Bukan Cinta Terlarang

PROLOG  I

Saban minggu pusara itu dikujungi. Tak pernah sekali pun dia lupa.  Rumput yang naik meliar di cabut. Cepat sungguh naik, padahal baru minggu lepas dia datang. Setiap bulan akan dicari kelapangan untuk mencuci sendiri pusara ini. Sebagai tanda kasih sayang. Kali ni, anak yang berusia tiga tahun itu dibawanya bersama.Alkisahnya, pagi tadi semasa dia bersiap untuk keluar, anak itu merengek untuk mengikutnya. Jadi diturutkan sahaja daripada anak itu menjerit nyaring seperti mummynya..
            Usai bacaan Yassin, diringini pula dengan tahlil ringkas. Hatinya sayu. Sudah setahun wanita itu pergi menyahut seruan ilahi. Dia wanita yang tiada galang gantinya. Wanita yang sangat dicintai. Anak yang seorang ini dari tadi berada dipangku nya. Apabila dia mula membaca Yassin sebentar tadi anak itu juga terkumat-kamit seolah turut membaca.
Bangkit dari bersila, belakang seluar dikibas untuk menghilangkan kesan kotoran, terasa dilengannya dikuis si anak.
            “Daddy, why Allah take her too early?”
Tengku Adli senyum mendengar pertanyaan Tengku Adif Mifzal yang sudah menginjak usia 7 tahun. Iras benar wajah mommynya. Petahnya bila berkata-kata tidak mengambarkan usia. Kadangkala tak tercapai dek akal untuk menjawab setiap pertanyaan anak itu.
            “Just like flower, you will pick the most beautiful in th garden right?”
Laju Adif mengiakan. Mata hitam pekat itu bersinar bila bunga dibangkitkan. Memang sudah menjadi kesukaan walau seringkali dilarang oleh mommynya.
“Daddy, I miss mummy.” Rengek Adif nyaring. Melambak ketawa Tengku Adli dengan hero yang sorang ini. Tadi sibuk sangat nak ikut bila dia bersiap mahu keluar.
“Yes Daddy too..Miss mummy soooo much.”

“So, we both miss mummy.” Adif dalam dukungan dicium. Inilah anak syurga yang telah Allah amanahkan untuknya.

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku