Bukan Cinta Terlarang

BAB 4


TENGKU Adli merebahkan badan ke katil. Gembira hatinya sejak pulang dari rumah anak Yatim Annur. Keletah kanak-kanak yang gembira menikmati ais krim tadi buat dia terharu.
 Betapa beruntungnya dia beribu bapa sedangkan mereka disana menumpang tempat berteduh dan ihsan orang untuk meneruskan hidup. Hidup dalam serba serbi kurang. Bangga dia dengan papanya tidak lepas tangan menunaikan tanggungjawab sesama manusia.
Tiba-tiba bayangan si gadis layang-layang menjelma lagi. Merekah senyuman dibibir. Mata bundar itu memikat hati lelakinya. Kepala digelengkan berulang kali. Sudah gilakah dia. Baru sekali jumpa dah meroyan. Cepat-cepat banyangan wajah itu digantikan dengan wajah si kekasih hati. Syazana! Tangan menarik telefon dari atas meja. Nombor Syazana didail.
“Hai..Syaz.” Tengku Adli bangkit dari baring. Duduk menghadap lampu neon dari tingkap biliknya.
“Hai.” Tidak bersemangat sahutan dari Syazana. Tengku Adli tarik sengih merajuk la tu gara-gara kena tinggal.
I am sorry dear. I memang kena cepat tadi. Next time I bawa you.”
 Syazana sudah senyum lebar. Mudah benar dia terpujuk dengan kata-kata Tengku Adli.
So, how’s the event?”
“Ok. Great. Budak-budak kat situ pun happening.” Jawab Tengku Adli teruja.
“Ad, please la. You pergi bagi fund je bukannya suai kenal dengan budak-budak busuk tu.” Ada nada jengkel dalam  kata-kata Syazana.
“Diaorang tu amanah Allah, tengok diorang yang serba-serba tak cukup akan buat you bersyukur ada  family yang pampered you gila-gila. You should go there. Kenal-kenal ngan diaorang. Mesti you suka. Lagipun tadi ada sorang..”
“Sorang apa?” Soal Syazana pantas. Api cemburu bagaikan baru dicucuh dengan sumbu. Risau teman lelakinya rambang mata melihat gadis cantik.
Tengku Adli usap dahi. Nyaris-nyaris dia kantoi dengan Syazana.
“Maksud I tadi ada sorang budak ni cute sangat. I yang tengok pun geram.”  Tengku Adli tarik nafas leka. Nasib baik dia teringat dekat Ain. Petah sungguh kanak-kanak tersebut bercerita dengannya tadi.
“ I hate kids. Menyusahkan.” Bentak Syazana geram.
“dah tu you tak nak anak?”
“Nanti you hired la maid. Geli la nak basuh berak kencing anak.” Mengingatkan terpaksa menguruskan hal yang satu itu, tiba-tiba dia rasa jijik.
“Macam tu baik I kahwin dengan maid je.”
 Syazana tarik muka.  Nasib baik Tengku Adli tidak nampak. Sungguh dia geram dengan jawapan Tengku Adli.
“Alah..kita kahwin pun belum you dah fikir soal anak. Bila kita nak kahwin ni. Mama I dah bising bila family you nak datang merisik?”
Tengku Adli pegang dahi. Sudah berkali-kali dia beritahu Syazana. Tunggu dia pujuk mamanya dahulu. Mana mungkin dia berkhawin tanpa restu wanita yang melahirkannya.
“You sabar la sikit.  I tengah pujuk mama. Tunggu la marah dia dekat you hilang dulu.” Pujuk Tengku Adli lembut.
“Ad, you nak I tunggu sampai bila. I ni perempuan. Susah sangat you kahwin je la dengan pilihan mama you. I dah fed up dengan mama you yang perasan bagus.”
I am trying. Setiap kali mama bangkit hal kahwin I cuba bagi mama faham yang I nak kahwin dengan you bukan dengan orang lain. Bukan juga dengan calon-calon pilihan mama.” Tengku Adli sendiri sudah banyak kali menolak calon pilihan mamanya. Sungguh gigih Sharifah Hamidah mencari calon untuk menggantikan Syazana.
“Suka la you, ada ramai calon.” Syazana mencebik. Sakit hati bila dia tahu ramai yang cuba bersaing  dengan nya.
“Kan I dah cakap, I tak nak calon-calon yang mama I pilih tu. You know that I love you. very much.”
Lafaz cinta yang seringkali terungkap dibibir Tengku Adli tidak pernah  Syazana jemu mendengarnya. Terbit rasa bangga bila bergandingan dengan Tengku Adli yang menjadi rebutan semenjak dia berada ditahun pertama ijazah sedangkan Tengku Adli sudah ditahun  akhir ketika itu.
Dan lebih bangga bila dia menjadi ratu dihati Tengku Adli. Namun masalah paling besar untuk dia tempuhi adalah kebencian Sharifah Hamidah iaitu mama Tengku Adli.
Baby, kalau you sayang I kita kahwin je la dekat overseas.” Syazana gigit bibir setelah cadangannya diusulkan. Berharap agar Tengku Adli bersetuju untuk kali ini.
“I nak kahwin. Tapi  dengan restu mama I. Perkahwinan tanpa restu orang tua banyak halangannya. I nak kahwin dengan you untuk seumur hidup bukan main-main. Perkahwinan akan lebih berkat bila semua orang mendoakan kita. I tak sanggup nak hidup sebagai anak derhaka. She’s my mom after all. Melukakan hati dia adalah perkara terakhir yang I akan lakukan. I harap itu bukan pilihan yang you nak I buat.”
Tergamam Syazana dengan keputusan Tengku Adli. Nampaknya makin samar la hala tuju hubungan dia dan Tengku Adli.
Take it or leave it.” Tutur Tengku Adli tegas.
Terngadah Syazana mendengarnya. Perancangan harus lebih teliti. Memenangi hati Sharifah Hamidah tak ubah seperti menarik benang dalam tepung, jangan sampai benang putus, tepung berselerak. Seandainya sabar yang perlu, akan didik hatinya agar lebih sabar supaya dia tidak berputih mata.
“I faham Adli. Tapi cuba you fikir ada kemungkinan ke mama you akan terima I ?” Lembut pertanyaan Syazana. Rasa  gusar cuba ditutup. Rasanya peluang untuk dia menjadi menantu pilihan Sharifah Hamidah sudah kurang dari 50%.
“In shaa Allah. Kita kena yakin. Yang penting kita usaha. Ada jodoh pasti you akan jadi isteri I.” Tengku Adli urut tengkuk sendiri. Terasa sedikit tegang.
“Kalau tak ada?” soal Syazana geram. Kalau tidak mengingatkan itu ibu Tengku Adli Faris, memang sudah lama diserangnya. Nasib lah dia dah jautuh cinta dengan anak emak. Terpaksa dia bersabar.
“Maknanya ada lelaki yang lebih baik untuk you.”
“I nak kahwin dengan you je Adli. You tau kan untuk you mati pun I sanggup.” Luah Syazana emosi. Tidak sanggup dia membayangkan Tengku Adli berkahwin dengan orang lain. Mana nak letak muka, sudah dicanang pada kawan-kawan tentang hubungan cintanya.
“Sebab I sayang you dan you sayangkan I, you kena la rajin-rajin fikir macam mana nak tackle hati mama I. Why don’t you spend masa dengan mama I. She loves shopping.” Kedua belah tangan sudah disilangkan. Makin rumit hubungan dia dengan Syazana.
“Tak minat la I.” Apa barang hang out dengan orang tua. Syazana cebir bibir. Tak masuk akal langsung  cadangan Tengku Adli.
“Lol..sejak bila tukar hobi? Bukan you memang kaki shopping ke?” soal Tengku Adli hairan. Naik lenguh kakinya kalau menemani Syazana shopping. Baru beberapa minggu lepas bukan main sakan Syazana borong baju dan handbag. Hari ni dah tak minat shopping. Kalau betul memang dia bersyukur. Tak payah letihkan diri mengekor Syazana shopping.
“Atau you tak suka bila I suggest you keluar dengan mama I?”
Syazana panggung kepala. Nasib baik Tengku Adli tak nampak riak muka terkejutnya mendengar tebakan Tengku Adli. Tepat ke jantung.
“Tak adalah. I tak rasa pun nak shopping Lebih baik I duduk umah atau tolong mama I dekat dapur je.”
 Tengku Adli yang mendengar makin hairan dengan perubahan Syazana. Selalunya Syazana la yang mengomel bila disuruh mamanya ke dapur waima untuk bancuh air. Dekat dapur panas la. Belum lagi suruh menyediakan makan malam. Pernah sekali dia menadah telinga mendengar Syazana membebel gara-gara disuruh oleh mamanya menyediakan air untuk tetamu. Memang puteri lilin. Mungkin dari kecil semua keperluannya sudah disediakan oleh kedua ibu bapa.
“Ad, you tak ada cara lain ke nak ubah keputusan mama you?” Terdiam Tengku Adli dengan pertanyaan dari Syazana. Tengku Adli geleng kepala. Dia sendiri dah buntu. Bukan senang nak mengubah sesuatu yang dibenci oleh Sharifah Hamidah.
“Dah you yang cari sengaja cari pasal. Cuba masa you nampak mama I you cakap elok-elok tak ada la rumit sangat masalah kita ni.”  Luah Tengku Adli sedikit kesal.
“Mana I tau dia mama you. I ingat scandal you. Tu yang I berangin.” Tersekat-sekat suara Syazana. Menyesal pun dah tiada guna. Mama Tengku Adli bagai sudah berkerat rotan tidak mahu menerimanya.
“ Itu lah you, suka tuduh melulu pastu marah-marah tak tentu pasal. Cuba you kawal sikit cemburu you tu. I ada you sorang je.” Lembut Tengku Adli menerangkan. Kadang-kadang dia pun rimas dengan perangai Syazana yang terlalu cemburu sehingga pernah dia disoal selidik macam pesalah jenayah berat gara-gara hold call dari Syzana.
“Ye la..semua salah I.” Tak guna Syazana terus menafikan. Menang terang lagi nyata salah sendiri.
“Dear, I tak salahkan you. Tapi you kena sabar sikit la. It’s takes time nak menawan hati Sharifah Hamidah. I know my mum. Susah nak tawan hati dia.”
“Benci la I dengan you ni.” Bentak Syazana geram. Talian diputuskan. Geram dengan Tengku Adli yang terlalu mengikut kata mamanya. Sungguh dia bengang dengan mama Tengku Adli yang memandang dia tidak layak untuk bergandingan dengan Tengku Adli





Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku