Bab 1 Mata Ain tidak lepas memerhatikan dua orang adiknya yang sedang bermain basikal di laman rumah. Ibu masih disekolah, pukul 5 petang baru balik. Lumrah yang dia dan 4 orang adiknya kena hadap semenjak ibu kembali bekerja setelah bercerai dengan ayah 2 tahun yang lalu. Ibu nekad mahukan perpisahan setelah ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan. Ayah memilih perempuan dari seberang sebagai isteri muda. Entah la... dia sendiri tidak tahu apa sebab berlakunya penceraian tersebut. Ketika itu, dia melanjutkan pelajaran di Asasi Undang-Undang UiTM diKuantan. Yang nyata, dia sangat terkejut. Dan semalam, dia dikejutkan lagi oleh berita yang dibawa ibu. "Mereka datang bawa hajat Ain." Itu intro ibu sebaik sahaja Volvo jenis lama itu menjalar keluar dari laman rumahnya. Semasa tetamu itu bertandang, dia hanya keluar menghidang air dan biskut sahaja kemudian terus dia berkurung didapur. "Mereka berhajat sangat nak Ain jadi menantu diorang. Ain terima ye nak."