Bukan Cinta Terlarang
BAB 2 TASHA buat tak perasan Huda yang mencuri pandang ke arahnya. Adalah tu yang ingin ditangan si Huda kalau kejap-kejap kalih ke arahnya. “Siapa tadi?”soal Huda kepada Tasha. Tadi semasa dia sampai dikawasan letak kereta kelihatan Tasha bukan berseorangan. Ada lelaki yang tidak dikenali. Stereng kereta diketuk perlahan mengikut rentak lagu di radio. “Entah, kali pertama aku terserempak tadi.” Tasha tekun pandang Oppo ditangan. Tiada sebarang mesej dari orang yang ditunggu. Sihatkah dia. Tetingkat hijau itu dibuka. Scroll kebawah menjadi nama lelaki itu. Kemudian sebaris ayat ditulis. Butang send ditekan. “Boleh tahan beb.” Komen Huda bersama senyum senget. “Boleh tahan apa?” soal Tasha hairan. Tumpuan pada skrin phone terganggu. “Mamat tu la?” “Huda, jangan percaya dengan muka hensem, kalau bukan tunang orang, suami orang. Yang hensem-hensem ni biasanya taken.” “Amboi, teringat sejarah lama nampak.” Mengekek ketawa Huda. Kisah cinta pertama teman serumah yang ta...
Comments
Post a Comment