Bukan Cinta Terlarang

BAB 3

Sebelum Tengku Adli ke Rumah Anak Yatim Annur di Kuala Selangor, terpaksa dia singgah ke Apartment Vista Angkasa untuk mengambil buah hati. Hampir setengah jam dia menunggu di kawasan parking baru lah nampak orang yang ditunggu-tunggu.
Sebaik sahaja nampak Syazana melenggang seperti itik pulang petang dia dah geleng kepala. Pintu kereta ditaolak, tangan sudah mencekak pinggang. Syazana dipandang atas bawah.
“Hei..baby, you nak pergi nikah ke?  Kenapa tak cakap? ” Tangan Syazana sudah meliar di dada Tengku Adli.
Tengku Adli hanya membiarkan tingkah laku yang sudah sebati dengan si gadis semenjak dia menjadi kekasih hati Syazana.
“ Kan I dah cakap kita nak pergi rumah anak yatim, ada buat solat hajat. Yang you pakai macam orang nak pergi Bukit Bintang kenapa?” Mata tidak lepas dari memandang Syazana yang memakai legging polka dot berwarna merah hitam dan tank top merah. Rambut blonde berwarna cooper di lepas bebas.
“Dah tu takkan you nak suruh I naik tukar? Penat la.” Rungut Syazana manja.
Tengku Adli yang melihat dah naik muak. Macam ni sayang-sayang ada yang makan pelempang. Takkan dia yang berbaju melayu siap bersamping bawa pasangan macam nak masuk kelab malam.
“Tak payah tukar.  I pergi sendiri.” Putus Tengku Adli.  Jam tangan sudah menginjak ke pukul 5 petang. Dia seharusnya sudah berada disana. Nak tunggu Syazana bersiap lagi memang kucing bertanduk la.
“Ala..baby, I naik tukar je la kejap. Promise kejap je.” Lembut menggoda suara si gadis memujuk.
Tengku Adli geleng kepala. Pintu kereta ditarik.
“I dah lambat ni. I see you tomorrow.” Cermin kereta diturunkan. Dia sudah cukup masak dengan sekejap Syazana. Palinng cepat sejam. Jam dikerling. Dia sudah lambat sebenanrya.
“Tiket flight ke UK  untuk you I dah belikan. Bye.” Ujar Tengku Adli. Lebih kepada beli jiwa.
USAI menyampaikan dana yang disumbangkan oleh Setia Haruman Holding kepada Yayasan Annur, Tengku Adli duduk dipangkin berhadapan padang kecil dikawasan rumah anak-anak yatim tersebut.
Leka dia melihat seorang gadis memberikan layang-layang kepada beberapa kanak-kanak yang sedang beratur panjang.
“Kakak layang-layang, Ain nak yang ada butterfly.”
“Akim nak yang spiderman.” Celah seorang lagi.
“Eh, Spiderman aku punya la.” Bantah seorang kanak-kanak lelaki yang lain.
Tersungging senyum si gadis. Terpana Tengku Adli melihat lekuk dalam dipipi gadis tersebut. Tangan menyentuh lekuk dipipi sendiri. Tempat yang sama.
“Jangan risau, kakak ada banyak lagi.” Satu persatu di hulurkan kepada kanak-kanak yang mengelilinginya.
“Ok. Siapa dah dapat boleh start main, tapi jangan lari laju sangat. Nanti jatuh.” Pesan si gadis lembut.
Seronok kanak –kanak tersebut menarik layang-layang masih-masing. Tengku Adli melihat gadis tersebut setia memerhati ditepi padang. Melihat sahaja ada kanak-kanak perempuan yang hampir jatuh, cepat gadis tersebut berkejar mendapatkan mereka. Akhirnya mereka berguling sambil tertawa gembira.
Tanpa sedar Tengku Adli senyum sendiri. Dari duduk dia sudah bangun berdiri, terkejut melihat ketangkasan si gadis mendapatkan kanak-kanak yang hampir terjatuh.
“Ok..adik-adik, kakak dah lambat. Yang ni semua boleh simpan. Nanti kakak datang lagi.”  Terkocoh-kocoh Tasha berjalan untuk ke motosikalnya. Beg yang disangkut dibelkang ditarik untuk memasukkan benang-benang yang digunakan untuk menaikkan layang-layang.
“Ouh..Sorry saya tak sengaja.” Tasha pegang dahi yang berlaga dengan dada lelaki dihadapannya. Mata terbuntang besar. Lelaki yang sama dia jumpa di malam yang kelam minggu lepas. Dua kali bertembung, dua kali accident. Harapnya tak jumpa dah untuk kali yang seterusnya. Risau dia akan terlanggar apa pulak  lepas ni.
Tu la buat kerja sambil berjalan memang tempah accident la. Tasha pekup dahi yang masih terasa berdenyut. Nasib badan laAzra Natasha. Haish.
“Its okay. But next time watch your step. Itu nasib baik langgar orang. Kalau jatuh longkang kan dah jatuh hantaran.” Tengku Adli senyum senget.
“Baik..saya usahakan.” Jawab Tasha selamba sambil ketawa.
“Saya minta diri.” Cepat-cepat si gadis susun langkah sebelum makin banyak perkara yang memalukan akan berlaku.
Tengku Adli yang ditinggalkan usap dagu yang tak berapa nak runcing. Macam pernah tengok, tapi memori nya gagal menghubungkan sel-sel otak dimana dia bertemu dengan gadis tersebut. Takkan Dejavu pulak!!
Satu yang dia musykil, macam mana tiba-tiba dia jadi peramah.
 Siap menyakat anak dara orang lain. Kalau Syazana nampak mahunya seminggu merajuk. Syazana cukup pantang bila dia bertegur sapa dengan kawan-kawan wanitanya. Cemburu tak habis-habis. Tapi cemburukan tandanya sayang.
Melihat kanak-kanak yang masih lagi leka bermain layang-layang yang ditinggalkan oleh si gadis tadi, Mereka Tengku Adli hampiri.
“Nak ice cream tak. Abang belanja.” Pelawa Tengku Adli. Terlopong beberapa pasang mata kecil melihatnya.
            “Umi cakap jangan bercakap dengan orang yang kami tak kenal.” Tengku Adli senyum ke arah sekumpulan kanak-kanak tersebut.
            “Dengan kakak tadi ok je?” soal Tengku Adli. Dari pemerhatiannya gadis tadi bukan kakitangan rumah anak yatim ini.
            “Itu kakak kami.” Jawab mereka beramai-ramai.
“Nama abang Adli. Boleh panggil Abang Adli. Sekarang dah kenal kan?”
Kepala-kepala kecil memandang Tengku Adli seketika sebelum laju mengangguk.
“Jom, abang belanja. Pilih je nak yang mana.”
Kaki –kaki kecil laju mengikut langkah kaki Tengku Adli  ke arah penjual aiskrim bermotor di tepi padang. Apa lagi tak perlu tunggu lama laju je masing-masing baca order. Tengku Adli senyum sambil menghulurkan note Rm50 kepada penjual aiskrim yang dari tadi tak menang tangan mengisi ais-krim dalam kon.



Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku