Bukan Cinta Terlarang

BAB 5
Enjin motosikal  dimatikan, ditongkat dua. Suis dicabut kemudian diselitkan dalam poket beg. Tasha kuak pintu utama. Huda dan teman serumah yang lain tidak kelihatan dimana-mana. Solat barangkali.
Masuk ke bilik yang dikongsi bersama Huda, beg dicampak ke katil. Pintu bilik air yang dihubungkan dengan bilik mereka tertutup kemas. Mesti Huda ada didalam. Sambil menunggu bilik air kosong, Tasha rebahkan kepala ke bantal. Mata dipejamkan.
“Weii…mandi la.” Sergah Huda.
Tasha terus buka mata. Terkejut dengan sergahan Huda.
“Nak mandi la ni. Kan aku redah masuk je tadi tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau.” Jawab Tasha sambil duduk bersila atas katil.
Huda jeling Tasha. Mahunya dikejar keliling rumah kalau Tasha main masuk je bilik air tadi. Dah la penyendal pintu bilik air  hilang entah kemana. Tadi dia main tutup macam tu je, tak kunci pun.
“Dah..dah..pi mandi sana.Maghrib pun dah hujung-hujung ni.” Huda pandang jam yang dipaku didinding. Hampir menginjak je jam 8 malam.
“Tunggu kau mandi macam tunggu orang sental bilik air. Bukan main lama lagi.” Tasha tarik tudung dikepala. Kemudian laju melangkah kebilik air dengan tuala ditangan.
Usai solat mangrib,Tasha tanggal telekung kemudian disangkut ke tepi almari.  Huda laju menempel disebelah.
“Kau pergi mana. Pagi-pagi dah menghilang?” soal Huda.
Tersungging senyum dibibir Tasha.
“Aku tanya soalan bukan minta senyum mahal kau tu.”  Rambut pendek Tasha ditarik.
“Macam biasalah..hujung minggu, jumpa umi dengan adik-adik.”
“Kau kerumah As-Syifa lagi ke?” soal Huda lagi. Memang sudah acap kali Tasha berkunjung ke situ.
“Ha ah..mana lagi tempat aku nak pergi.Hujung minggu kalau aku hilang kau boleh terus cari dekat situ.”
“Sayang betul kau dekat tempat tu.”
“Tanpa diorang mungkin aku tak ada depan mata kau. Nasib baik ummi sanggup terima aku dekat rumah anak yatim tu. Walaupun sekejap tapi sangat bermakna.”
Huda pegang lengan Tasha. Tahu Tasha mudah tersentuh kalau kisah zaman remajanya diungkit.
“Aku solute dengan kau. Ringan tulang bantu diorang. Padahal gaji kau bukan banyak mana pun.” Bukan Huda tidak tahu gaji fresh grad. Cukup-cukup makan, tolak belanja, rumah sewa berapa je baki yang tinggal. Tapi Tasha tak pernah culas menghulur bantuan kepada penghuni rumah An-Nur.
“Aku memberi bukan kerana aku ada, tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak ada apa-apa.” Menumpang keluarga bapa saudara selepas dia keluar dari rumah anak yatim itu banyak mengajarnya.
Walaupun saudara tidak sama dengan keluarga sendiri tambahan pula Mak Ngahnya punya ramai anak. Pasti keperluan anak sendiri didahulukan berbanding anak saudara. Huda tepuk bahu Tasha perlahan. Berharap kawannya ini tidak larut dalam kenangan lalu. Perit hidup menumpang.
“Jom makan. Hari ni aku masak.” Pelawa Huda girang.
Tasha jongket kening. Dah 6 bulan duduk sebilik dengan Huda, tak pernah-pernah Huda masak melainkan masak meggie. Tu pun kadang-kadang sampai kembang semangkuk.
“Iye la kau masak. Ke lauk tunjuk dekat kedai depan ni?” soal Tasha musykil. Memang boleh buat sujud syukur ni kalau Huda masak. Tersungging senyum senget dibibir Huda.
“Kau ni bagi la chance aku nak berlagak kejap.”
“Ha ah, beli kat kedai biasa tu la. Tapi lauk je tau. Nasi aku masak sendiri.” Tambah Huda jujur. Tasha geleng kepala. Memang kirim salam la Huda nak masak.
“Ye la..tahniah sebab dah berjaya masak nasi.” Bahu Huda ditepuk tanda bangga dengan pencapaian kawannya.
 Huda senyum lebar. Saja nak mendabik dada. Padahal masak nasi pakai rice cooker kot, bukannya kena buat unggun api guna kayu.
“Ok what..nasi tak keras,masak and tak hangit.”
 Tasha sudah mengeleng kepala. Tang mana masak guna rice cooker boleh hangit.
“Yang lain-lain ada kat umah ke?” Tasha sudah beriringan dengan Huda keluar dari bilik.
“Ada kita berdua je. Hujung minggu ramai yang keluar dating sampai lebam.” Mengekek ketawa Huda dan Tasha. Memang kebiasaannya hujung minggu hanya ada dia dan Huda dirumah sewa. Kalau Huda balik kampung lagi la dia sunyi. Terkontang kanting sorang-sorang. Menyewa berempat. Saniah dan Azma memang jarang ada dirumah kalau malam minggu.
“Kau tak kemana-mana ke sepanjang hari?” Pinggan yang berisi nasi dihulur kepada Huda.
“Nak ke mana, assignment bersepah-sepah tak siap. Dah la tinggal dua minggu lagi nak viva.”
Tasha kunyah perlahan-lahan nasi dalam pinggan. Terasa sedikit keras. Berkerut dahi setiap kali  tekak nak menelan nasi. Tarif air dah naik ke sampai kedekut sangat perempuan ni nak letak air lebih sikit.
“Kau kenapa? Nasi aku tak sedap ke?” Huda hairan dengan Huda yang seperti orang yang tak bernafsu nak makan.
“Nasi kau ni keras sikit. Lain kali lebihkan air.” Tersipu-sipu Huda. Ni yang dia suka berkawan dengan Tasha. Telus dan jujur. Walaupun perit, dia terima. Adoii..fail lagi masak nasi. Sebelum ni nasi dah jadi macam nasi impit gara-gara lebih air.
“Aku dah masukkan air sama banyak tadi.”Kepala yang tidak gatal digaru. Rasa macam dah betul sukatan air tadi.
“Memang la, ni kan beras lain dari yang kita guna. Yang ni kena tambah air sikit.” Nasi dalam pinggan digaul dengan sedikit kuah sup. Biar lembik sikit. Kan ada yang tercekik nasi.
“Best tak sambal udang tu?” Huda jongket kening bertanya. Tengok Tasha selera meratah udang.
“Sedap la. Kalau tak sedap tak ada la kau hari-hari tapau dari situ. Siap apply member card lagi” pangkah Tasha. Mengekeh ketawa kedua-duanya. Istimewanya jadi pengunjung setia Mahbub. Apply membercard dapat 20%. Jadi la tu dari tak dapat apa-apa.
“Esok kau ada plan nak gi mana-mana tak?” soal Tasha kepada Huda.
Huda panggung kepala dari mangkuk sambal udang. Nasi yang berbaki ditangan dibawa kemulut. Tak baik membazir. Sebutir nasi tu kan ibarat setitik peluh petani. Jangan membazir sebab berapa ramai yang tidak dapat merasa 
nikmatnya makan nasi sedangkan kita yang ada nasi senang-senang je  bazirkan.
“Aku ingat nak cari kerja part time dulu la sebelum konvo. Cari duit sikit, sementara dapat kerja yang sesuai.”
Tasha pandang Huda sambil tersengih. Perempuan seorang ni  la. Sel otak dia laju je bila fikir macam mana nak jana duit. Pantang nampak peluang. Padahal  Huda ni part time je belajar.
“ Kau nak berhenti dari kerja dekat Averis ke?” Pelik Tasha dengan perancangan Huda. Setahunya Huda masih lagi berkerja dengan company yang hanya beberapa blok dari bangunan tempatnya berkerja.
“Tak ada la. Aku ingat nak buat part time. Aku kan kerja office hour. Tambah –tambah dah tak ada bebanan assignment ni boleh la buat kerja lain. Keje shift malam dekat 7E ke. Tak dengar seruan Dato’ Maslan. Masyuk sikit.”  Panjang lebar jawapan Huda.
“Aku ada tengok iklan untuk part time data entry. Gaji tak ada la besar mana, tapi boleh la setakat nak lepas makan dengan sewa rumah.”
“Ok gak tu. Terisi juga masa weekend aku lepas submit thesis.” Huda giat mencongak dalam kepala. Banyak sikit dia boleh saving. Merasa la mak kat kampung duit bulanan lebih dari kebiasaan semasa dia bekerja sambil belajar. Lepas ni dah tak payar bayar yuran untuk setiap semester. Dekat situ dah dekat dua ribu.
 “Kau tak nak balik kampung jumpa Pak Ngah dengan Mak Ngah kau ke?”
Tasha terdiam sejenak. Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak pulang ke kampung melawat ibu dan bapa saudaranya.
Walaupum kewujudan mereka hanya diketahui setelah ibu bapanya meninggal, dia tetap bersyukur kerana masih punya saudara. Tidakhlah dia jadi sebatang kara. Mereka sangat baik terhadapnya.
Tidak pernah membezakan antara anak kandung dan anak saudara. Apa yang dinikmati oleh sepupu-sepupunya pasti ada bahagian untuknya.  Dan kerana mereka,  menjadikan dia seseorang yang dia telah jadi hari ini. Mereka tetap menjaga sejak  mereka diambil dari rumah anak yatim.
“Habis cut off bulan ni, aku nak  balik  kampung dulu la kejap. Dalam seminggu macam tu.”
Huda angguk mendengar perancangan Tasha.
“Lama pulak kau cuti kali ni.”
“Tiga hari aku claim time off, dua hari annual leave. Nak ikut aku balik kampung ke? Jom la.” Pelawa Tasha. Huda serba salah.
“Aku bukan tak nak ikut , tapi..”
“Tapi apa pulak ni?” Tasha jongket kening. Panjang sangat tapi si Huda ni. Macam ada hal lain yang disembunyikan.
“Kau ingat tak adik aku Safa, yang datang umah hari tu.”
 Tasha mengangguk mengiakan. Takkan la dia lupa.Baru dua  minggu sudah adik Huda berkunjung ke rumah sewa mereka.
“Adik aku tu pun tunggu masa nak konvo juga. Dia bulan 12 ni. Aku ingat minggu ni nak hantar dia balik kampung.”
“Safa tak nak cari kerja dekat sini ke?”
“Dia ingat nak balik kampung terus. Cari kerja dekat-dekat ngan rumah sebelum konvo. Lagipun mak cik aku nak pekerja dekat kilang batik dia. Boleh je minta kerja sementara dekat kilang dia.”
“O..ok la kalau ada kerja. Kalau aku yang budak arhie ni joint kau memang kelaut la design nya. Suruh aku jaga kira-kira boleh la. Aku kan ada basic account.” Ujar Tasha.
“ Dekat kampung aku susah sikit nak cari kerja. Lain la kalau aku nak jadi petani. Tanam sayur. Tapi menguntungkan juga, tak payah aku nak sewa- rumah.”
Huda dah geleng kepala. Tasha ni minda tiga saat. Kejap nak stay kt KL kejap nak balik kampung.
“Kalau dia nak kerja dekat sini pun ok, sewa kat sini kira murah. Kau suruh la dia try la minta kerja dekat bahagian Pengurusan UiTM. Takkan la diorang tak nak ambik best student.” Huda jongket kening. Bagus juga saranan Tasha tu.
“Aku cuba usahakan. Doa-doa la ada kerja kosong. Tak payah Safa naik motor jauh-jauh.”Huda angkat tangan mendoakan.
“ Bagitau dia dah dapat kerja jangan lupa belanja kak Long. Besar pahala Safa kalau dia  belanja orang yang gaji tak seberapa macam aku ni.”
Huda tahan  ketawa. Statement tak menahan. Tasha ni budget gaji sikit. Kira ok la fresh graduate gaji RM 3k. Sekarang nak dapat RM 2k pun susah. Semua demand nak experience.
“Banyak la kau gaji sikit. Budget aku tak tahu gaji kau berapa. Belum lagi tambah bonus ngan increment tahun ni. Masyuk..masyuk” Huda buat muka teruja. Tasha jeling sedas. Banyak la masyuknya Huda oiiii.. Kat KL ni gerak sikit duit.Duit keluar  macam air.
“In shaa Allah kalau aku dapat kerja bonus tahun ni.” Balas Tasha sambil tersenyum. Tidak jadi kudis untuk dia belanja Huda makan kerana Huda satu-satunya kawan yang memang tidak lokek memberi pinjam wang dikala dia kesempitan. Maklum saja lah bila harapkan duit tajaan. Kadang-kadang dah sebulan semester bermula, duit masih tak masuk-masuk. Syukur dia ada kawan seperti Huda.


Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku