Bukan Cinta Terlarang

BAB 6

Hampir 10 minit dia berdiri  diatas zebra crossing. Baru setapak dia melangkah, makin laju pula kereta yang lalu. Keluhan dilepaskan.  Baru dia nak melintas makin laju kereta yang malu dihadapannya. Langsung tak bagi chance untuk pejalan kaki.
Let cross together.” Tasha pandang lelaki disebelahnya. Memang dia terkejut bila lelaki disebelahnya bersuara. Adli. Adoi.. masuk kali ketiga terserempak. Harap lelaki itu tak perasan. Sekali pandang macam lelaki idaman. Tall, handsame but not so dark. Kulit lelaki ini dua tona lebih cerah jika nak dibandingkan dengan kulit dia. Tak kisah la, kalau putih muka je, tangan  gelap pun orang mengata biarlah dia natural beauty je. Tak adalah gelap sangat pun.
“Thank you.” Ujar Tasha berbahasa. Macam mana la dia tak terfikir nak berdiri je tengah line dan terus angkat tangan je. Mesti kereta akan berhenti.
“Kalau you tunggu sampai pukul 10 nanti pun belum tentu you boleh cross the road.”
Tasha angguk. Biasanya bila nampak ada pejalan kaki, kereta akan bagi laluan tapi hari ni mungkin nasib nya sedikit malang.  
Kereta yang lalu lalang berhenti sebaik sahaja lelaki tadi angkat tangan. Isyarat pejalan kaki mahu melintas. Inilah istimewanya jadi rakyat Malaysia. Powers in your hand. Baru sahaja Tasha ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Lelaki itu terlebih dahulu  bersuara.
“ I tak handsome.”
Terpinga-pinga Tasha mendengar patah bicara selamba Adli tadi.
“Sorry?” soal Tasha kembali. Memang dia lost!
Adli pandang ke baju Tasha. Laju Tasha tutup tulisan dibaju dengan kedua belah tangannya. Menghalang lelaki itu dari terus membaca apa yang tertulis pada baju yang tersarung dibadan.
“ I noticed you, girl.” Terang Adli bersama senyum nakal.
 Tanpa pamitan laju Tasha menaiki tangga bergerak dihadapan AEON  untuk ke pejabatnya. Pagi-pagi jalan maasih lengang, ramai yang singgah direstoren San Fransicso sambil menikmati secawan kopi. Tentunya Kopi mahal mahal yang sedap. Tasha kembali melihat tulisan dibaju. Kepala digeleng berkali-kali. Ini bukan kali pertama dia pakai baju ini. Kenapa hari ini ada yang perasan.
‘AWAK TAK PERASAN SAYA SEBAB AWAK PERASAN HANSEM’


TASHA  pandang teman sepejabat yang menghalang dipertengahan laluannya. Nasib baik la ada 10 minit lagi sebelum pukul 9.
“Siapa tadi Tasha?” tanya Elfira sebaik sahaja nampak Tasha dihadapan AEON. Dari jauh dia sudah perasan Tasha  sebab tu dia tunggu Tasha depan AEON. Boleh saing untuk masuk office.
“Siapa? Kan aku sorang je ni. Kau jangan takutkan aku.” Beg sandang dibetulkan.
“Tu mamat yang tegur kau tadi. Kau pun tahu mata aku ni allergic dengan mamat-mamat handsome.”
“Aku tak kenal.”
“Alah. Takkan ngan aku pun nak rahsia.” Sangkal Elfira tidak percaya.
“Betul la, tak kenal. Tadi sama-sama melintas jalan je.”
“Eleh, takkan la boleh sembang kalau tak kenal. Kau yang selalu pesan don’t talk to stranger. Share la.” Elfira masih mencuba nasib.
Annoying pula Tasha rasa dengan officemate yang sorang ni. Orang dah cakap tak kenal, maknanya tak kenal la. Tak kuasa la nak sorok-sorok. Budget retis je.
“Dah la. Aku memang tak kenal dia. Cepat sikit jalan tu Mok cik. Kan jadi late comers lagi. Kau tu dah pecah rekod dah. Asyik datang lambat je.”
Terkulat-kulat Elfira balas jelingan Tasha. Memang dia selalu datang lambat. Nasib nya cukup baik sebab setakat ni tak prnah lagi terserempak dengan Team Manager semasa dia lambat. Kalau tak memang tak pasal-pasal dapat kaunselling ataupun DN (Development Needed ) dari Management
Buka sahaja PC, laju Tasha clearkan email. Email penting dimasukkan dalam folder archive. Senang nak trace kalau ada isu berbangkit dikemudian hari. Hampir tiga bulan bergelar associate a.k.a part of billing team, salah satu yang dia belajar sepanjang disini, talking without proof is rubbish. Everyone  can talk but just a few can come out with evidence.

Berkerja dengan Contract Manager dan Account Manager dari luar Negara terutamanya dari Timur Tengah memang menguji kesabaran. Pantang salah sikit terus nak escalate. Jadinya dari semasa ke semasa kerjanya dilakukan dengan lebih berhati hati agar tidak dijadikan issue untuk mengugat KPI.

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku