Bukan Cinta Terlarang

BAB 8

Hampir sejam berdiri menghadap rak buku di MPH. Akhirnya Doctor in the house dan why we want you to be rich selamat dibawa ke kaunter bayaran.
Sedang Tengku Adli beratur untuk membayar beberapa buat buku motivasi ditangan, mata nya menangkap figura seorang wanita sedang beratur sambil memangku bayi dalam dukungan. Ada dua lane sahaja untuk buat bayaran. Wanita tersebut di kaunter bersebelahan.
Hanya selang beberapa orang dari tempat dia beratur. Ketika tiba gilirannya untuk membayar buku ditangan, dilihat wanita tersebut juga berada dibaris hadapan untuk membuat bayaran. Betul-betul bersebelah dengan kaunter Tengku Adli.
Kelihatan  sebelah tangan pegang bayi manakala sebelah lagi meyeluk tas tangan. Terdapat beberapa buat buku cerita kanak –kanak atas kaunter cashier.untuk membayar beberapa buat buku cerita kanak-kanak, pantas Tengku Adli menghampiri. Laju tangan menarik buku cerita dalam pegangan wanita tersebut.
“ Biar saya tolong.” Ujar Tengku Adli tanpa memandang kea rah wanita tersebut.
“Tak apa. Just tolong pegangkan baby kejap. Saya nak ambik wallet dalam handbang.” Bayi bertukar tangan.
Tengku Adli tunak memandang wanita dihadapan mata. Oh my Allah!! Dekat sini pun bole jumpa. Patutlah tulang rusuk bergetar, pemilik rusuk kiri dia muncul rupanya. Wanita dihadapannya masih tidak sedar akan kewujudannya kerana tangan si gadis  masih menggagau mencari wallet.
Tasha senyum lega bila akhirnya tangan berjaya mencapai wallet dalam tas tangan. Sebaik sahaja Tasha angkat kepala, dia pula yang rasa macam terlelan biji durian. Terkejut bukan kepalang. Kecewa doa tidak dimakbulkan. Berjumpa lagi dengan orang yang sama untuk kali ketiga.
“Bayar dulu,banyak yang kita kena bincang.” Tengku Adli kenyit mata. Bayi dipangkuan diagahnya. Mudah benar sikecil terpedaya. Mengekek si kecil ketawa. Makin galak Tengku Adli mengagah.
“Semua R56.40, Puan.” Tengku Adli disebelah angkat kepala. Tengok muka cemberut Tasha. Tak jadi dia nak ketawa.
Laju tasha hulur sekeping Rm10 bersama sekeping RM50.
“Terima kasih puan, sila datang lagi.” Si juruwang senyum lebar.
 “sama-sama.”Tergesa-gesa Tasha Baki yang dihulur dimasukkan dalam poket handbang.
“Comel anak puan.”
Tasha senyum menutup kekalutan. Risau tertangkap dengan orang sebelah.
“Jom kita duduk sana jap. I have few thing nak clarify dengan you.” Tengku Adli atur kaki ke Burger King sebelah MPH. Kerusi untuk bayi ditarik,bayi dalam dukungan diletakkan atas kerusi tersebut.
“Let me order first. You nak apa? burger, ayam or fries?” Tengku Adli sudah bangun berdiri. Tasha sedang menyelesakan diri. Handbag dibahu diletak di kerusi sebelah.
“Apa-apa pun boleh. I dont mind.” Tasha jawab tanpa pandang ke arah Tengku Adli.
Tengku Adli mengangguk. Menghantar isyarat OK. Segera dia beratur.
Selang 10 minit, kelihatan Tengku Adli menatang 2 set burger bersama bubur ayam.Tasha keluarkan burger dari tray.
Khusyuk Tengku Adli tengok Tasha meniup bubur sebelum disuapkan ke mulut  bayi dihadapannya.
“Anak you?” Tengku Adli soal tanpa belok-belok. Bayi dalam dukungan kelihatan serasi dengan tukang yang mendukung. Memang membuak perasaan ingin tahunya. Kalau dah memang hak orang memang dia kena tarik diri. Tak gentleman la kacau hak orang. Dia bukan lelaki desperate.
“Anak saudara. My brother’s son. Kakak ipar I pergi washroom.” Melilau Tasha pandang sekeliling. Lama la pula kak Nadia pergi washroom ni.
Tengku Adli tarik nafas lega. Ada rezekinya hari ni. Selepas dua bulan baru berjumpa semula.
“Let me ask you something. You’re the same girl yang I jumpa last dekat depan kawasan parking on Friday night and dekat rumah yatim hari tu kan?”. Tengku Adli letak tangan atas meja.
 Melihat ke pandangan mata helang dihadapannya, Tasha matikan niat untuk menidakkan. Lebih baik dia berterus terang.
Kepala diangguk dua kali. Kali ni Tengku Adli ukir senyum lega. Dalam hati dah menari zumba. Bersyukur di tersuka pada yang masih bukan milik sesiapa.  Lupa sekejap dia sudah berpunya.Tangan kanan seluk kepoket belakang seluar.
Iphone 6 keemasan sudah berada ditangan.
“Let me be simple and straight to the point. I nak berkawan dengan you. Can I have you phone number please.”
Amboi..permintaan.Tasha dah rasa nak pecut balik. Tak sangka masih jumpa orang yang over confident macam ni dekat tengah-tengan Mid Valley.
“You ni stalker ke?” soal Tasha berani.
Tengku Adli tunjuk diri sendir. “Me ? stalker?” Kepala digeleng sekali.
“Well, let put this way. You inner shine captured my eyes I saw you that night dan I tak nafikan memang I tercari-cari juga kalau terserempak dengan you but I’m not a stalker.” Jawab Tengku Adli bersama senyuman ikhlas. Harap sampai la ke hati si gadis.
“So can we be a friend?” Tengkku Adli jongket kening.
“Actually, I” Tasha pegang dahi. Rasanya phone dia tertinggal dalam kereta kakak iparnya. Seingatnya gara-gara tiada balasan dari kekasih hati terus handphone dimasukkan ke dalam dashboard kereta.
“Ok, kalau you risau nak bagi number phone dekat stranger,let me introduce my self properly.”
“I Adli Faris.” Tambah Tengku Adli. Sekeping kad dihulur kepada Tasha.
Tasha teliti kad yang bertinta emas itu. Financial Analys. Hurm..muda-muda dah stabil. Tengok muka maybe dalam late 20’s. Tapi tak mustahil kalau dah 30 ‘s pun. Lelaki kan ada yang awet muda. Contohnya macam Nasir Wahab, forever 21 gitu.
“Bukan macam tu. Sebenarnya..”
“I bujang. Confirm bukan suami orang.” Potong Tengku Adli.
“That’s not..”
“Jangan cakap you tak ada phone. Ni bukan zaman tok kaduk, yang orang guna tin untuk call each other.”
Terasa sedas. Belum sempat Tasha balas dah kena tembak bertubi-tubi.
“Bukan tu maksud saya. Rasanya saya tertinggal phone. Just give me your phone. I’ll save my number there.”
Tak fikir dua kali, Tengku Adli hulur iphone ditangan.
Tasha scroll contact. Tangan menaip number phone. Jemari laju menekan keypad. ‘Tasha bukan nama sebenar’ ditaip. Iphone kembali dihulur ke Tengku Adli. Button save ditekan. Sebaik sahaja melihat apa yang telah dilakukan oleh Tasha terhadap iphone nya, Tengku Adli sengih lebar.
“So siapa nama sebenar you?” Tengku Adli pandang Tasha.
Tasha jongket kening. Dah agak soalan itu yang akan ditanya oleh lelaki dihadapannya.
“Thats your job to find out. Tak thrill la kalau semua I bagi tau.”
“Soon, I will know your full name. Mark my word.” Ujar Tengku Adli yakin.
 Tasha tayang muka do- I – care! Ingat senang ke nak dpaat nama dia. Cuba google. Tak jumpa punya.
“Sha, jom.”
Tasha pandang Kak Nadia yang sudah berdiri dimeja yang diduduki mereka. Akif sudah hulur tangan  minta didukung.
“Ala anak mama ni tak boleh berenggang sikit la.”Kak Nadia sudah hulur tangan kepada Tasha. Akif didukung. Pipi montel itu dicium kiri dan kanan.
“Got to go.” Tasha selit handbang ke bahu. Bangun meninggalkan lelaki yang baru sahaja menjadi kawannya.
“Siapa tu Sha?” soal kak Nadia bersama senyum kambing. Jarang si adik ipar dilihat keluar bersama kawan lelaki.
“Kak Nad percaya tak kalau Sha kata baru setengah jam dia jadi kawan Sha?” Bulat mata Nadia pandang Tasha. Biar betul.
“Serius?”soal Nadia tidak bercaya.
“Betul la. Cuma ni baru dia kenalkan  diri before this ada lah terserempak tiga kali.”
“Ok la tu sedap mata memandang.” Ujar Nadia penuh makna. Tasha angkat bahu. Tak habis-habis la tu nak kenenkan dia. Macam la dia ni dah masuk kategori anak dara terlajak.




Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku