Bukan Cinta Terlarang

BAB 2


TASHA buat tak perasan Huda yang mencuri pandang ke arahnya. Adalah tu yang ingin ditangan si Huda kalau kejap-kejap kalih ke arahnya.
“Siapa tadi?”soal Huda kepada Tasha. Tadi semasa dia sampai dikawasan letak kereta kelihatan Tasha bukan berseorangan. Ada lelaki yang tidak dikenali. Stereng kereta diketuk perlahan mengikut rentak lagu di radio.
“Entah, kali pertama aku terserempak tadi.” Tasha tekun pandang Oppo ditangan. Tiada sebarang mesej dari orang yang ditunggu. Sihatkah dia. Tetingkat hijau itu dibuka. Scroll kebawah menjadi nama lelaki itu. Kemudian sebaris ayat ditulis. Butang send ditekan.
“Boleh tahan beb.” Komen Huda bersama senyum senget.
“Boleh tahan apa?” soal Tasha hairan. Tumpuan pada skrin phone terganggu.
“Mamat tu la?”
“Huda, jangan percaya dengan muka hensem, kalau bukan tunang orang, suami orang. Yang hensem-hensem ni biasanya taken.”
“Amboi, teringat sejarah lama nampak.” Mengekek ketawa Huda. Kisah cinta pertama teman serumah yang tak mungkin dia lupa.
“Diam. Jangan nak ungkit cerita lama.” Tasha tarik muka. Tak mahu lagi sejarah lama dikenang. Dia serik.
Dulu pernah dia terjebak dengan cinta suami orang. Dah tau, angkat kaki. Tak ada maknanya nak terus jadi pencinta setia membuta tuli. Memang dia akui, ayat suami orang ni memang la manis bersalut madu, tapi madu tu pahit. Dia rela sendiri.
Hampir setahun dia berkerja di BT  Bangsar South, ini kali pertama dia ketemu lelaki tadi. Takkan la ada hantu kacak macam tu. Adik beradik vampire night mungkin. Terasa makin laju Huda tekan pedal minyak meniggalkan kawasan sunyi itu. Nasib nya baik hari ini teman serumah tidak kemana-mana. Kalau tak memang melayang RM 10 bayar tambang teksi. Padahal hanya memakan masa 10 minit sahaja kalau berkereta.

GARA-GARA bangkit tidur lewat, kecoh villa besar itu dengan suara Tengku Adli. Mengeleng kepala Sharifah Hamidah mendengar namanya  dipanggil berkali-kali. Dari tingkat atas bergema suara anak teruna yang memanggil namanya. Kaki disusun mendaki anak tangga untuk mencari si anak yang manjanya mengalahkan budak umur 3 tahun.
Pintu ditolak, terpacul tubuh anak teruna yang masih gigih cuba mengikat samping.
“Lah..tak siap lagi? Bukan main lama bersiap mengalahkan miss universe?”  mencerun Sharifah Hamidah pandang si anak.
Tengku Adli tarik muka mendengar sindiran mamanya.
“Susah la mama. Dah la bagitau last minute?” omel Tengku Adli bengkak hati.
“Nak buat macam mana sayang. Tiba-tiba je papa Ad kena terbang ke Medan pagi tadi. Tak ada orang pula yang boleh ganti. Tolong mama ya sayang.” Pipi Tengku Adli diusap. Bukan susah nak pujuk anak sulungnya ini.
Anak yang tak banyak kerenah sejak dari kecik hingga dah besar panjang. Kelakuan dan pertuturannya sentiasa menyejukkan hati. Menginjak ke usia 26 tahun Tengku Adli masih lagi manja dengannya. Apalah nasib si isteri nanti. Senyum lebar tersungging di bibir tuanya.
 Tengku Adli jongket kening. Pelik dengan senyuman mamanya.
“Mama, its me ok bukan papa ni.” Tangan digoyangkan dihadapan Sharifah Hamidah. Mengekek ketawa si ibu.
“Sebab Ad la mama senyum. Tak sabar nak tunggu Ad kahwin.”
“Hari ni pun boleh kalau mama setuju terima Syazana.” Kelat muka Sharifah Hamidah. Banyak –banyak permintaan si anak permintaan yang satu ini sukar dia terima. Hatinya sungguh tidak berkenan dengan gadis pilihan si anak. Macam mana Adli Faris boleh terpikat pun dia tidak tahu.
“Dah tak ada orang lain ke Adli Faris?”
 Tengku Adli geleng kepala. Bila Sharifah Hamidah dah sebut nama penuh dia memang dia yakin keputusan mamanya masih sama. Perempuan pilihannya tidak menepati piawaian ‘menantu pilihan’ Sharifah Hamidah.
“Ok fine mama.Memang lambat la mama nak dapat menantu. Buat masa sekarang hanya dia yang buat mata Ad ni terpukau. Kalau mama tolak yang ni maknanya makin lambatlah mama nak dapat menantu.” Ugur Tengku Adli.
Laju tangan Sharifah Hamidah menarik samping dari tangan Tengku Adli. Malas nak dilayan perangai degil Tengku Adli. Satu-satunya arahan yang Tengku Adli ingkari. Dia sendiri pelik dengan apa yang menjadi tarikan dalam diri Syazana yang mengikat kemas hati anak sulungnya.

“Ok, done. Pakai songkok. Bawa kereta elok-elok.” Bahu Tengku Adli ditepuk perlahan. Dalam hati tak puas dia berdoa semoga suatu hari sianak mengeti mengapa dia tidak merestui pilihan Tengku Adli. Baginya tak ada yang kurang pada wanita pilihannya, cuma terlebih social sikit je. Sikit je. Dia yakin dia mampu membentuk wanita itu menjadi isteri yang mamanya perlukan. Cuma susah untuk melembutkan hati seorang wanita bernama Sharifah Hamidah. Tengku Adli mengeluh lemah. Mamanya begitu dan wanita pilihannya pula begini. Masing-masing masih tidak berjumpa titik persamaan. Tapi dia bukan jenis yang mudah mengalah. Akan dia usahakan agar mamanya menukar fikiran. Menerima Syazana seadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Maharku

Seindah Maharku