya sebagai isteri. Tidak mahu menunggu lagi. Dia yakin dia sudah bersedia untuk menjadi suami dan khalifah keluarga sendiri. “Amboi…dulu punyalah susah nak suruh kahwin macam suruh pergi tebang balak. Sekarang bukan main lagi,” Omel Puan Ainun geram. Bukan seorang dua yang dia kenalkan tetapi satu pun tak melekat. Entah bagaimana yang mahu dicari pun dia tidak tahu.  “Ma…abang dah jumpa dia ma. Abang tak nak lepaskan dia lagi. Cukuplah abang dah lepaskan dia dulu.” Zarul raup muka. Dulu... dia khilaf.  Sekarang dia sudah peroleh peluang untuk perbetulkannya. Dia tidak mahu lepaskan sebaik sahaja melihat gadis yang tidak pernah mampu dia lupa muncul didepan mata walau hanya pada seke…

Seindah Maharku

Bab 2 Awal pagi, usai subuh Ain tidak menyambung lena walaupun cuaca dikampung tersangat la menggoda. Sejuk-sejuk manja. Tadi semasa nak berwuduk untuk solat pun lama di merenung air kolah.  Segan nak sentuh bila terlalu sejuk. Nasib baik la dia bangun awal kalau tak memang subuh gajah tadi. Masa kecederaan semasa mengambil wuduk. Mengigil seluruh tubuh padahal ambil wudhuk je pun. Segera Ain turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semasa cuti semester memang dia yang ambil alih tugasan dapur dan menghantar adiknya Amira ke tadika. Aina dijaganya dirumah.   Jika dia tiada barulah Aina dihantar kepada baby sitter yang merupakan kawan ibu. Bahan –bahan mentah dikeluarkan dari peti ais. Mee dibahagian bawah dikeluarkan bersama sayuran dan juga ayam di bahagian frozen ditarik keluar. “Ain, lepas sarapan ikut ibu.” Ain kalih mendongak. Fokus terhadap bicara ibunya. Terhenti suapan Ain. Tidak kerja kah ibu? Setahunya hari ini Selasa. Bukan public holiday! “Ibu nak ajak Ain ke mana?” “Kita pergi…

Seindah Maharku

Image
Bab 1 Mata Ain tidak lepas memerhatikan dua orang adiknya yang sedang bermain basikal di laman rumah. Ibu masih disekolah, pukul 5 petang baru balik. Lumrah yang dia dan 4 orang adiknya kena hadap semenjak ibu kembali bekerja setelah bercerai dengan ayah 2 tahun yang lalu. Ibu nekad mahukan perpisahan setelah ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan. Ayah memilih perempuan dari seberang sebagai isteri muda. Entah la... dia sendiri tidak tahu apa sebab berlakunya penceraian  tersebut. Ketika itu, dia melanjutkan pelajaran di Asasi Undang-Undang UiTM diKuantan. Yang nyata, dia sangat terkejut. Dan semalam, dia dikejutkan lagi oleh berita yang dibawa ibu. "Mereka datang bawa hajat Ain." Itu intro ibu sebaik sahaja Volvo jenis lama itu menjalar keluar dari laman rumahnya. Semasa tetamu itu bertandang, dia hanya keluar menghidang air dan biskut sahaja kemudian terus dia berkurung didapur. "Mereka berhajat sangat nak Ain jadi menantu diorang. Ain terima ye nak." "Ibu, A…

Bukan Cinta Terlarang

BAB 10
 “Wah..wah.. senyum lebar nampak. Dalam hati ada taman lettuww.” Usik Huda sebaik sahaja melihat Tasha masuk dalam rumah. Biasanya pukul 6.30 Tasha dan sampai rumah. Siap pakej tercongok depan TV nak mengadap drama febret. Sambil-sambil layan slot Akasia di TV3 tangan hidup segan mati tak mahu melipat kain. Dari tadi baru dua tiga helai yang dilipat. Tunggu iklan baru tangan bergerak.             “Taman tang mana. Cukup lah tengok taman jiran sebelah. Lain la kalau kau banyak masa nak asah minat landskap kau tu.” Tasha melabuhkan diduduk disebelah Huda. Rajin pula makcik seorang ni tengok TV sambil lipat baju. Biasanya tak henti-henti la mulut kecil tu membebel bila nak lipat baju. Leceh katanya. Kata Tasha, tunggu la kalau ada orang orang buat invention cipta mesin lipat kain. Tapi tahun bila tak pasti. Tu pun kalau ada la.             “Macam mana cerita kau petang ni, Haris kahwin dengan siapa?” soal Tasha tak sabar-sabar.”             “Of course la dia kahwin dengan Nur. Takkan …